Bab 3

37 3 15
                                    

SMK Seri Indah

Tok Wan dah selamat balik selepas selesaikan urusan aku di pejabat. Pelik juga aku bila Tok Wan cakap kawan dia pengetua sekolah masa dekat rumah tadi. Otak aku mula berfikir yang mesti pengetua aku ni dah tua. Tapi masa dah jumpa depan-depan tak lah tua sangat dalam lingkungan 50 an,  dan sesungguhnya dia ialah lelaki. Cikgu Wan Ariffin bin Wan Abdullah. Pengetua SMK Seri Indah.

Selepas berbincang tadi, secara rasmi aku akan masuk  kelas nombor dua daripada lima buah kelas yang lain. Kalau mengikutkan keputusan ujian bulanan aku.  Aku ni sangat layak untuk masuk ke kelas pertama. Tapi aku yang tak nak. Bukan nak riak tapi tak suka nak bersaing dengan budak lagi pandai. Hahaha. Pengetua pun tak kisah yang menentukan aku kelas apa tahun depan ialah peperiksaan akhir tahun nanti.

Pengetua membawa aku berjumpa dengan guru kelas aku, cantik molek sahaja orangnya. Berbaju kurung ungu berbunga kuning, bertudung bawal Nora Danish.

" Alif, ni guru kelas kamu. Puan Megawati bt Jais. Dia juga akan mengajar kamu subjek bahasa Malaysia, " ucap Pengetua kepada aku.

"Lepas ni, Puan Mega tolong bawa anak murid kamu ke kelas dia, " arah Pengetua.

" Baik cikgu, saya akan iringi Alif ke dua Kembara", balas Puan Megawati kepada pengetua sekolah.

"Okey,  Alif. Selamat belajar. Selamat menuntut ilmu. Kalau ada masalah terus berjumpa dengan guru disiplin. Saya minta diri dulu Puan Megawati,  Alif ," kata Pengetua sebelum bergerak ke pejabat semula.

Sekarang hanya tinggal aku dan Puan Megawati. Unik sungguh nama guru kelas aku ni.

" Okey Alif. Seperti yang awak dah kenal. Saya guru kelas awak Puan Megawati binti Jais. Guru bahasa Malaysia awak juga. Sekolah kita ada lima kelas. Kita kelas yang kedua. Dua Kembara. Jangan tanya cikgu kenapa Kembara. Cikgu pun tak tahu. Hehe. Menurut sejarah. Nama setiap kelas ni tak pernah tukar dari Pengetua pertama sampai hari ini, " cerita Puan Mega kepada aku.

Aku yang dari tadi mendengar hanya senyap dan berasa menarik dengan sekolah ini.

" Cikgu,  boleh saya tahu nama kelas yang lain? " tanya aku pula.

" Oh, Pengetua belum bagitahu ye.  Okey.  Kelas pertama di gelar  Intelektual. Kedua,  Kembara.  Ketiga,  Jaya.  Keempat  Harapan dan kelima  Wawasan, " terang cikgu Mega.

Kring!!!!!!!

Loceng sekolah kedengaran tanda pertukaran guru dan sesuatu mata pelajaran. Kedengar ucapan terima kasih dari beberapa kelas yang sangat berhampiran dengan bilik guru.

" Timing awak sangat baik, kerana ini waktu saya mengajar  kelas kita. Jom,  masuk kelas, " ajak cikgu Mega.

" Baiklah cikgu, " ucap aku semula.

Melihat cikgu Mega mula mengemaskan meja kerjanya, dan membawa beberapa barang penting. Lantas,  aku pun menghulurkan bantuan dengan mengangkat barang bagi memudahkan tugasnya.
Senyuman di berikan kepada aku tanda penghargaan dalam membantunya.

Kami mula berjalan keluar dari bilik guru menuju ke Dua Kembara. Hati aku berdebar untuk sampai ke kelas. Ada banyak mata mula memandang sepanjang proses untuk aku sampai ke kelas.

Akhirnya papan nama kelas Dua kembara mula kelihatan. Puan Megawati mula memasuki kelas di ikuti aku di belakang. Barangnya aku letak di atas meja guru. Kelas sunyi sepi sebentar. Semua mata pelajar memandang aku.

Yang perempuan mula berbisik antara satu sama lain. Yang lelaki memberikan senyuman kepada aku,  dan aku tersedar ada seorang dua melambai tangan kepada aku. Tapi siapa?. Mata aku kecilkan dan aku tahu siapa mereka.

🔸🔸🔸🔸

Syukran jazilan. Allah bagi kesempatan lagi untuk menyambung cerita ni. Walaupun tangan di sengat 🐝🐝🐝. Namun,  gigih juga lah. Hehe. Terima kasih yang sudi membaca. Vote dan komen. Semoga Allah membalas jasa baik anda. 😊😊
Sayonara. 👋👋 jumpa lagi next chapter.

Nama :  Megawati binti Jais
Umur : 29 Tahun
Status : Kahwin
Asal : Selangor
Watak : Guru kelas 2 kembara/ cikgu bm.

Nama : Ismail bin Hussin
Umur : 75 Tahun
Status : Duda
Asal : Selangor
Watak : Tok Wan.

Kau Yang Terindah SayangWhere stories live. Discover now