32%

3.6K 254 27
                                    

Xavier Xander



Lelaki itu mengeluh perlahan ,sebelah tangannya memegang stereng kereta sebelah lagi ditongkat ke luar tingkap. Pemanduannya pada had laju sederhana. Jalan raya yanh tidak begitu sibuk pada awal pagi sebgini membuatkan pemanduannya lancar sekali.




Sesekali matanya melirik Nina yang masih tertidur di sisinya. Gadis itu dibalut dengan selimut pemberian Alex. Mata pemuda itu kembali pada jam di dashboard., 6 pagi.




Ya,seawal itu dia mahu membawa Nina keluar dari rumah Alex.
Matanya kembali pada jalan raya. Pedal minyak ditekan ,meningkatkan lagi halaju kereta mewahnya membelah kesunyian jalanraya.







Pada masa yang sama,Nina mencelikkan matanya sedikit. Berkat selimut yang membaluti tubuhnya itu,Xavier langsung tidak perasan bahawa gadis itu hanya berpura-pura tidur.




Ia,dia sudah lama terjaga. Sejak---Alex masuk ke dalam biliknya tadi pagi. Kehangatan selimut yang membalutinya tidak sehangat hati dan perasaan gadis itu ketika bibir Alex menyentuh lembut ubun-ubunnya.



Seakan mahu merasai kehangatan itu kembali,Nina menutup seketika matanya. Masih terasa hangat tubuh lelaki itu tambah-tambah bila dia dapat merasai elus lembut tangan pemuda itu pada rambutnya.


Hatinya  perit,tak terungkap
Lagi perasaannya itu. Dia tahu,dia sudah lama jatuh hati pada lelaki bernama Alexander itu. Sejak mereka berada di Juvana  lagi.

Sewaktu lelaki itu mempertahankan dia bila warden juvana menghinanya ...

Bila lelaki itu berdiri dihadapannya dengan lagak hero yang ingin melindunginya.

Tiada siapa...yang pernah melakukan apa yang lelaki itu lakukan buatnya. Malah sepanjang hidupnya di penjara itu,tiada orang yang berusaha mempertahankannya... Semuanya dia lakukan sendiri...dia struggle to stay alive.


Nina menyembunyikan wajahnya ke dalam selimut. Hembusan nafasnya yang terperangkap dalam balutan selimut itu tersa hangat menyentuh dagu dan hidungnya yang tenggelam dalam kelembutan serat selimut itu.



Maafkan aku




Terngiang-ngiang suara halus lelaki itu di gegendang telinganya. Matanya kembali tertutup,cuba menidakkan perasaannya.












Alexander Ivan pov


Kunci kereta ku letak di atas meja makan. Kaki ku menapak lemah ke arah peti sejuk. Botol mineral dari peti   aku keluarkan lantas ku teguk rakus. Sisa air itu yang mengalir keluar dari mulutku ku seka dengan belakang tanganku.



Botol mineral yang sudah kosong itu ku genggam erat. Mataku tajam merenung luar jendela. Aku pasti akan cari tahu,apa yang sudah berlaku!!!





Derapan kasut yang memenuhi ruang dapur itu membuatkan aku mendengus perlahan. Dari wangian perfume yang disemburnya sudah dapat ku tebak orangnya,lagipun siapa lagi yang tinggal bersamaku di rumah ini kan?





"Sayang...." Mendengar sahaja suaranya membuatkan mataku terpejam rapat. Muak pula rasa hati ini namun cepat-cepat  ku usir perasaan ini.
Dia Zu er,...kekasih kau...Alex.....kau cintakan dia....




Dengan hembusan nafas panjang ku lepaskan,segera ku kalihkan tubuhku menghadapnya.


Dia memeluk tubuh sambil merenungku. Mataku turun pada tubuhnya yang masih dibaluti dengan pijama. Baru bangunlah ni---


(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now