Chapter 13

778 79 5
                                    

Four in One 13


Yerin masuk kedalam bilik Eunha, tapi sekarang Eunha takde disitu, dia ada dalam tandas, tengah tukar baju lah tu

Yerin pun membuat keputusan untuk tunggu Eunha lalu duduk ditepi katil yang ada dibilik tu.

Selang beberapa minit, Eunha pun keluar dari bilik airnya sambil lap² rambut guna tuala kering. Dia baru sedar kalau Yerin ada disitu "apa kau buat dalam bilik aku?"

"Wae? Tak boleh ke kalau aku nak masuk bilik adik aku sendiri hm?" soal Yerin.

Eunha menggeleng "tak..maksud aku, kenapa masuk?"

"Sebab kau lah, kau balik basah² tadi kenapa? Ada sesuatu yang terjadi ke?" tanyanya ingin tahu.

Eunha berjalan ke meja hiasnya lalu duduk dibangku. Masih dengan tuala yang menempel dikepalanya "eung..cuma masalah kecil. Biasalah hal customer tak puas hati, memang macam ni lah jadinya" katanya. Dia tak boleh bagitau alasan sebenar, takut Yerin akan buat hal lain pula nanti.

"Haih kau ni, lain kali hati². Buat kerja biar betul. And kalau ada customer yang jenis tak elok ni, kau tak payah layan sangat" pesan Yerin.

Eunha cuma angguk² faham mendengarnya. Akhirnya dia menghela nafas "Rin, aku rasa aku nak balik LA lah.."

"Mwo? Kenapa?" soal Yerin terkejut.

"Aku taknaklah tinggal kat korea. Biar aku cari kerja kat LA lagi senang. Lagipula kawan aku semuanya kat sana" kata Eunha lagi.

Yerin menggeleng laju "Eunha, janganlah buat macam ni. Takkan aku nak tinggal sini seorang diri? Cuba bagitau aku alasan sebenar, kenapa kau tetiba nak balik ke LA semula?"

"Kau tak selesa disini? Kau tak suka kerja kau sekarang? Atau apa??"

Eunha menghela nafas. Kalau jujur, memang taklah Eunha akan buat.

"Aku rindu omma dan appa"

"Aku juga rindu, tapi aku takdelah balik macam kau. Kalau kau rindu, call dan cakao jelah dengan dorang. Tak perlulah balik LA" cadang Yerin. Tapi Eunha tetap menggeleng.

Yerin akhirnya menghela nafas "gurrae, kalau kau nak balik LA its okey..aku faham sebab kau kan anak bongsu, mesti tak boleh pisah lama dengan omma appa"

"Tapi boleh tak kalau kau stay lagi disini lagi dua tiga hari? Sebab Jun akan bawa kita pergi ke Gyeongi-do, kau kan teringin juga nak kesana?" pintanya.

"Duatiga hari? Eum...baiklah" balas Eunha. "Tapi janganlah bagitau dorang kalau aku nak balik LA nanti eoh"

Yerin mengangguk faham "arraseo, oklah aku keluar dulu eh. Kau rehatlah"

.

.

.

Selang dua hari kemudian, harini tibalah harinya dimana mereka berempat akan pergi ke gyeongi-do.

Mereka akan ke Gyeongi-do selama 2hari 1malam. Jadi mereka tak perlu bawa banyak baju.

"Eh, Jun..kita nak kesana naik apa? Driver Atuk kau datang ambil eh?" tanya Yerin yang baru turun kebawah bersama begnya.

"Akulah yang akan pandu kereta, Driver Atuk aku tu just bawa Atuk akulah, takdenya nak ambil kita nih" balas Jun.

Yerin mengerutkan dahi "kejap², sejak bila kau tahu bawa kereta? Dan... Bukannya kau takde kereta ke?"

"Huh, siapa kata? Kereta aku ada je dekat garaj tu. Saja je aku malas guna. Kalau nak keluar jauh baru aku drive kereta tu"

Yerin menganggukkan faham. Lah, macam tu rupanya ㅋㅋㅋㅋ

"Mana adik kau si Eunha tu? Tak ikut ke?" tanya Jun. Mereka dah nak bertolak ni, tapi Eunha tak turun lagi pun.

"Ada, kejap lagi dia turunlah tu. Mingyu pun tak turun lagi, haish dua orang tu memang lembab" gerutu Yerin.

"Dahla, jom kita tunggu dalam kereta dulu" ajak Jun "meh aku bawakan beg kau"

Yerin tersenyum lalu bagi beg dia pada Jun "gumawo, baik betul cucu Atuk Wen nih" pujinya.

"Biasalah, inikan Wen Junhui" kata Jun dengan bangga lalu berjalan keluar dari rumah tu. Yerin cuma geleng² lalu ikut Jun dari belakang.

.

.

.

Mingyu dah siap kemas barangnya. Dia pun berjalan keluar dari biliknya dan mengunci pintu. Setelah itu dia pun berjalan kearah tangga untuk turun.

Kebetulan dia terlihat Eunha ada disana sedang menuruni tangga, terus dia berjalan dan ikut dari belakang Eunha.

"Kau ikut juga?"

Eunha menoleh dan melihat Mingyu dibelakangnya, lalu dia menoleh kedepan semula "eoh"

"Kali pertama kau akan ke gyeongi-do eh?" tanya Mingyu lagi.

"Yea" balas Eunha lagi. Dan sekarang mereka dah siap turun dari tangga. Now akan keluar dari rumah dan masuk kedalam kereta.

Mingyu cuma mampu diam. Nak cuba rapat, tapi bila dia tanya atau cuba bersembang, Eunha asyik jawab pendek je.

"Eunha, kau masih marah dengan aku eh? Marah tentang sepahkan rumah tu??" tanya Mingyu.

"Tak"

Mingyu menatap Eunha dengan hairan. Bukan tentang tu? Jadi kenapa Eunha masih dingin dengannya??

"Habistu kau marah aku kenapa? Ada kesalahan lain yang aku dah buat?" tanya Mingyu lagi.

"Takde pun"

"Habis tu kenapa kau macam ni? Dulunya bukan kau macam lain? Kau selalu dekat dengan aku, dan suka cakap banyak dengan aku? Terus sekarang kenapa kau nampak macam tak layan aku hah? Aku rasa kau marahkan aku" kata Mingyu lagi.

Eunha berhenti dan berpusing. Mereka baru je nak keluar dari rumah tu. "Saya cakap saya tak marahkan awak pun kan?"

"Tapi sikap kau tu macam kau marah kat aku"

"Saya tak marah" kata Eunha lagi lalu terus berjalan keluar dari rumah dan masuk dalam kereta.

Mingyu cuma mampu menyerabutkan rambutnya kesal. Susah sangatkah kalau dia mahu jujur tentang alasan kenapa dia bersikap macam tu??

Akhirnya Mingyu pun memilih untuk ikut masuk kedalam kereta. Dan mereka pun mula bertolak pergi dari rumah itu.


BERSAMBUNG...

Lepas ini akan ada banyak part Yerin dan Jun di Gyeongi-do, and ff ni akan Tamat selepas Chapter 20 ye guys.♡

Four In One ✔Where stories live. Discover now