Bab 6

29 3 0
                                    

Seminggu kemudian

Akhirnya aku balik juga kampung. Serious aku rindu gila dekat Kak Nurin.  Budak tiga ekor lagi aku tak heran sangat. Kalau rindu lebih-lebih kena cop gay lak. Payah nak hidup dekat dunia macam ni.

Semua benda orang tak puas hati. Walaupun tumpang parking depan rumah pun boleh jadi hal sampai nak bertinju. Gila manusia hari ini. Aku tahu aku ini baru tingkatan 2 tapi  pemikiran aku luas. Aku bukan nak riak. Zaman sekarang budak bukan macam zaman ibu atau atok aku. Zaman sekarang semua dah canggih. Budak umur 3 atau 4 tahun pun dah pandai pasang youtube dekat smartphone mak abah dia. Inikan aku. Apa yang aku bebal sorang-sorang ni. Baik aku pergi rumah Saiful dulu.

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

"Assalamualaikum .. Saiful..  Oh.. Saiful. Eh,  mana la Mamat sorang ni."

"Waalaikumsalam.. Tunggu kejab".

Pintu rumah di buka. Kepala seseorang muncul di balik pintu. Takala mata mula mengecam empunya suara yang memberi salam. Senyum mula terukir.

"Jadi pun kau balik. Ingatkan dah lupa sahabat dekat sini. On whatsapp pun sekali dua je". Balas Saiful.

"Aku dah janji. Aku mesti tunaikan. Kalau janji tapi tak buat tu munafik namanya. Tahu munafik. Berjanji tapi tidak di buat, " ulas aku semula.

"Oit, belum apa kau dah keluarkan ceramah kau. Dekat sana kau kenal ustaz mana ha, "  usik Saiful.

"Hahaha. Mana ada ustaz. Ahli falsafah aku ada jumpa sorang. Ustaz belum lagi. Mungkin aku kot, " ujar Aku dengan tawa.

"Riak siot. 😒😒 Cakap tak nak jadi munafik. Tapi riak tak apa lak. Hai!!  Sesat dah kau ni alif, " balas Saiful dengan tawa.

"Hahaha. Tak kisahlah. Jom siap. Kita gerak rumah Karim dengan Khairul. Kata nak mandi sungai la. Apa entah. Aku tak ingat, " ucap Aku lagi.

"Aah. Aku pun baru ingat. Yela. Kami ni tak berharap pun kau balik Alif. Mana tahu kau tetiba ada hal. Tu rancangan je. Tapi memandangkan kau pun dah terpacak depan rumah aku dan dah sampai pun. Jom la, "terujaSaiful. Sengaja dia menyindir. Bukan niat untuk melukakan tapi untuk menjaga hati sendiri.

"Aku dah janjikan. Aku pun dah cakap aku balik. Jangan risau. Kau tak payah nak touching!, " usik Aku sedangkan dia tersentap dengan ayat Saiful. Gila tak sentap. Betul Saiful cakap andai aku ada hal. Belum tentu aku dapat jejakkan kaki dekat sini.

"Bila aku touching. Aku cakap je. Dah tunggu kejab. Aku ambil basikal tu kita gerak, " balas Saiful.

Langkah Saiful aku pandang sepi. Aku tahu maksud dia. Aku tahu apa dia rasa. Aku bukan bodoh, dari alam roh dah bersahabat takkan perkara macam ni aku tak faham. Kalau aku jadi dia pun aku akan rasa macam tu.

Sahabat yang lama kau bina tetiba salah satu terpaksa pergi. Kau mesti berharap dapat jumpa macam dulu setiap hari tapi tu tak mungkin, yang tinggal hanya harapan. Tapi nak harap sangat pun tak boleh takut kecewa. Sakit itu memang sakit. Inilah lumrah kehidupan.

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Rumah Khairul menjadi sasaran aku dan Saiful pula. Yela. Aku tak sabar nak jumpa buah hati aku. Dulu boleh la setiap minggu tengok muka ni. Entah dalam whatsapp jela. 😭😭😭.
Sedih hati jantan aku. Kenapa lah aku bisu??  Kenapa susah sangat aku nak luahkan perasaan ni. Sakit betul simpan sorang-sorang ni.

Mesti ada yang fikir. Setakat tingkatan 2 tak payahlah nak bercinta cintu. Belum tentu ke jinjang pelamin. Ceh!!  Cakap macam orang bodoh. Ni namanya pengalaman. Kalau kau tahu nak handle antara pelajaran dengan kasih sayang. Rasanya tak de masalah.

Aku tahu fatwa cakap couple tu haram. Aku bukan nak couple. Aku hanya nak dia tahu aku suka dekat dia pun dah cukup baik. Tapi masalahnya dia buta. Tu lah orang perempuan. Depan mata tak nampak, yang jauh-jauh cari. Tak faham aku.

"Oit, kau bebel apa sorang-sorang, " tegur Saiful pelik. Dah kenapalah cakap sorang-sorang. Setiap kali kalau pergi rumah Khairul je Alif ni jadi macam ni.

"Hahaha. Kau dengar ke?, " tanya Alif.

"Tak dengar. Tapi aku tahu kau tengah membebel. Asal?? ,"tanya Saiful pula.

"Takde apa la. Pul!!  Bagi salam, "arah aku.

"Eh, aku lak yang kena. Aku dah setiap hari bagi salam dekat rumah ni. Kau lah bagi salam sendiri, " ucap Saiful.

"Yela. Suruh sikit pun tak boleh. Macam perempuan, " balas aku geram.

"Hahaha. Kau tu yang macam perempuan. Membebel je. Dah cepat, " tawa Saiful.

"Assalamualaikum. Khairul. Kak Nurin, " salam aku di hadapan rumah mereka.

"Waalaikumsalam, sekejab ye"

Suara lembut yang menjawab salam membuatkan hati aku berdegup kencang. Bagai ada larian pecut 100m sahaja. Ya Allah. Selamatkan lah hati aku. 😣😣

Wajah Kak Nurin mula muncul dari bukaan pintu rumahnya. Senyum lebar mula terukir apabila mata kami bertetapan. Sumpah aku nak cair.

"Ya Allah. Alif bila sampai. Tak cakap pun dekat akak? " soalan pertama dari mulut Kak Nur.

"Hehe. Kan Alif dah janji nak balik. Ni yang muncul tu. Ke akak tak sangka Alif balik??  Akak rindu Alifkan??," tanya aku semula. Lupa pulak kehadiran Saiful di sebelah.

"Kak Nur. Dia ni mengedik je. Jangan nak layankan sangat. Hahaha, " sampuk Saiful.

"Ish. Kau sanalah. Sibuk je. Bagila can aku nak kacau Kak Nur, " balas aku. Kepala Saiful aku ketuk.

"Sakit bodoh, "balas Saiful semula.

"Ish. Kamu berdua ni. Bahasa tu jaga lah sikit.  Dengar di mak akak. Ada yang kena ikat lidah tu, " tegur Nurin.

"Hehehe. Maafkan kami kak. Khairul mana,  dari tadi tak keluar, "  tanya aku dan Saiful serentak.

"Khairul dia pergi tepi sungai sana. Cari umpan ikan. Kalau nak jumpa. Pergilah dekat sana, " balas Nurin.

"Oh. Yeke. Kalau macam tu kami pergi sana teruslah. Kami gerak dulu kak, "jawap Saiful.

"Kak Nur nak ikut?  Boleh dating dengan Alif, " ucap aku berani. Serius aku tak sangka ayat macam tu boleh keluar dari mulut aku sendiri.

"Wah. Nak ajak akak date. Boleh. Tapi pergilah dulu nanti akak datang, " balas Nurin dengan senyuman. 😊😊

"Serius ?? Okey. Jumpa dekat sana nanti. Bye Kak Nur, " ujar aku tak percaya,  dalam masa yang sama aku gembira. Tak kisahlah Kak Nur hanya nak melayan aku. Tapi janji dapatkan. Jangan cemburu. 😙😙 . Hahaha.





Okey. Done update.
Maaf ye. Dah mula berkerja.
Cuba jugalah nak update tapi tak dapat nak taip. Cuma dapat kacau buku orang lain je. 😂😂😂
Sadis betul.

✅ Vote
✅ Comment
✅ Follow author ye. 😊✌✌








Kau Yang Terindah SayangWhere stories live. Discover now