Bab 2

29 4 7
                                    

Seminggu lepas itu.
RUMAH TOK WAN

Semua umum tahu aku dah berpindah dari rumah lama aku ke rumah Tok wan. Gembira sungguh Tok wan apabila kami sudah sampai ke rumahnya. Tok wan adalah ayah kepada ibu aku. Nek wan aku dah lama meninggal sebab sakit jantung.

Selama ni Tok wan cuma duduk sorang sahaja. Kadang-kadang ada jugak adik-beradik ibu balik melawat. Tapi kami tak risau sangat sebab rumah Pak cu aku dekat dengan rumah Tok wan jadi ada juga yang melihat makan minum.

Pernah juga kami mengajak Tok wan tinggal bersama. Tapi Tok wan selalu memberi pelbagai alasan. Tapi aku tahu Tok wan tak mampu nak tinggalkan kenangan dalam rumah tu.

Tapi satu aku kagum dengan Tok wan sebab dia masih gah urusankan rumah, malah rajin berkebun. Ada saka ke Tok wan aku ni???  (Alif.. Mulut jaga ye. Author bukan buat cerita hantu sekarang ni. Ni warning kedua 😡😡) Hahaha. Maaf author. 🙏🙏

Okay, back to the story.
Tok wan pandai masak. Itu paling aku kagum. Tok wan masak. Perk!! Sedap gila bak hang. Betul la ibu cakap. Ada orang akan jaga makan minum aku dan aku boleh jaga Tok wan.

Esok aku akan mula sekolah. Ibu dah daftarkan dekat satu buah sekolah dekat sini. Paling bagusnya aku boleh naik basikal. Sebab jarak sekolah tak ada jauh mana dengan rumah. Nama sekolah itu pula SMK Seri Indah. Jangan tanya aku kenapa nama sekolah tu macam tu. Aku pun tak buat kajian, mungkin budak-budak yang sekolah situ semua berseri dan indah akhlak dan adab. Mungkin, kita husnuzon sajalah.

Selamat malam semua. Aku penat kemas barang. Dah malam pun. Jumpa lagi esok.

🔸🔸🔸🔸

"Alif!!  Bangkit lekas. Kamu sekolah pagi ini"

Laungan ibu membuka ke sunyian pagi. Aku menguap besar.  Tangan kanan segera aku tekup mulut aku. Takut juga syaitan masuk dalam badan. Dah la aku ni bukannya baik sangat. Hahaha. o(╯□╰)o

Tuala yang bersangkut aku ambil dan segera masuk ke dalam bilik air.

S
K
I
P

Selesai mandi, pakai baju dan solat. Aku segera turun ke dapur untuk sarapan pagi. Aku lihat Tok wan juga ada di meja makan sambil menghirup secawan kopi. Di hadapannya ada lempeng tepung dan ikan masin goreng sebagai penyedap.

Ya Allah. Sedapnya. 😋😋

"Alif,  meh makan ni. Ni jela Tok wan boleh masak. Tapi kalau nak tunggu nasi goreng ibu kamu masak. Kejab lagi siap lah, "ucap Tok wan.

"Perk!!  Sedap ni Tok wan. Alif tak kisah semua Alif makan cuma tolak kayu dengan batu ja, "balas aku.

"Ni nasi goreng dah siap dah, " kata ibu yang sedang meletakkan bekas nasi goreng di atas meja. Pinggan yang di depan mata di angkat.
1 senduk.
2 senduk.
3 senduk.

Nasi goreng di hidang di atas pinggan dan di berikan kepada Tok wan. Ibu juga mengulangi benda yang sama dan meletakkan di hadapan aku.

"Terima Kasih ibu. Alif boleh buat sendiri"

"Tak apa lah sayang, alang-alang ibu senduk Tok wan. Ibu buat sekali untuk kamu"

"Ish, kamu ni Asmah.  Ayah boleh sahaja buat sendiri, "uca Tok wan pula.

"Tak apalah ayah. Bukan selalu. Alif nanti pergi sekolah dengan ibu dulu ye. Ibu hantar naik kereta. Nanti besok-besok kamu naik basikal. Kita kena pergi pejabat dulu, "kata ibu.

"Biar ayah yang hantar dia naik motor. Kamu nak kerja. Karang lama pula sampai. Lagi pun pengetua sekolah tu. Kawan ayah juga, " sampuk Tok wan.

Aku hanya mampu makan sahaja. Aku tak kisah. Kalau aku pergi sendiri pun boleh. Hanya perlu pergi pejabat sahaja dan berjumpa pengetua. Lepas itu selesai. Boleh masuk kelas yang sesuai.  Tapi tak kisahlah. Kata putus ditangan ibu. Suapan aku teruskan.

"Tak apa ke ayah. Asmah takut nak susahkan ayah, " jawab ibu semula.

"Tak ada apa-apalah Asmah. Sekolah tu juga sekolah lama kamu. Ayah dah biasa lagi pun hari ini sahaja. Kalau nak hari-hari pun ayah tak kisah. Ada juga aktiviti ayah ni. Hahaha,"balas Tok wan dengan tawanya.

"Yela ayah. Nanti ayah hantarkan si Alif ni. Tak payah hari-hari biar dia berdikari naik basikal. Asmah dulu pun naik basikal juga. Dah,  Alif lekas makan. Kejab lagi Tok wan hantar.  Ibu nak siap-siap kejab, " balas ibu kepala Alif sempat di cium sebelum naik ke bilik.

"Alif,  makan pelahan-lahan. Sekolah kamu tu dekat sahaja. Kita naik motor. Karang kita merempit sekejab. Hahaha, "ucap Tok wan lagi. Suka benar hatinya pagi ini.

"Tok wan nak rempit ke??  Daebak lah Tok wan, "balas aku lagi.

"Apa bak??  Debak?  Apa benda kamu sebut ni cu oi, " tanya Tok wan. 👳

"Hahaha. To bahasa korealah Tok wan. Maksudnya terbaiklah, " jawap aku semula. Kelakah bila mendengar Tok wan cuba mengajuk.

"Yela. Kamu dah habis makan. Jom. Tok wan tunggu dekat luar.

Aku hanya menganggukkan kepala. Pinggan yang kosong ku bawak ke sink untuk di basuh. Ala, pinggan sekeping dua tidak menjadi masalah untuk aku basuh. Ni lah berkat didikan ibu ayah. Aku bukan anak manja.

Tok wan sudah pun menunggu dengan motornya. Ibu turut sama di muka pintu. Tangan ibu aku salam dan segera menaiki motor bersama Tok wan untuk ke sekolah.


Yes!!  Author berjaya buat lagi satu chapter. Macam mana okey tak??
Hehe.. Maaf kalau ada typo. Selamat membaca.

Vote and comment please. 😉

Kau Yang Terindah SayangWhere stories live. Discover now