Bab 4

49 4 8
                                    

Kelas Dua Kembara

Mata aku mula tertacap pada dua makhluk yang melambaikan tangan kepada aku. Ye.  Aku kenal sangat mereka berdua.  Lambaian mereka aku balas dengan senyum lebar. Tangan kanan aku angkat tanda ingin membalas lambaian tapi terbantut apabila Cikgu Mege memanggil nama aku untuk memperkenalkan diri di hadapan.

"Alif, kenalkan diri kamu pada rakan yang lain. Mereka tak sabar tu nak tahu, " ucap Cikgu Mega.

Aku mula membetulkan pakaian dan memandang semua pelajar. Nafas aku tarik bagi menghilangkan gemuruh. Haha. Maklumlah budak baru.

"Nama di beri Alif Iskandar . Berpindah ke sini atas urusan keluarga. Saya anak tunggal. Semoga persahabatan kita akan terjalin di sini.  Terima kasih, "ucap aku ringkas sahaja.

"Okey kelas. Awak dah kenal kawan awak ni kan. Kalau ada soalan tanya nanti sendiri pada Alif.  Kita nak mula belajar. Sementara awak tak ada meja dengan kerusi. Awak boleh duduk tepi Umar Al-khattab sebab  Helmy tak hadir hari ni, " kata Cikgu Mega pula sambil menunjukkan ke arah satu pelajar yang di panggil Umar.

"Terima kasih cikgu, " ucap aku. Lalu dengan segera aku berjalan ke arah Umar. 

Senyum lebar yang tadi aku lemparkan mula terhias di bibir,  kerana Umar ialah salah seorang yang melambai aku. Siapa Umar ni. Sekejab lagi aku terangkan. Kita belajar dulu.

Sempat juga aku bersalam dengan beberapa pelajar, dan aku juga sempat berkata sekejab lagi kita cerita.  Belajar dulu.  Masing-masing yang mendengar mengangguk setuju.
Buku komsan di buka. Aku pula berkongsi dengan Umar buat sementara waktu.

🔸🔸🔸🔸

Selesai waktu bahasa Malaysia dan Cikgu Mega mula keluar dari kelas. Pelajar lelaki mula datang menghampiri aku. Orang pertama yang berbicara ialah Umar.

"Yo, Alif  bila kau pindah sini? Tahu-tahu dah muncul. Kenapa kau tak datang rumah aku? Selalu kau datang kalau balik sini, " soal Umar.

"Sabar bai. Banyak gila kau tanya. Mana satu aku nak menjawab. Mulut aku satu, " gurau aku.

"Kau jangan nak buat perangai gila kau tu ye. Korang dengar ye. Mamat yang pindah kelas kita ni bukan calang-calang tau. Dia ni lawyer buruk banyak. kalau nak cari geng menyetan dia boleh, " balas Umar geram.

Rakan kelas lain mula ketawa dengan ayat yang aku lafazkan dan balasan dari Umar. Tiba-tiba ada seorang pelajar bertanyakan soalan. Farid Affendi namanya, dari nama teg dan tali leher yang berbeza yang di pakai menunjukkan dia Ketua kelas 2 Kembara.

"Alif,  kau memang dah kenal lama ke dengan Umar?, " soal dia.

"Alhamdulillah, memang dah lama pun dari kecik lagi umur 5 tahun. Aku selalu balik sini setiap bulan lawat Tok Wan aku. Jadi bila balik aku selalu kadang sorang. Entah macam mana boleh kenal dengan Umar sampai sekarang. Tapi bukan Umar sorang tu lagi sorang belakang Umar pun aku kenal, " balas aku balik.

Masing-masing mata mula memandang pelajar lelaki  berada di belakang Umar yang dari tadi hanya senyum dan senyap tanpa sebarang suara.  Memang di akui dia seorang yang tak banyak cakap tapi senyumannya mampu membuatkan perempuan angau dan terpikat. Tapi sayang dia hanya cakap bila penting. Tapi itu aku suka. Dia lah rakan membaca aku. Di biliknya penuh dengan buku pelbagai gender.  Komik,  ilmiah, semua ada. Nazrin Alkashah nama empunya diri.

" Oh, macam tu. Opps. Lupa pula. Cikgu Mega ada pesan supaya kejab lagi kau aku pergi dewan ambil meja dengan kerusi. Lepas itu, ikut aku pergi SPBT ambil buku teks. Hal kau semua kena selesaikan hari ini, " kata Farid.

"Kita pergi sekaranglah. Umar , Kashah tolong aku boleh mana larat nak angkat meja berdua dengan kelas kita tingkat 3 ni, " ajak aku.

"Boleh. Sementara Cikgu Firdaus tak masuk lagi ni, " balas Kashah yang sejak tadi diam.

Suara pelajar perempuan yang menjerit gedik menarik perhatian aku untuk menoleh pelik. Kenapa mereka ni??

"Kamu tak payah pelik la Lif.  Kami sudah lali dah dengar dari form 1 sampai sekarang, " jawap seorang pelajar lelaki lain. William Pan. Pelajar cina.

"Kenapa William?, " tanya aku pelik.

"Tadi kamu tengok siapa last cakap?, " soal William semua.

"Kashah??"

"Hah,  sebab dia la. Ayo!!.  Diakan pendiam, susah nak dengar dia bercakap. Bila dia mula bercakap. Semua perempuan jadi macam tu, " sambung William lagi.

"Oit,  sesedap tembikai je kau cakap semua perempuan macam tu. Tak semua okey. Tarik balik cakap tu William. Kalau tak aku sorok kasut kau, " sampuk satu pelajar perempuan.

"Sibuklah kau Dayang. Ni lelaki je. Kau pergi jauh-jauh, " balas Umar.

"Suka hatilah. Dah la kamu semua bagi imej buruk kami perempuan dalam kelas ni dekat pelajar baru. Malulah kami. Dengar sini baik-baik tak semua minat dekat Nazrin tu, " balas Dayang sebelum beredar pergi. Sempat juga dia memberikan jelingan kepada  William dan Umar. Kashah di belakang hanya melemparkan senyuman seperti tiada perasaan. Tapi aku nampak sesuatu.

"Dah jom. Nanti lambat masuk kelas. Ada hari lagi boleh sembang," ucap Ketua kelas. Bila Monitar sudah bersuara orang bawahan hanya menurut.

Aku, Kashah, Umar, Farid serta William yang turut ingin membantu mula keluar dari kelas menujuk ke dewan sekolah.




Okey. Done update untuk seketika. Hehe. Maaf kalau ada nama yang sama dengan pembaca. Kita pinjam dulu ye..
✅ vote
✅Komen

Terima kasih semua.  😊😊

Kau Yang Terindah Sayangजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें