Bab 7

24 3 6
                                    

Thank sahabat untuk cover yang indah ni..  Sparklesz_Syllvexx.. 😘😘

Sungai

Bila di fikiran balik memang berani mati aku ajak Kak Nurin dating. Yela,  bila lagi aku berani nak buat macam tu. Akukan bisu.

Arggh!!
Serabut doh ayat tu. Orang lain tenang je luahkan perasaan. Aku ni macam cicak tersepit celah tiang. Faham tak perasaan tu. Dah lupakan. Kamu tak faham perasaan aku. 😞😞

Aku dan Saiful lama dah sampai  tepi sungai ni. Tapi bayang Khairul dengan Karim langsung tak ada. Kak Nurin cakap Khairul dekat sini. Karim kami call je sebab rumah dia paling dekat dengan sungai.

"Mana wei budak dua ekor tu. Batang hidung pun tak nampak. Batang pokok banyaklah, " tanya Aku pada Saiful.

"Oit, main batang nampak. Kau dah kenapa? ,"tanya Saiful dengan tawa.

Kejab.. 

Aku loading.

Bodoh!! 

Sumpah aku dalam hati bila aku mula sedar maksud Saiful.

"Kau yang double meaning. Aku cakap lain.  Kau fikir lain. Bahaya betul, " balas aku geram. 

Saiful yang dari tadi terus ketawa. Kelakah mungkin. Mana taknya. Fikiran melebihi 18++. Aku cakap lain, dia faham benda lain. Nasib kawan. 😂😂😂

"Hahaha. Mana ada.  Kau yang fikir macam tu.  Bukan aku," usik Saiful.

"Tu dah nampak dah batang hidung Karim dengan Khairul . Kau tak payah nak buat muka macam tu, " tambah Saiful dengan tawanya lagi.

"Bodoh!!," pekik aku.

"Hahaha. Lantak kau la, " tawa Saiful lagi.  Seronok barangkali mengenakan aku.

Wajah Khairul  jelas kelihatan pelik. Melihat Saiful yang dari tadi tidak berhenti ketawa. Wajah Karim di pandangan sambil membuat muka kenapa.

"Entah!!  Manalah aku tahu. Kau dah kenapa Pul?  Gelak macam tak ingat dunia. Apa yang lawak?  Ke partners gay kau dah balik kau jadi macam ni, " tanya Karim dengan senyuman yang penuh makna.

"Kau jangan nak gay sangat la Karim. Karang belakang pokok tu aku buat kalau nak sangat, " balas aku balik dengan senyuman mengusik.

Aku tahu mereka melawak. Aku tahu mereka mengusik. Aku tak ambil hati. Lantak la 18++ ke 21++ ke.  Kami lelaki.  Itu normal. Budak baru nak up. Budak baru nak kenal dunia. Lagi-lagi dunia moden hari ni. Google sahaja apa yang nak. Terpapar segala macam. Malaslah aku nak cakap. Kamu lagi pandaikan. 😇😇

"Uuu..  Takut saya, "  Karim masih lagi mengusik.

"Dah la. Geli tahu tak. Eee.. Aku dah la mula berimaginasi ni, " balas Khairul pula.

Aku dah mula gelak terbahak-bahak bila Khairul balas macam tu. Siot je. Nak bayang terus. Saiful dan Karim pun turut tergelak sama. Kalau boleh nak berguling atas tanah. Serious lawak sangat.

"Ya Allah. Duhai sahabat. Kami main-main ja, " balas Saiful bila dia sudah reda ketawa.

"Aku masih tahu haram halal la. Tak adanya aku nak buat macam tu. Karang Allah laknat macam kaum Nabi Lut, dengan kau sekali kena, " tambah aku pula bila aku dah mampu kawal tawa sendiri.

Sabar sahaja ada sahabat yang lurus macam ni. Penat mak bapak hantar sekolah, belajar agama takkan lah tergamak kami nak buat macam tu. Allahu.

"Hahaha. Aku pun gurau jela. Kau ingat aku apa. Ee..  Merosakan sel-sel otak aku je kalau membayangkan kau Alif dengan Karim, "  balas Khairul semula.

"Hah, tahu pun. Rela lagi ke nak bayangkan aku dengan Alif. Dah. Stop merepek. Laro!! ,"ucap Karim.

"Entah. Buat tambah dosa ja. Jom mancing. Penat aku cari umpan ni. Karang lambat nak dapat. Nak bakar lagi, " jawab Khairul. Hal tadi di tolak tepi. Ada aktiviti lebih menarik yang boleh dilakukan dari bercakap benda yang laro.

Tin umpan yang berada pada tangan Khairul beralih tangan ke Saiful. Aku hanya memandang tin yang berisi umpan hidup tu. Malas mahu menyambung usikkan. Nanti lambat pula aktiviti yang dirancang.

Kak Nurin dari tadi belum muncul kelibatnya. Mungkin sedang bersiap. Maklumatlah perempuan. Mandi 30 minit. Bersiap 1 jam. Baju warna apa. Tudung nak padan dengan apa. Shawl ke bawal??  Rumit. Perempuan sangat rumit.

Aku harap dia datang. Aku rindu. Aku sangat rindu. 😞😞😞

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Hai semua. 😙😙
Yeah!!!
Next chapter dah update.
Tapi  maaflah gurauan Agak matang dan melampau. Hehe.
Budak lelaki kadang memang macam tu.
😝😝😝😝
Apa2 pun.. Selamat membaca.

Kau Yang Terindah SayangWhere stories live. Discover now