Bab 9

34 3 3
                                    

Nurin

Dari jauh Nurin boleh dengar gelak tawa budak berempat tu. Pantang jumpa bergegar satu kampung. Yela. Hero lagi sorang dah balik. Cukuplah korum. Kalau tidak senyap sahaja.

Ek,  dah kenapa main kejar-kejar ? Tadi cakap nak memancing la. Apalah.

Ya Allah  Alif.  Kenapa pula dia sorang je yang basah.

Bisik hati Nurin.

Kayuhan basikal Nurin percepatkan. Setelah mendekat, basikal dituruni dan di tongkat kemas.

"Khairul!!  Alif!!  Saiful!!  Karim!!,  kamu buat apa ni??  Ni sampai basah di Alif ni kenapa?, " jerit Nurin dari arah basikal yang di letakkan. Kepala di gelingkan.  Tangan sudah dicekak pada pinggang gaya makcik-makcik.

Mereka yang tadi seronok berkejaran mula berhenti. Masing-masing terkulat-kulat memandang satu sama lain. Alif mula menyorok di sebalik Karim yang besar itu.

Malu rasanya berbasahan di hadapan buah hati.

"Ingatkan tak jadi datang tadi. Adohai. Mana nak sorok muka ni. Dah la basah, " bisik  aku dalam hati.

(P/s : Aku merujuk kepada Alif sahaja dalam cerita ini.  Terima kasih.)

"Akak"

Khairul mula bersuara apabila tiada siapa diantara mereka yang menjawap soalan daripada akaknya itu. Alif masih menyorok di belakang badan Karim kerana kebasahan. Saiful pula hanya berhehe sahaja di tepinya. Tanda malu sambil menghayunkan kakinya seperti orang gedik. Rasa nak di cepuk je kepala si Saiful. Mengalahkan lintah.

"Kau boleh tak stop buat macam tu Pul. Geli tahu tak??  Macam gedik, " bidas Khairul. Tak tahan matanya melihat aksi itu.

Nurin yang tadi ingin marah terasa mahu ketawa dengan sergahan adiknya pada Saiful. Namun, dicuba juga membekukan wajahnya seperti tiada apa.

"Soalan akak tak jawap lagi?,  jangan nak tukar topik marahkan orang lain, " balas Kak Nurin semula. Riak wajahnya tegas. Konon marah.

"Kami memamg memancing la kak. Tapi ni si gendut ni. Pergi tolak Alif dalam sungai. Larian la ikan. Tu yang kami kejar dia. Bukannya nak main-main ," balas Khairul senafas. Gerun juga bila akaknya sudah membuat muka macam tu.

"Betul ke itu je?, " tanya Nurin lagi.

"Betul. Khairul tak bohong, " balas aku yang dari tadi senyap. Aku masih di belakang Karim, nak sahaja lari ke arah basikal mengambil kain pelekat yang di bawa.

Nurin hanya memandang setiap inci wajah di hadapannya.  Kasihan pula melihat mereka seperti tiang bendera terpacak kaku, dan lebih melucukan Alif yang masih menyorok. Dia terperasan akan kain di dalam basikal Alif tadi.

"Ehm,  mesti dia segan nak pergi ambil, " bisik hati Nurin.

Langkah di atur ke basikal Alif. Kain di capai.  Segera dia berikan kepada Alif.

"Nak pakai cepat. Akak tahu kamu sejuk plus segan. Sebelum kamu terus melekat dekat Karim, lain yang jadi. Ambil ini, " ucap Nurin selamba.

Aku dah tak tahu nak letak muka. Ayat Kak Nurin yang terakhir tu membuatkan semua sahabat aku tergelak. Baru sahaja kami cakap tentang kunyit-kunyit ini. Kak Nurin pula menambah. Aku nampak dia juga turut berhehehe. Suka barangkali. Karang kau aku tarik dekat semak tu baru tahu.

Kain itu aku segera capai dan sarungkan dengan cepat. Sekarang aku boleh berdiri sebelah Kak Nurin.

"Okey dah, " ucapnya lembut di telinga aku.

Shit!!
Suara dia mengudang musibat betul. Nasib ada orang lain. Kalau berdua mahu aku ngap je. Dah la sejuk. Faham-faham jelakan apa yang tegang.

Aku hanya melamparkan senyuman. Khairul, Saiful dan Karim mula mendapatkan joran masing-masing. Aku je masih belum bergerak dari tempat tadi. Yela. Bidadari ada sebelahkan.

"Alif tak nak mancing ke?, " tanya empunya suara.

"Kalau akak ikut Alif. Baru Alif pergi, " balas aku gedik. Kepala sempat aku usap ke belakang. Konon cool.

"Eh, macam tu lak. Yela. Jom la. Nanti petang, " jawap Kak Nurin sempat juga dia menarik baju alif supaya jalan sekali.

Ya Allah. Perasaan apakah ni??  Bahagia??  Mestilah. Aku dah berhehe di belakang. Seronoknya  ada orang teman. Kau ada??

Kami berbual panjang. Aku hanya mendengar dia bercerita itu dan ini. Aku menyampuk mana yang boleh sahaja. Bersoal mana yang perlu. Selebihnya aku hanya memandang dia. Tapi tangan masih dengan joran. Beberapa ikan sudah dapat aku pancing. Tapi ikan yang masih bercakap ni masih belum aku pancing hatinya.

Kawan-kawan aku yang lain tak jauh pun dari aku. Masing-masing tidak kurang hebat dengan hasil sendiri.

"Malam ni datang rumah. Kita buat bbq. Ikan-ikan ini kita boleh bakar makan sesama,sekarang macam tak sempat dah nak petang, " kata Saiful dengan tetiba.

"Betul juga tu. Hari dah petang. Karang mak- mak kita marah lelama macam ni. Alif kau bawa mak kau datang sekali tau, " tambah Karim.

"Ehm, yela. Malam karang aku datang dengan ibu aku, " balas Aku.

"Dah jom balik, " ucap Kak Nurin.

Aku mula mengemas barang yang dibawa. Joran sengaja aku biarkan Kak Nurin yang bawa. Baru ada feels awek tolong angkatkan barangkan. Hehehe. Siot je.

Bukan sebenarnya aku dah tak cukup tangan nak angkat ikan ni. Terpaksalah pinjam tangan kekasih hati. Hehehe.

Malam karang dapat jumpa lagi. See you tonight. 😉

Tbc...

Kau Yang Terindah SayangWhere stories live. Discover now