Chapter 1

1.8K 124 7
                                    

Four in One 1




Di LA(Los Angeles) harini adalah hujung minggu. Jadi semua ahli keluarga Jung cuti. Mereka memilih untuk berehat dirumah je. Encik Jung dan Puan Jung sekarang sedang menonton televisyen berdua.

Tiba² ada Yerin dan Eunha yang datang turun bersama pergi kearah mereka. Mereka nampak macam baru habis berbincang sesuatu.

"Omma, appa" sapa Yerin lalu duduk disofa kosong yang ada disana. Eunha juga ikut duduk disebelahnya.

Encik Jung memandang mereka hairan "aih, kan harini hujung minggu? Bukan ke kamu berdua selalu tidur je waktu macam ni?" soalnya.

"Sebenarnya kami nak cakap sesuatu yang penting ni omma, appa" kata Yerin.

"Betul tu. Hal ni penting sangat. Ini semua pasal masa depan kami juga" sambung Eunha pula.

Mendengar kata 'penting' , Puan Jung pun memilih untuk tutup televisyen dulu. Nak dengar lagi apa yang dua anak perempuannya tu nak cakap lepas ni.

"Amboi, penting? Pasal masa depan? Series semacam je ni, cakaplah. Omma dan appa dengar" balas Encik Jung.

Oleh kerana Yerin lebih tua dari Eunha, jadi dia yang cakap. "Kami kan dah besar, dah tamat belajar, dah masuk 20 tahun pun, jadi kami bercadang nak cari kerja.."

"Lah, baguslah kalau macam tu. Kerja apa yang kamu nak? Appa boleh tolong daftarkan untuk kamu" pintas Encik Jung.

Yerin menggeleng "bukan macam tu lah appa, kami bercadang nak cari kerja dekat korea..tempat lama kita dulu"

"Betul tu appa, jadi kami nak minta izin omma dan appa dulu sebelum pergi kesana...omma dan appa bagi tak kami pergi cari kerja dekat korea?" sambung Eunha.

Puan Jung menggeleng dulu "oh no.. Why kamu nak cari kerja di korea sedangkan sekarang kita ada di LA? Sini pun banyak kerja kosong yang kamu boleh ambil kan?"

"Tulah, kenapa tetiba boleh terfikir nak cari kerja sampai kesana pula?" soal mereka hairan.

Yerin menjoget bahu "well..kerja di LA ni susah la appa. Pengangkutan pun terhad, kalau kat korea senang. Teksi bas semua ada dekat je. Kerja pun senang nak pergi dan cari"

"Ala boleh la omma..lagipun kita memang berasal dari korea kan? Apa salahnya kalau kami nak cari kerja dekat tanah air kita tu, boleh eoh??" pinta Eunha dengan manja. Maklumlah anak bongsu.

Encik Jung menghela nafas "boleh tu memang lah boleh, tapi kamu tahu kan yang omma dan appa kerja disini, mana boleh pergi korea tu"

"Lahh siapa cakap omma dan appa kena pergi? Cuma kami berdua jelah yang pergi, just Yerin and Eunha" kata Yerin terang.

"What? Pergi sendiri? Boleh ke percaya? Kamu tu dah lama tak balik korea, mesti dah lupa pasal selok belok negara tu" kata Puan Jung ragu².

Yerin tersenyum "hah itu jangan risau! Kami dah hafal 100% selok belok pasal korea. Lagipun kami cuma perlu tinggal di seoul untuk kerja tu. Jadi semuanya dah settle"

Encik Jung dan Puan Jung saling pandang antara satu sama lain. Boleh percaya ke nak biarkan dua anak perempuannya ni pergi sendiri ke korea tu??



🌸🌸🌸🌸



"Arghh! Tak sangka omma dan appa bagi kita pergi korea!" seru Eunha senang hati. Sekarang mereka ada dalam bilik Yerin. Mereka bilik asing, tapi Eunha ni memang selalu menempek dekat bilik kakaknya ni.

Tadi lepas bincang² tu, kedua ibubapa mereka dah setuju untuk benarkan mereka pergi ke korea dan kerja disana. Nasib baik betul! Ingatkan mereka takkan diizinkan tadi.

"Bisinglah kau ni, kau tak kemas beg ke? Kan esok kita dah pergi ke korea? Sibuk datang kacau sini pula" omel Yerin sambil mencubit kaki Eunha.

Eunha cuna merengek kecil lalu menggosok bekas cubitan itu. "dah lama siap kemas, kau tu yang lambat hah" balasnya dengan bangga.

Yerin hanya menjeling dan sambung kemas begnya. Kalau berdebat mulut dengan Eunha tu, sampai esok pun takkan habis.

"Ah, kau jangan lupa bawa peta kota seoul tu eh? Nanti kita sesat pula bila tak ada peta tu" pesan Yerin.

Eunha menggangguk "eung, dah siap letak dalam beg hah. Jangan risau, aku takkan lupa lah"

"Baguslah kalau macamtu" balas Yerin lalu menutup zip begnya. Akhirnya dia dah siap kemas. "Shuh! Pergi balik bilik kau. Aku nak tidur ni" dia menghalau Eunha dari biliknya.

"Ish yelah, gudnight ye! Esok kita akan ke korea!!" kata Eunha lalu berlari keluar dari bilik Yerin dan balik semula kebiliknya sendiri.

"Hhh budak ni memang suka bising betul" omel Yerin pasrah lalu mula berbaring dikatilnya dan terus pejam mata. Tak lama kemudian pun terlena dibuai mimpi.



🌸🌸🌸🌸



Setelah malam berlalu, mereka semua bangun dan bersiap. Sarapan pun dah makan semua. Beg-beg juga dah dimasukkan kedalam kereta. Now mereka akan bertolak ke airport.

"Sebelum kamu pergi, appa nak tanya. Kamu berdua dah ada duit ke? Nanti disana nak banyar sewa hotel dan makan lagi, ada dah ke duit?" soal Encik Jung.

"Kalau kamu takde duit omma dan appa boleh bagi, kami ada duit banyak hah" sambung Puan Jung.

Yerin dan Eunha mengangguk. Mereka dah ada duit. Mereka dah menyimpan dari kecil lagi hah. Cukuplah untuk sara diri dikorea tu sebelum dorang dapat kerja nanti.

"Ambil ni" tetiba Encik Jung menghulurkan sekeping kad kredit pada Yerin "kalau tak ada duit, kamu guna je lad kredit ni. Appa bagi untuk kamu berdua"

Mata Yerin dan Eunha berbinar melihat kat kredit tu. Tak sangka mereka diberi kad kredit ni. Banyak duit boleh guna ni.

"Waa thanks appa!" ucap mereka bersama. Kad kredit itu disimpan oleh Yerin. Dia kakak, jadi dialah yang simpan.

"Sama², kita bertolak sekarang" balas Encik Jung lalu mula memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah. Mereka akan menuju ke international airport in LA untuk ambil penerbangan ke Seoul.

'Harap² takkan dapat masalah disana nanti' gumam Yerin dalam hati. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati, dan dia rasa macam akan ada yang tak kena bila mereka tiba korea nanti.






BERSAMBUNG...
sampai sini dulu. Mereka tak sampai di korea lagi, dan watak Jun pun tak muncul lagi. Lepas ni baru ada ye 😂 Tunggu next chapter ye^^ vote and comment juseyo! ❤

Four In One ✔Where stories live. Discover now