33%

3.8K 273 23
                                    





Nina Swatch







Nina melirik setiap lukisan yang dipamerkan di segenap ruang dinding itu. Hari ini merupakan launching bagi galeri yang dibuka di tengah-tengah ibu kota itu.
Meskipun gadis itu langsung tidak mengerti mengenai kehalusan seni lukisan itu namun ,atas faktor revenge plan membuatkan dia terpaksa membiasakan diri.
Sesekali matanya melirik manusia yang difikirnya membosankan kerana menyukai hasil seni ini. Bibir munggilnya mengeluh perlahan,kemudian dilirik jam di pergelangan tangan kirinya.  Aduh....berkerut dahinya bila menyedari bahawa dia baru berada di dalam galeri itu selama 10 minit.









"Boleh saya bantu cik?" Pertanyaan seorang pemuda berpakian sut membuatkan gadis itu tersentak. Matanya jatuh pula pada tag yang disemat pada dada pemuda itu.




Manager










Nina sudah tersenyum kekok.










⚫⚫⚫







Nina Swatch pov










Aduh....manager ni perasan ker aku menguap tadi sampai-sampai nak menegur aku nih?
Rambutku yang disanggul bun membuatkan dingin dari aircond terus menggigit belakang leherku.







"Erm...tak--tak mengapa...saya tengok-tengok sahaja." Pantas aku mengelak.











Manager itu tersenyum manis. "tak mengapa,saya boleh temankan cik di sini..lagipun...semua customer sudah ada guide masing-masing." Matanya melirik ke belakangku.








Masih ragu-ragu,aku terus berpaling ke belakang. Mataku melihat sendiri kesemua pelanggan sudah ditemani dengan seorang pekerja galeri. Mataku menikam lelaki itu semula. Senyuman manis aku ukirkan.
"Policy dia memang macam ni ker?"

















"Yer...mari saya tunjukkan beberapa lukisan yang sangat berharga di sini..pasti cik akan teruja---" ujarnya lantas menunjukkan arah padaku.


















Terkebil-kebil aku merenungnya namun kaki hanya bertindak mengikut arahannya. Aku dibawa ke suatu lorong yang lebih eksklusif. Mataku melirik beberapa lukisan yang disimpan di dalam kaca. Wow!






Sungguh berharga nampak lukisan-lukisan di sudut ini.










"Ini--" tangan manager itu menunjuk pada satu lukisan yang sederhana besar. Tapi--











"Ini adalah lukisan kedua yang paling berharga di sini--pelukisnya ialah Loralyn Kaede.."






kaede?








"Japaness?" Soalanku nyata mengundang tawa kecil dari pemuda itu.










"Tidak--sebenarnya..Kaede itu masih menjadi tanda tanya juga buat kami...tapi yang jelas,nama pelukis ini Loralyn sahaja..."













Aku mengangguk sebelum mataku kembali melirik lukisan itu. Ia merupakan sebuah lukisan yang cantik..halus bagiku..biarpun aku kosong dalam bidang-bidang seni ini.















Lukisannya menggambar bayang -bayang yang hanya disenari cahaya bulan di kepekatan malam.













"Apa yang cik nampak dalam lukisan ini? "















(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now