51%

3.2K 228 8
                                    




"Mata kau--"

Nina merenung lelaki itu yang masih menapak menghampirinya dalam ruang yang sempit itu.

"------kau takut-" Aisac tersenyum pahit. Entah mengapa,dia berharap mata gadis itu ada sinar lain selain ketakutan pada dirinya.
"------jawab aku,Nina-"

Mata gadis itu menaik melirik anak mata Aisac. Berkerut dahinya, tidak memahami lelaki di hadapannya itu.

"------kau---pernah,suka aku?"

Nina terdiam. Hanya matanya yang terkebil-kebil merenung lelaki itu. "------apa---maksud kau?"

Aisac merenung gadis itu tajam. Dia hampiri gadis yang ketakutan itu,anak matanya yang gelap merenung setiap inci wajah halus itu. Jarinya mengelus perlahan wajah itu.

Lama anak mata gelapnya berhenti pada bibir merah gadis itu.  "---------kau patutnya milik aku-"

Nina telan liurnya,pahit..perit. Sedaya upaya dikecilkan tubuhnya agar tidak bersentuhan dengan lelaki itu.

"-----kau tahu-"

Anak mata Nina menaik pada lelaki itu. Aisac masih tidak berganjak dari kedudukan itu,tangan lelakinya memeluk pinggang gadis itu. Tak kuat...lembut sahaja...dia..tidak mahu lagi hancurkan gadis itu.

"-------aku pernah sayang kau-"

Nina terdiam dengan pernyataan lelaki itu. Mata lelaki itu menonjolkan ketegasan. "---------kalau ja---kau tak pilih dia dari aku-"

Tutur lelaki itu perlahan seakan berbisik padanya. Perlahan-lahan lelaki itu menjatuhkan tangannya dari pinggang gadis itu.

Aisac berundur beberapa tapak. "-------sekarang,hanya ada rasa benci aku pada kau--"

"-------salah kau---"

Mata lelaki itu menaik melihat gadis itu yang masih terkaku.

"-------aku membunuh...kerana kau-" Aisac senyum kelat. Dia mencebik. "-------tapi,aku tak sanggup bunuh kau-"

Seketika kemudian, telinga Nina menangkap bunyi letupan.Membulat matanya ,bertambah gerun hatinya bila Aisac tersenyum senget.

Keriuhan jelas berlaku di luar,dengan jeritan minta tolong. Kesemuanya.

"------aku persembahkan----" tangan lelaki itu segera memulas tombol pintu. Nina terus meluru keluar.

Langkahnya pegun saat melihat kereta milik Ryan terbakar. Terbakar!

"--------bersyukurlah...aku...selamatkan kau..."

"Kalau tak----tentu kau sama-sama rentung dalam tu---dengan abang kau-"


"-------no!" Mata Nina tertumpu pada kereta yang sudah dimakan api itu.

Aisac senyum. "------kau rasa?"

Nina terus berlari ke arah kereta yang dijilat api itu namun beberapa orang menahannya. Keriuhan yang tidak terhingga berterusan hingga matanya berpinar-pinar. Kegelapan menemani dirinya sekali lagi.

⚫⚫⚫

Aku pisat mataku,perlahan-lahan aku cuba laraskan mataku dengan cahaya ruang ni.

"Nina-"

Aku lihat Xavier yang menghampiriku. Tanganku digenggamnya.

"Xavier---Ryan---"

Xavier makin menguatkan genggaman tangannya.  Sebelah tangannya membantu aku untuk bersandar di kepala katil.

(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now