Chapter 4

998 92 13
                                    

Four in One 4




Situasi sama juga untuk Mingyu. Dia kena tolong angkat beg Eunha dan letak dalam bilik. Dah la beg Eunha ni berat.

"Thanks sebab dah tolong hantar beg saya" ucap Eunha sambil senyum ikhlas.

"Beg kau berat, kau ni bawa baju ke bawa batu?" omel Mingyu sambil mengatur nafasnya yang dah temengah-mengah penat.

Eunha menjoget bahu "mana lah saya tahu, saya cuma bawa baju, beg, kasut, alat melap, pelembab muka, dan lain-lain" balasnya santai.

'Urgh perempuan, memang macam ni' gumam Mingyu pasrah. "Okey ni bilik kau ye, bye!"

"Nae byebye!" balas Eunha sambil lambai² pada Mingyu yang dah jalan masuk bilik dia tu. Padahal Mingyu tak tengok dia pun.

'Hmm, hensem juga dia tu' gumam Eunha dalam hati lalu sambung masuk kebiliknya dan tutup pintu.

« skip sikit »

Malam tu, semua mereka dah selamat ada dibilik masing². Mereka pun tidur dengan selesa dan nyaman. Sebenarnya ada juga yang masih belum tidur.

Mingyu sedang dengar lagu dengan headphone dalam biliknya. Jun pula tengah main game candy crush. Eunha dah memang tidur awal budak tu. Yerin pun belum tidur hah.

'Hhh untung ada Atuk Wen, dapat juga aku dan Eunha tidur atas katil malam ni. Kalau tak, mesti dah tidur tepi jalan sekarang'

'Atuk Wen memang baik. Tapi apasal cucu dia tu perangai arrogant pula? Cihh sabar jelah' gumamnya. Lalu beberapa saat kemudian, dia pun terlena dibuai mimpi.



🌸🌸🌸🌸



Waktu pagi tu, jangan tanya siapa yang bangun paling awal. Mestilah orang tu ialah Mingyu. Mungkin dah jadi kebiasaan kot. Lagipun harini dia memang kerja, sebab tulah bangun awal.

Tiba² ada Yerin yang baru turun dari atas datang kedapur. Macam baru bangun tidur rasanya.

"Eh, awalnya bangun?" sapa Yerin yang baru perasan ada Mingyu disitu.

Mingyu mengangguk "ha'ah, aku memang selalu bangun awal pun. Lagipun harini kerja" balasnya sambil goreng sosej, untuk sarapan.

"Oh" balas Yerin sambil angguk².

Selang beberapa minit, ada Jun juga yang turun kesana. Dia dah bersiap kemas juga. Macam Mingyu, dia pun kerja juga harini.

"Pakaian kau berdua sama, korang kerja sekali eh?" soal Yerin hairan. Tengok kedua pakaian Jun dan Mingyu, memang sama sangat.

"Dah pakai baju sama ni, maksudnya samalah" balas Jun meluat lalu duduk dimeja makan. Kat situ Mingyu dan siap hidang makanan padanya.

Yerin pula tengok dari tepi. Dia rasa macam Mingyu ni pembantu Jun la pula. Mingyu masak, hidang, tuang air. Jun ni tinggal makan je. Pelik betul.

"Kau jangan ingat kau pandang kami makan, kami akan share breakfirst kami eh, masak sendirilah" sindir Jun yang sedar bahawa dia diperhati oleh Yerin.

"Heol" Yerin terkekeh sinis. Hello? Bila masa Yerin tengok dorang makan? Dia cuma tengok perangai dua sahabat tu. Mereka tak nampak macam kawan dan kawan, tapi pembantu dengan boss!

"Atau kau ni tak tahu masak?" sindir Jun lagi. Mingyu cuma abaikan, dia sibuk makan je. Lagipun bab bab perang mulut ni dia tak pandai sangat, Jun ni pandailah juga.

Yerin memandangnya tajam "tak pandai masak? Yah, aku ni perempuanlah, mestilah tau masak!"

"Cakap je tu" ejek Jun.

Four In One ✔Where stories live. Discover now