Chapter 7

759 78 5
                                    

Four in One 7


Beberapa hari kemudian, hari hujung minggu pun tiba. Kiranya harini semua cuti. Dan harini akan terjadi sesuatu!

Jam 5 pagi, Jun dan Mingyu dah bangun seawal tu. Mereka akan membuat satu rancangan besar. Ianya salah satu plan untuk buat Yerin dan Eunha keluar dari rumah tu lah.

Sekarang mereka berdua ada diruangtamu.

"Haa Mingyu, kau pergi sepahkan dapur. Aku akan sepahkan ruangtamu nih, arra" arah Jun.

Mingyu menggaru lehernya yang tak gatal "err hyung, kalau sepahkan...siapa pula yang nak kemas? Boleh ceritakan dulu macam mana plannya akan berjalan eh?"

Jun mengangguk. "Macam ni, Yerin dan Eunha tu dah anggap yang rumah ni macam rumah dorang sendiri. Aku tengok semalam sebelum dorang tidur, dorang kemas ruangtamu ni"

"So plan aku ialah, kita sepahkan ruangtamu ni. Dapur sekali. Lepas tu kita blah la keluar dari rumah ni dan jalan² nikmati hari hujung minggu, biar dorang kemas semuanya semula, padan muka. Lagipun aku dengar semalam mereka ada rancang nak keluar berseronok kat taman tema, confirm dorang tak jadi keluar dan terseksa kena kemas rumah ni hah! Faham?"

"Mak...panjangnya kau cakap" omel Mingyu "tapi arraseo, aku dah faham. Bagus juga idea kau tu" balasnya.

Jun tersenyum bangga "ok jangan banyak cakap, sekaranh kita sepahkan semuanya cepat. Pastikan takde bunyi eh, nanti dorang bangun"

"Oh, okok. Aku pergi dapur dulu" balas Mingyu lalu pergi kedapur. Dia akan sepahkan barang disana.

Jun pula dah mula sepahkan seluruh ruangtamu sekarang. Dia berharap agar lepas ni mesti Yerin tak tahan nak kemas semua ni dah keluar dari rumah tu. Hahah.

.

.

.

"Arghhhh!!!"

Yerin yang sedang tidur didalam biliknya tu terjaga selepas terdengar bunyi jeritan. Dia pasti itu ialah suara Eunha yang datang dari tingkat bawah.

Tanpa membuang masa lagi, dia pun terus bangun berlari keluar dari biliknya dan menuju ke tingkat bawah.

"Eunha? Eunha! Kenapa jerit? What happen?!" soalnya cemas.

Eunha yang berada disitu cuma tunjuk apa yang ada dihadapan mereka "tengok! Tempat ni dah macam kena landa ribut taufan! Yah, bukannya kita dah kemas ke sebelum tidur semalam?! Macam mana boleh bersepah macam ni??"

"Heol" gumam Yerin tak percaya melihat keadaan ruangtamu yang tunggang langgang. Sampah merata-rata, tv masih terpasang. Sofa pun terbalik.

Eunha berlari kedapur "Jinjja...didapur juga bersepah! Oh my god...aku nak pengsan tengok semua ni"

Yerin memicit dahinya sambil memandang sekeliling. Ini teruk okey, INI TERUK! semalam mereka berdua betul² dah kemas sampai lincin sebelum tidur. Tetiba pagi ni boleh jadi macam ni???

"Yah, aku rasa semua ni tak jadi dengan sendirinya" kata Eunha sambil mencekak pinggang "semua ni macam dibuat oleh orang"

Yerin menggetap gigi "dan aku tahu siapa orang tu" ujarnya menahan sabar.

"Hmm, sekarang macam mana?? Rumah bersepah ni. Jam pula dah nak pukul 9 pagi" kata Eunha lalu mengeluh panjang.

"Macam mana lagi, terpaksalah kita kemas semua ni" balas Yerin.

Eunha memandangnya tak percaya "mwo?? Yah, kita kan dah rancang harini nak keluar pergi lotte world?? Lagipun bukan kita yang sepahkan semua ni! Huaaa aku nak pergi lotte world! Taknak kemas lagi!" protesnya.

"Eunha, dengar sini. Walaupun kita dah kemas rumah ni semalam. And dorang sepahkan semula tadi, kita tetap kena kemas. Kita tinggal kat sini juga, so kitalah kena kemas"

"Tahulah, tapi kita kan dah tahu siapa yang buat semua ni? Kita suruhlah dorang kemas balik" balas Eunha.

Yerin geleng² "kau kenal kan macam mana perangai mamat cina dan mamat hitam tu?"

"Maksud kau.. Jun dan Mingyu?"

"Yelah siapa lagi orang cina dalam rumah ni. Dan siapa lagi yang hitam dalam rumah ni kalau bukan dua mamat tu" balas Yerin meluat "kalau kita suruh dorang kemas, confirm dorang takkan kemas punya"

Eunha mencebik "hmm..so kita kena kemas lah ni? Kita tak jadi pergi lotte world?"

"Yup"

"Aish..yelah, terpaksalah buat juga" balas Eunha sambil mengeluh.

Tiba² Yerin terfikirkan sesuatu di otaknya. Kalau inilah yang Jun dan Mingyu buat pada dia, dia pun boleh balas balik.

"Yah Eunha, aku ada satu idea ni. Anggap jelah ini balasan sebab dorang dah buat kita batalkan jadual untuk pergi ke lotte world tu" katanya.

Eunha memandangnya hairan "idea apa?"

"Adalah, sekarang ni kita kemas dulu. Aku kemas ruangtamu. Kau pula kemaslah dapur. Dapur tu tak semak sangat, aku tahu kau mesti tak larat nak kemas banyak²" balas Yerin sambil tersenyum.

Eunha mengangguk faham "ok arraseo, aku pergi kemas dapur dulu eoh. Tapi lepas dah siap kemas, kau bagitau aku pasal idea kau tu eh" pesannya.

"No problem" balas Yerin sambil buat piss.

Dan mereka berdua pun mula kemas rumah berdua. Rasanya ini akan ambil masa dua tiga jam juga untuk kemas semua yang telah Jun dan Mingyu sepahkan ni.

.

.

.

Di tempat Atuk Wen tinggal, Atuk Wen tiba² rasa tak sedap hati semasa dia sedang menyiram pokok bonsai kesayangannya. Dia beli pokok tu dari Jepun dengan harga 15 juta won. Mestilah harganya mahal, pokok tu pun dah berusia lebih dari lima ratus tahun, padahal kecil je.

"Kenapa Tuan? Tuan tak sihat ke?" soal Minho. Dia adalah orang kanan Atuk Wen. Dialah yang selalu jaga Atuk Wen masa Atuk Wen keluar. Senang kata, dialah Driver, dialah bodyguard, dan dialah segalanya.

Atuk Wen menggeleng "aniya, saya cuma rasa tak sedap hati dengan cucu² saya dan adik beradik Jung yang ada kat seoul tu hah"

"Apa yang membuatkan Tuan rasa tak sedap hati? Tuan fikirkan pasal apa?" soal Minho hairan.

"Entahla, saya cuma rasa tak sedap hati dan merasakan seperti akan ada sesuatu akan terjadi pada dorang tu hah" jawab Atuk Wen.

"Saya cadangkan supaya Tuan pergi dan tengok mereka sendiri. Baru Tuan akan rasa senang hati sikit" cadang Minho.

Atuk Wen angguk² "gurrae, esok tolong siapkan barang saya. Kita pergi tengok cucu² saya dan adik beradik Jung tu di Seoul eoh"

"Baik tuan" balas Minho sambil menunduk hormat.

BERSAMBUNG...

Four In One ✔Where stories live. Discover now