Bab 10

31 1 0
                                    

Seminggu sudah berlalu. Aku masih dalam proses nak sesuaikan diri di tempat baru. Eh??  Mana ada baru sangat.

Budak-budak kelas semua dah boleh terima aku dengan baik. Tapi aku still rindu dengan 3 ekor beruk tu. Kalaulah ada kuasa telepatikan bagus, boleh aku terbang. Ish..  Apakah kebodohan ini, wahai anak muda??

Aku berjalan menuju ke arah kelas. Alhamdulillah, kelas aku masih dalam keadaan tenang. Fahamkan tenang??

Alif!!

Satu suara menyapa dari arah belakang. Siapa lagi kalau bukan Farid. Ketua kelas. Apalah dia nak pagi-pagi ni. Sejak aku masuk kelas ni.  Dia mula rapat dengan aku. Mungkin sebab tanggungjawab dia sebagai ketua atau dia memang nak berkawan dengan aku.

Tapi kadang yang peliknya dia suka belanja aku makan. Tolong aku buat kerja. Memang nampak tak pelik sebenarnya sebab biasalah kawan. Tapi tak ke seram kalau dia asyik pandang kau,  lagi-lagi lepas waktu PJK.  Erhm..

"Hah Farid. Kenapa?, " sambut aku sambil meletakkan beg.

"Kau dah sarapan ke?, " balas Farid yang mula menghampiri aku.

"Dah tadi dekat rumah. Kenapa bro??, " tanya aku semula. Melihat mukanya berubah pasti ada sesuatu.

"Kau dah ke?.  Aku baru nak ajak kau teman aku sarapan dekat kantin. Tapi tak apalah, " balas Farid semula dan mula pergi.

Tangannya aku gapai. Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu. Tapi aku fikir positif jela.

"Oit, apahal nak merajuk. Gentle lah. Jom aku teman. Boleh juga kau belanja aku kuih ke air ke?, " ucap aku memujuk.

Muka Farid berubah ceria semula. Anggukan kepalanya menandakan dia setuju. Aku lega. Aku mula terasa ada yang memerhati. Perasaan aku tepat apabila melihat Umar dan Kashah memandang aku pelik. Tangan Umar mula melambai memanggil aku supaya datang kepada mereka.

Belum sempat aku mahu ke sana. Tangan Farid sudah di bahu aku dan mengajak ke kantin sekolah. Aku tak sempat ingin berbuat apa. Hanya isyarat tangan aku buat menandakan nanti.

🔹🔹🔹🔹

Selesai menemani Farid,  kami menuju ke dataran perhimpunan. Maklumlah hari jumaat setiap pagi akan di adakan bacaan yassin. Kalau boleh aku ingin duduk jauh dari Farid sebab kejadian di kantin tadi buat aku jadi pelik.

Imbas kembali

"Alif. Nak makan apa??,  cepat pilih, " soal Farid.

"Ehmm. Tak apa. Kau belilah dulu. Aku gurau je minta kau belanja. Aku teman kau makan, " balas aku.

"Ala. Makanlah sekali. Aku seganlah kalau makan seseorang. Tu kau pandang. Tak nak lah, " balas Farid sambil memegang muka tanda malu.

Sekejab!!!
Apakah ni?? 

"Ek!,  yela. Aku nak ambil kuih. Kau cepatlah pilih apa-apa, " ucap aku segera sebab aku tak suka pada suasana ni.

"Hehe. Okey. Meh kuih tu. Kau duduk sana. Nanti aku datang, "ucap Farid gembira. Tapi aku tak. Aku seram.

Positif  Alif. Positif Alif. Tenang!!
Tarik nafas . Pejam mata. Tenang. Tiada apa-apa pun.

"Kenapa pejam mata, " tegur suara itu.

"Eh, takde apa. Aku tengok awek cun lalu tadi. Hehehe. Duduklah karang loceng, " ucap aku selamba. Aku lihat mukanya berubah.

Sepanjang makan Farid hanya diam. Kenapa??  Aku ada salah cakap ke??  Selepas makan pun dia masih tak bersuara. Aku cuba juga ajak berbual tapi hasilnya hanya satu jawapan.

Keadaan pelik itu berlalu sampai kami ke dataran perhimpunan.

Tamat imbasan

"Aku pergi dekat Umar dengan Kashah, " kata aku sekadar memberitahu. Dia hanya memandang dan diam.

Lantak kaulah. Aku mengaru kepala yang terasa betul gatal. Dia memandang dan tersenyum. Ek!  Ini pelik.

Tbc.....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 16, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Yang Terindah SayangWhere stories live. Discover now