2%

6.6K 431 23
                                    

Aku hanya menunduk merenung kedua tanganku yang digari. Aku tak taw kenapa aku yang ditahan dan disoal semalaman .

Bilik kecil yang aku huni sejak semalam aku renung kosong. Lepas ja keadaan kecoh semalam reda dan api dapat dipadamkan, aku terus ditahan oleh beberapa pegawai wanita.

Dorang tahan aku sebab aku disyaki ada kaitan dengan letupan dan kebakaran yang tercetus.

Dan sekarang,tak salah aku..aku dah bertapa dalam bilik tahanan ni selama 10 jam.

Aku mengeluh pendek. Tekakku turut kering,dorang ni langsung tak dak hati perut. Langsung tak beri aku sebotol air mineral pun!!

Disebabkan rasa lemah dan dahaga ,aku perlahan ii melentokkan kepalaku di atas meja. Menunggu masa aku dikeluarkan dari tempat ni.

Kreak..

Aku angkat muka melihat pegawai wanita yang menyanggul tinggi rambutnya meluru masuk ,pintu dihempas kuat.

Fail ditangannya dilempar kasar ke wajahku.

Aku merenungnya tajam. 
Dia mengambil tempat dihadapanku,wajahnya aku teliti. Matanya sembap dan ada lingkaran hitam di bawah sepasang maTanya yang tajam menikam setiap inci wajahku.

Aku berdiam diri.

"Sekarang..lebih baik kau mengaku salah kau." Suaranya ditahan ii.

Aku masih diam. Jujur aku penat dengan sesi soal siasat ini. Dah berapa kali aku bagitahu dorang yang aku tak terlibat dengan sebarang insiden yang berlaku semalam. Tapi,sorang pun tak percayakan aku,malah tuduh aku dengan kata ii yang menyakitkan hati aku. Lagi ii pegawai wanita di hadapan aku ni. Dia sempat ugut aku waktu aku disoal siasat oleh anak buahnya beberapa jam selepas aku ditahan di sini.

"pesalah no 021 lebih baik kau mengaku sekarang!aku tak dak masa nak tunggu kau!"

Aku genggam tanganku yang memang sedia digari.
Sambil mataku renung tepat mata wanita itu. "Bukan saya."

Aku cuba menahan diri dari biadab dengan pegawai wanita itu,sebab aku tahu kalau aku disabitkan kesalahan mengganggu urusan mereka dan bertindak kurang ajar,waktu tahanan aku di neraka ni akan dipanjangkan.

Aku..nak keluar dari tempat ni...kenapa...takdir macam nak mempermainkan aku...aku cuma nak bebas! Aku tak minta harta aku balik..or even aku tak minta parents aku hidup semula!!aku cuma nak bebas.
Itu ja.

Pap!!!

Aku masih berdiam bila mana pegawai wanita itu menghentak meja, mungkin hilang sabar dengan karenahku.

"Aku tanya sekali lagi... 021!!!kau yang plan letupan semalam kan!!" Dia mula meninggikan suara.

"puan just nak saya mengaku kesalahan tu bukannya puan nak soal saya sangat pun kan!?" Aku mula hilang sabar.

"jangan nak main ii dengan aku!kau tak tahu apa yang kau dah buat !!"

"Saya dah bagitahu dengan jelas..saya tak terlibat langsung!apa yang tak faham lagi!!"

Tanpa aku sedar,dalam sekelip mata aku ditolak ke dinding.

Nafasku jadi sukar bila tangannya menggenggam batang leherku.

Aku cuba tarik tangannya yang masih terlekat di leherku. Pandanganku juga semakin kelam..

"Aku bunuh kau lah sial!!!"
Pegawai wanita itu merenung aku dengan nata yang  ingin membunuh.

"Le-lepas-h" aku sedaya upaya menarik tangannya yang makin menyesakkan pernafasanku.

"Dayana!!apa kau buat ni!!" Tiba ii ada seorang pegawai lelaki yang menyerbu masuk lalu meleraikan pegawai wanita itu dari aku.

(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now