22%

4.3K 265 23
                                    

New York•••  White Lilies Residence






Nina Swatch Pov

Mataku terpaku sejak kereta mewah yang menjemput kami dari airport menyelusuri masuk ke dalam kawasan itu.


Ivan hanya diam memerhati kawasan taman yang luas itu. Macam padang golf yang luas,seluas mata memandang. 


Aki diberitahunya bahawa ini rumah keduanya. Aku pun masih tak dapat mentafsirnya. Mungkin dia ada beli rumah di sini,untuk bercuti?



Akhirnya setelah 10 minit,kereta dihentikan dihadapan sebuah mansion yang sangat besar,lebih besar dari rumah Ivan . Macam istana.



"Turun." Arah Ivan pendek lantas dia keluar dari kereta itu.

Terkial-kial aku mengikut langkahnya yang laju menapak ke daun pintu utama. Lebih kepada pintu gerbang utama mansion ini.


"Welcome home,my grandson--"


Aku meneliti wanita tua yang bertongkat itu. Senyumannya melebar pada Ivan . Disisinya ada beberapa maid yang semuanya menunggu arahan darinya.



Ivan menghampiri wanita tua itu lantas memeluk tubuh tua itu,sekali gus membuatkan aku tersenyum. Terasa hangat menjalar di hatiku. Indah.




"How are you,nanny?" Soal Ivan lembut. Sangat lembut suaranya hingga aku langsung tak menjangka suaranya boleh sehalus itu.


Wanita itu mengusap pipi Ivan dengan mesra. Mata tuanya melirikku di belakang,membuatkan Ivan kembali sedar kewujudanku.


"Who is this special  young lady ? " wanita itu menapak ke arahku. Senyumannya ramah menerjah ke jantungku.





"She's yours?" Sekali lagi wanita itu menyoal. Tangannya merangkul kedua tanganku .



Mataku melirik pada Ivan yang masih tidak menjawab sebarang pertanyaan wanita itu. 



"Kekasih saya,nanny."



Mataku terus terpaku padanya. Melopongku mendengar setiap bait katanya yang seakan tersekat di kerongkongku.



Ivan menjelingku sekilas sebelum kembali menatap nannya.

Nanny Ivan memeluk bahuku tiba-tiba. Terkebil-kebil aku dibuatnya.

"Nanny happy dapat jumpa kamu, apa nama kamu,hun?"



Ku ukirkan senyuman manis. "Nina...Nina Swatch."


"Swatch?" Nanny menyelikkan helaian rambutku di belakang telinga. " secantik kamu--"

"Marilah masuk dulu, you both must really tired...have a nap ok?" Bahuku dirangkulnya lantas ku dibawa ke dalam rumah itu. Ivan mengikut langkah kami dari belakang.




Aku ambil tempat di sofa ,di sebelah nanny. Manakala Ivan mengambil posisi di piano. Bangku kulit yang bersais sederhana itu didudukinya.





Jarinya menyentuh tiles itu.
Nanny hanya melihatnya dari ekor matanya. Dia menepuk tanganku perlahan. Segera mataku melirik nanny yang tersengih padaku.



"A room or separated one?" Soalnya.

"Huh? " soalku hairan.



"If you wanna sleep in the same room with Alex, I could ask the maid to--"


(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now