Bab 8

31 5 2
                                    

Aku masih menunggu kehadiran Kak Nurin dari tadi. Berapa kali juga aku memalingkan kepala ke belakang kalau-kalau ada kelibat Kak Nurin akan sampai.

"Oit,  cakap nak mancing. Ni sibuk dari tadi pandang belakang cari siapa?, " tanya Karim.

"Ehmm. Kau tak payah tanya la Rim.  Siapa lagi dia cari kalau bukan kakak aku, " sampuk Khairul.

"Hahaha. Dah akak kau janji nak datang sini sekali. Tu aku tengok belakang kot-kot dah sampai, " balas aku sambil belakang rambut aku garu.  Sudah menjadi salah satu tabiat yang biasa aku buat kalau dalam keadaan gugup.

Setiap orang ada tabiat masing-masing. Macam aku kalau gugup sapu atau garu kepala.  Kalau berfikir aku suka tolak cermin mata aku, konon nak tunjukkan otak aku sedang berfikir. Tapi sebenarnya tak.

Belum lagi kalau stress.  Ada yang suka menyanyi dengan kuat. Ada yang makan dengan banyak. Ada juga yang nangis, asalkan perasaan tu boleh lepas. Tapi yang paling tak best , kalau ada spesies manusia yang suka cederakan diri mereka. Fakta mengatakan kebanyakkan yang buat kerja macam tu semua 20 kebawah. Reasons yang mutakhir di dengar, rasa bebas dan seronok.

Aku pelik dengan kenyataan tu. Mereka ni tak rasa ke yang darah tu bau busuk. Bau zat besi yang memualkan. Patutnya orang perempuan lagi tahukan bau darah macam mana. Setiap bulan kau mengadap benda tu. Ni ada hati lagi nak cederakan diri. Baik pergi derma dekat tabung darah Malaysia lagi bagus. Pahala pun dapat.

"Hah,  kau garu la kepala kau sampai botak. Kau ingat aku tak kenal kau dengan akak aku macam mana, "  ujar Khairul.

"Hahaha. Apa benda?  Mana ada apa-apa, " jawap aku laju.

"Kau dengan orang lain boleh gebang Alif. Tapi dengan kami tak usah la. Luar dalam kami kenal," jawab Saiful pula.

Cermin mata aku betulkan letaknya. Setiap wajah sahabat aku pandang. Mereka senyum seakan mengejek. Tapi dari pandangan mata aku kenal ketulusan dan kejujuran.

"Yela. Tapi dia tetap hanya kakak angkat aku saja. Tak lebih tak kurang.
" balas aku semula, sedangkan dalam kepala ini bermacam ayat sudah aku rangka.

"Ikut kau la Alif. Kami dah jujur. Terpulang dekat kau nak buat macam mana, " balas Saiful lagi.

"Tapikan hari tu, ada benda jadi tau lepas kau blah dari sekolah, " kata Karim.

"Benda apa?, "tanya aku laju.

"Kak Nur la. Ada satu budak form 5 ni,  siap melutut dekat depan kakak aku. Tu cakap. Will you be my girlfriend. Dah la dekat bas stop sekolah. Kau bayangkan budak ramai masa tu, " cerita Khairul dengan semangat tanpa memandang aku.  Dia masih leka dengan umpan pada jorannya.

Tiba-tiba aku rasa panas sangat di muka, seperti ada sekumpulan anak kucing bermain tampar-tampar di muka aku. Sakit dan panas. Belum lagi hati aku yang semakin membara.

"Dah tu. Kak Nur terima ke?, " tanya aku pelahan. Sedaya upaya aku cuba mengawal suara dan pandangan agar tidak ketara. Aku  hanya terus memandang pada batang joran yang selamat aku baling dan menunggu ikan makan saja.

"Gila kau. Akak aku tu nak terima. Dia siap boleh gelak-gelak lagi dekat situ macam orang tak ada perasaan. Kesian juga dekat brother tu. Tapi nak buat macam mana. Hati akak aku hati batu, " sambung Khairul lagi.

"Tapi aku tak kesian la. Lagi pun brother tu macam kasanova. Bagus juga ada perempuan yang berani buat dia macam tu, " sampuk Karim.

"Kau semua masa tu dekat mana?, " tanya aku balik dengan tenang. Yela, bila dengar buah hati sendiri berani mati tolak hero Malaya sekolah. Rasa bangga terbit dalam diri.

"Kami ada ja dekat tepi pagar. Baru nak tolak basikal balik. Kak Nur macam biasalah tunggu depan bas stop tu. Tapi lain pula yang jadi. Hahaha," kata Saiful dengan ketawa.

"Janganlah gelak. Ikan lari la bodoh!!, " jerit Khairul benggang.

"Kau jerit. Ikan tak lari ke syaiton!!," jerit Saiful semula, sedangkan jarak antara dua orang tu bukan jauh sangat  sepuluh tapak dah sampai dah.

"Hahaha. Bagus. Sorang bodoh. Sorang Syaiton. Kau Alif nak jadi apa?," tanya Karim dengan soalan yang sangat tidak cerdik.

"Kau kalau aku cakap kurang cerdik. Nanti ayat carutan kau macam zikir munajat yang keluar. Sebelum aku cakap nak jadi apa. Kau pun jangan ketawa. Sebelum si Saiful dengan Khairul ni bagi kau gelaran yang lagi sedap, " balas aku panjang. 

"Hahaha. Ada aku kisah. Tapikan sebelum kau bagitahu aku pangkat kau. Apa kata!!, "  balas Karim separuh.


Bum!!!!

Splash!!!!!

Belum sempat aku mahu bertanyakan soalan. Satu tolak dari arah belakang membuatkan aku hilang pertimbangan dari tebing sungai. Lalu jatuh dengan serta merta. Suara gelakkan dari empunya diri yang menolak seronok bergelak sakan.

Namun nasib masih belum menyebelahinya. Apabila Saiful dan Khairul sudah pun meletakkan joran masing-masing dan mula mengejar Karim.

"Kau memang tak sekolah. Sakai!!  Kau pergi tolak Alif tu kenapa??  Lari la ikan aku, " jerit Khairul dari arah belakang yang masih mengejar Karim. 

Manakala Saiful mengepung dari arah  depan supaya Khairul boleh menangkap dengan mudah. Siapa tak kenal atlet sekolah acara padang. Semua jenis lari ada sahaja namanya.

"Tangkap cepat. Biar aku seligi kepala dia. Dah la gendut. Buat perangai macam ni. Lari tahu tak ikan tu, " balas Saiful geram.

Aku sudah keluar dari sungai. Langkahku percepatkan ke arah mereka. Nasib baik tak hilang cermin mata aku.

"Pegang tangan dia. Ada yang nak kena sunat kali ke dua hari ini, " ucap aku geram. Dah la buah hati tak sampai lagi. Ni dah basah nak date apa benda.

Hutang nyawa harus di balas. Sesi kejar mengejar bertambah seorang ahli. Nampaknya ikan hilang. Awek pun tak datang. Melepas semua.


To be continued...

Kau Yang Terindah SayangWhere stories live. Discover now