39%

3.4K 240 3
                                    


Nina Swatch pov

Aku terkial-kial mengejar langkahnya yang makin laju ke hadapan. Taman hiburan ini masih lengang dengan pengunjung.

"Yah.. Perlahan lah sikit jalan tu.." Lengannya aku sangkut dengan tanganku.

Dia toleh padaku lalu matanya jatuh pada tanagn aku yang sedap peluk lengan dia. O...keeeey....

Perlahan-lahan aku leraikan pegangan itu. Sambil kemam bibir aku liarkan mataku ke kawasan permainan. Roller coaster... 

"Tengok apa?" Soalnya. Matanya melirik ke arah permainan gergasi itu. Dia mencebik.

"Berani ker nak naik mende tuh?"

Mulutku terkumat-kamit menyumpah dalam diam. Ku jelingnya sekilas lalu sengaja aku melanggar bahunya sebelum mendahuluinya.

Baru beberapa tapak aku melangkah kedengaran dia merintih. Mula-mula aku biar sahaja,mesti dia sengajalah tu nak tipu aku!!
Makin depan aku melangkah makin tak senang hati aku dibuatnya.

Aku kemam bibir. "Alex?"

Melihatkan tiada balasan daripadanya segera aku toleh. Membuntang mataku bila melihat dirinya yang sedang duduk melutut di tanah sambil dikerumuni manusia.

Langkah segera aku ayun ke arahnya. Dia sedang tertunduk menahan perutnya. Aku lihat beberapa pengunjung yang merupakan penduduk tempatan cemas lantas nak call ambulans.

Ada pula pelancong yang turut datang ke arah kami lantas menyoal apa yang berlaku. Kekecohan jelas terjadi tika itu.
Malah,ada kanak-kanak yang mengusap belakang Alex seperti cuba menenangkannya.

Aku yang masih kaku di situ. Salah aku ker?? Aku tolak perlahan je kut....air mataku sudah mahu tumpah.

Kanak-kanak yang memujuk Alex tadi mula menarik lengan aku sehingga aku terduduk di sisi Alex.

Kanak-kanak itu lanymtas mengambil tanganku lalu diletakkannya di bahu Alex. Aku sudah terkebil-kebil.

Alex yang menuduk aku lirik sekilas. Sakit sangat ker sampai muka aku ni pun dia tak nak tengok?

"Alex???"

Alex dongak,matanya naik melirik aku. Wajahnya berpeluh-peluh.

"Dekat sikit.."

Aku ikut sahaja lalu ku dekatkan wajahku dengan wajahnya ,spesifik aku rapatkan telinga ku dengannya.

Desah nafasnya seperti meniup-niup telingaku. Aku tahan jer...orang tengah sakit   sabar.. 

Buat seketika tiada apa-apa...tapi..tiba-tiba!!!

"Arghhhhh!!!!!!ss--sakittttt arghhhhh!!!!"

Dia gigit cuping telingaku   bukan gigit manja!!! Aku ulang!!! Bukan gigit manja tapi gigit bagi putus ni gamaknya!!!!

"Hh...hauuu----ngo--lak--a--khu---giiii"
Entah apalah yang dia bebel sambil gigit telinga aku.

Aku menarik rambutnya dengan harapan dia lepaskan cuping telingaku,suara-suara gelak tawa di sekeliling kami ibarat kami kumpulan sarkas tak berbayar pulak!!

"Lepasla--lahhh!!!" Aku terjerit-jerit bila gigitannya semakin utuh di telingaku.

Entah macam mana,kedua tanganku dapat dia genggam lantas dikunci dalam dakapannya sementara cuping telinga terkunci dalam gigitannya.

Desah nafas beratnya makin kuat menampar telingaku. Rontaanku pula makin lemah. Aku hanya berdiam dalam dakapannya,back hug.

Lama-kelamaan aku rasakan telingaku sudah dibebaskannya.

(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now