42%

3.3K 232 8
                                    



🌰note: Kalau korang perasan..anak Zu er yg budak kecik tu nama Hel jugak ..and chap lepas muncul plak Hel terbaru..orgnya berbeza yer...yg anak Zu er tu Nama penuhnya Helux,Hel yg baru muncul ni nama dia Ryan Amehael,so I used Ryan lh dripada Hael..takut tertukar plak nnti..ok that's all....happy reading🌰

M U R V E : MEET THE DARKNESS


CHAP: 42


Japan

Aku melirik jam di pergelangan tangan kiriku. Semakin berkerut dahi aku melihat jarum jam yang sudah menunjukkan angka 9 malam. Ok,memanglah masih awal tapi yang peliknya dah kenapa aku pun diheret keluar bersama. Nak kemana malam-malam begini?




"Termenung apa lagi tu?"

Mataku naik melihatnya sebelum jatuh pada kakinya yang sudah tersarung kasut.
Matanya turut melihat kasutnya lantas pandangan pelik dipalingkan padaku.
"Dah kenapa pandang kasut aku lama-lama?"


Aku jungkit bahu. "Pelik." Balasanku membuatkan dia beri jelingan tajam. Dia berpeluk tubuh sambil matanya merenung aku atas bawah sebelum matanya kembali pada kaki aku.
"Kau yang pelik--"


Mataku jatuh pada kaki aku. Entah kenapa ,jadi bingung sekejap memandangkan aku baru terjaga dari tidur tadi. Lepas makan malam terus aku terlelap depan laptop. Kalau tak disebabkan dia yang kejut aku bagai nak roboh pintu bilik tadi,tak adanya aku nak bangun dari mimpi indah aku.

"Lembaplah kau ni--cepatlah pakai kasut." Suaranya menapar gegendang telingaku. Dalam mamai,aku sarungkan jugak kasutku itu kedua belah kakiku.



Slow....motion.....
Aku dah cakap aku ngantuk,tapi dia tetap memaksa..entah nak bawak aku ke mana malam-malam buta gini!

Lengan dibahagian siku aku ditariknya lembut. Dia dekatkan tubuhku dengannya lantas memakaikan jaket tebal buatku. Dah tahu sejuk malam cenggini pehal ajak aku kuar----



"Jangan buat muka beruk kat aku--" selarnya bila mata bundarku dah merenungnya tajam. Dia menepuk-nepuk bahuku bagi mengemaskan jaket itu tapi nampak gaya macam nak bagi patah bahu aku jer gamaknya!



"Sakitlah!" Tangannya aku tolak. Dia tarik sengih.

"Bagi kewarasan kau tu balik semula pada kau...mamai lah lagi..."sindirnya.



Aku jelingnya ,dalam beberapa saat kemudian lenganku dirangkulnya. Aku tenung tangannya dilenganku lalu mataku naik melihatnya.



"Dah jom..." Lenganku diheretnya keluar dari runah tumpangan itu.



⚫⚫⚫

Ryan menyisip wine sambil matanya merenung kosong--fikirannya melayang..berlegar-legar tanpa arah. Kerutan di dahinya sesekali kelihatan,menambahkan andaian bahawa lelaki itu sedang berfikir sesuatu yang mustahak.



Tunangnya hanya melirik sekilas. Tangan si gadis segera mengelap hujung bibir dengan napkin merah,semerah wine yang dihidangkang buat mereka.



Mata si gadis merenung si lelaki yang begitu taksub dalam dunianya sendiri.
Lantas,si gadis memetik jari di hadapan si jejaka.

Pak

Si jejaka mengerdip mata sekali,dua kali sebelum matanya kembali terarah pada si gadis yang sudah tersenyum manis buatnya.




"Sorry,---what you've said earlier?" Tangan si jejaka mula kembali memegang pisau dan garfunya.





(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now