52%

3.3K 226 9
                                    

Nina berpeluk tubuh sambil matanya melirik ke luar balkoni bilik tetamu itu. Kini,dia terpaksa tinggal di rumah Xavier atas faktor keselamatannya. Lagipun,rumah Xavier lebih dekat dengan hospital,lebih mudah untuk dia melawat Ryan yang masih dalam koma kerana cedera parah.

Xavier yang sudah selesai menukar cadar baru buat gadis itu berpaling padanya. Lelaki itu menapak perlahan padanya yang masih ralik mengelamun.


"Nina----"

Nina menoleh,matanya sempat melirik cadar yang sudah diganti baru. Senyuman meniti di bibirnya.

"Thanks-" gadis itu menolak sliding door yang menghubungkan bilik itu dengan balkoni.


"Small matter. " senyuman dibalas mesra. "Umm...kau nak makan apa-apa ke..yang spesific? Aku nak beli barang dapur nanti-"


"Uh? Tak apalah..saya ikut sekali.."

"No----aku boleh pergi sendiri---lagipun,aku kena  ambil Hel dari tadika."


Nina mengangguk faham. "Oklah kalau camtu. Pasal--makanan tu...saya tak kisah-"


Xavier sengih. "Kalau aku buatkan kau batu masak kunyit nanti baru tahu--cepatlah..aku dah berbaik hati ni ---lepas ni jangan haraplah----" usikan lelaki itu mengundang tawa kecil dari Nina.

Sementara Zu Er hanya melihat kedua manusia itu di balik pintu. Dia yang dalam perjalanan untuk ke bawah setelah mengambil phone yang tertinggal di bilik terpaku di hadapan bilik tetamu itu. Hatinya berbolak-balik,namun dia usir segala anasir jahat yang bermaharajalela di pemikirannya itu.

Saat kakinya ingin melangkah pergi,panggilan dari Xavier mematikan langkahnya. Dia menyimpul senyuman lalu menoleh pada lelaki itu.



"I baru nak panggil you kat bilik tadi-" balas Xavier sambil tangannya menutup pintu bilik Nina itu.



"Ouh? Dah siap?"

"Dah..." Xavier lantas melirik jam tangannya. "Erm--- kita nak ambil Hel dulu or terus pergi supermarket?"




"Ambil Hel dululah-" balas wanita itu lantas mula menuruni anak tangga diikuti Xavier di belakang.



⚫⚫⚫


Xavier ralik memilih sayur-sayuran dan pelbagai lagi bahan masakan. Sementara Hel mengikut bontotnya dengan memegang kaki seluar lelaki itu ke hulur ke hilir. Zu Er pula menolak troli di belakang.


Xavier berhenti di setiap seksyen ,sayur-sayuran dipilih sesegar mungkin. Apabila lelaki itu menuju ke ruangan seafood, kaki wanita itu pegun di tempatnya. Hanya matanya melirik setiap tingkah lelaki itu.


"Papa----kenapa beli seafood?-" pertanyaan Hel dilirik sekelis oleh Xavier. Tangan lelaki itu lincah membelek ketam dan tiram. Sudah terbayang di fikirannya,masakan malam ini.



"Erm----papa masak untuk aunty Nina----"

Hel masih menarik-narik kaki seluar papanya itu. Tindakannya membuatkan Xavier menunduk melihatnya di bawah.



"Hel---pergi dekat mama dulu ok--kejap papa datang-"  Tangannya memusingkan tubuh kecil itu lantas ditepuk perlahan bontot kanak-kanak itu sebagai tanda 'go to mama'.



"Tapi,mama tak----"
Belum sempat Hel nak membalas tubuhnya sudah ditolak lembut si bapa. Xavier kembali pada ketam dan tiramnya.


Terkedek-kedek Hel mendapatkan mamanya.
Zu Er memeluk tubuh anaknya itu.


(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now