Chapter 6

930 81 13
                                    

Four in One 6



"Ha berhenti kat sini jelah" kata Yerin. Dan pemandu yang bawa kereta tu pun menghentikan keretanya dikawasan rumah Yerin tinggal. Orang itu ialah kawan baru Yerin di tempat kerja barunya. Baru kenal tadi.

Namanya ialah Sowon, dia baik sangat dengan semua orang. Termasuk Yerin juga. Tadi juga dia ada bagi banyak tunjuk ajar pada Yerin pasal kerja.

"Okey, gumawo ye sebab sudi tolong hantar saya balik, susah² je" ucap Yerin sambil buka seatbelt.

"Cheonma, Tak susah pun, lagipun rumah saya tak jauh sangat dari sini. Esok kalau nak tumpang lagi juga boleh" balas Sowon tersenyum.

Yerin mengangguk faham lalu berjalan keluar dari kereta tu. "Ah baiklah, hati² memandu okey, annyeong!" ucapnya.

Sowon pun membalas dengan senyuman lalu memandu keretanya pergi dari situ. Baik betul orangnya. Peramah lagi, susah nak jumpa orang macam ni zaman sekarang.

Yerin melihat jam tangannya. Sekarang dah jam 8 malam, kerja pejabat memang akan balik lambat, walaupun hari pertama tak kerja lagi, tadi dia balik lambat sebab pergi makan dulu dengan Sowon di restoran, hehe.

Lepas dah pastikan semuanya okey, Yerin pun berjalan masuk kedalam kawasan rumahnya. Tapi tetiba dia berselisih dengan Jun pula didepan pintu.

"Kamjakiya!" pekik Jun terkejut. Yelah, dia baru je keluar dari pintu tu, pusing² je dah ada Yerin kat depan dia. "Yah! Tak tahu nak ketuk pintu dulu eh masa balik? Tekan loceng ke? Tau masuk je!" omelnya.

Yerin memandangnya geram "yaa! Aku baru baliklah, tak sempat lagi nak tekan loceng tu semua. Kau tu yang tetiba keluar kenapa?! Nak salahkan orang pula"

"Eh ini rumah aku! Suka hati akulah nak keluar sekarang ke esok ke apa ke, kau tak payah kacau tepi kain orang" balas Jun.

Yerin tersenyum sinis sambil pandang Jun atas bawah "oh kau ada pakai kain ke? Tak tahu pula aku ada kacau kain kau, huh" katanya lalu terus berjalan masuk kedalam rumah.

Jun memandangnya tak percaya. 'Heol, tak guna punya yeoja. Tunggulah kau nanti'

Beberapa saat kemudian, ada Mingyu pula yang keluar dari pintu tu. "Sorry lambat, aku cari jam tangan aku tadi, nasib baik dah jumpa hah"

"Hhh it's okey, dah la jom kita pergi sekarang" balas Jun lalu berjalan pergi dari rumah tu. Mingyu ikut disebelahnya "eh kejap², kau tak bagitau aku lagi..kita nak kemana eh? Asal tak duduk rumah je malam² cam ni?"

"Aku nak cakap sesuatu dengan kau, and aku taknak cakap kat rumah tu. Nanti Yerin dan Eunha tu dengar. Sebab tu aku ajak kau keluar" kata Jun.

Mingyu mengerutkan dahi hairan "apa yang kau nak cakap pada aku? Macam penting je?"

"Adalah, kau ikut je aku. Nanti aku cakap masa kat taman"

🌸🌸🌸🌸


Lepas balik rumah tu, Yerin mandi dulu dan pakai pakaian biasanya. Lepas dah siap, dia terus pergi kebilik Eunha.

"Eunha" panggilnya lalu tutup pintu bilik semula. Dia berjalan dan duduk ditepi katil. Eunha pula sedang tengok sesuatu pada telefonnya. Tak sah lagi, tengok tutorial makeup lah tu.

"Waeyo?" soal Eunha tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin telefon. Lalu Yerin pun mencubit kaki Eunha "yaa!! Bila orang nak cakap dengan kau, tutuplah telefon tu dulu!" omelnya.

Eunha mendengus kasar lalu menyimpan telefonnya ditepi. "Hah apa kau nak cakap??"

"Kau marah eh sebab tak diterima kerja dengan aku tadi?" soal Yerin.

"Mana ada, aku tak marah or sedih lansung. Dah bukan rezeki aku, nak buat macam mana kan?" balas Eunha santai.

Yerin tersenyum. Hati terbuka betul adiknya sorang ni. Ingatkan dia sedih ke marah ke apa kan sebab tak diterima kerja. Rupanya tak.

"Errm..lepas kamu tak diterima kerja tu kan, kamu pergi mana? Terus balik rumah eoh?" soal Yerin.

Eunha geleng² "aniya. Ha ni bagitau, tadinya lepas aku keluar dari syarikat tu. Aku ingat nak balik terus tapi aku terserempak pula dengan Atuk Wen kat situ" katanya.

"Lepas tu?"

"Hah lepas tu aku bagitaulah yang aku tak diterima kerja. Kau je diterima. Pastu mungkin dia kesian kat aku kot,jadi dia... Bagi aku kerja!"

"Waa jinjja? Kerja apa?"

"Kerja di pusat snooker milik atuk Wen, kat situ si Jun dan Mingyu juga ada hah. Walaupun agak menjengkelkan sebab kena kerja dengan Jun tu, tapi ai bahagia sebab dapat kerja sekali dengan Mingyuuu, hehe"

Yerin tersenyum mengejek "cieee, yah..kau suka pada Mingyu tu ke?"

"Umm..bolehlah" balas Eunha malu². Yerin cuma tersenyum sambil geleng². Padanlah, sesiapapun boleh suka pada Mingyu tu, dia kan hensem.

"Tapi kau jaga² sikit, Jun tu suka sakat orang. Kalau dia ejek kau ke apa ke kan, kau abaikan je eh. Aku juga tak suka pada dia. Mingyu tu baiklah juga" pesan Yerin.

Dan Eunha pun mengangguk setuju.

🌸🌸🌸🌸

Ditaman, Jun dan Mingyu dah ada disana berdua. Mereka duduk disebuah kerusi panjang yang ada disitu.

"Apa yang kau nak cakap pada aku eoh? Cepatlah" soal Mingyu to the point.

Jun menarik nafas panjang. "Okey macam ni, mulai sekarang.. aku nak kau dan aku berkomplot berdua.

"Berkomplot untuk apa? Ehh kalau pasal buat jenayah aku taknak eh" kata Mingyu.

"Bukanlah bodo, aku nak ajak kau berkomplot agar kita boleh halau Yerin dan Eunha dari rumah tu hah. Aku percaya kita boleh buat dorang keluar dari rumah tu. Aku ada plan yang sangat baik" kata Jun.

Mingyu memandangnya hairan. "Yaa, asal kau nak sangat halau mereka dari rumah kita eoh? Bukannya dorang ada buat salah pun kan?" soalnya.

Jun memutarkan bebola matanya malas "aku tak sukalah dorang ada dalam rumah tu. Fikirkan, dulunya kita cuma tinggal berdua. Bebas je nak guna bilik mana. Sekarang ada dorang, susahla nak hidup dalam rumah tu"

"Jadi macam mana? Kau nak kan bantu aku buat dorang pergi dari rumah tu?" soal Jun.

Mingyu menggaru lehernya yang tak gatal. Dia bukannya seorang badboy. Atau bukanlah seorang yang jahat. Lagipun dia rasa apa yang Jun cuba buat sekarang salah. Mereka akan sakiti yeoja? Rasanya itu tak baik

"Keundae..kau tak akan guna cara kasar kan? Mereka tu yeoja lah" soal Mingyu.

Jun mengangguk "eoh, aku bukannya suruh kau bunuh dorang pun. Kita just buat dorang keluar dari rumah tu guna cara simple je hah"

"Hmm...kalau macam tu aku setujulah" balas Mingyu akhirnya.


🌸🌸🌸🌸


"Kenapa kau nampak marah je ni" soal Mina pada rakannya yang sedang minum jus oren didepan. Dia dan kawannya ada disebuah kafe sekarang.

Kawannya tu menjeling "nae, aku memang tengah marah sekarang" balasnya.

"Marah kenapa? Ada sesuatu yang tak kena ke Tzuyu?" soal Mina ingin tahu. Kawannya tu ialah Tzuyu.

Tzuyu berdecih geram "tahu tak, tadi aku pergi ke pusat snooker tu dengan Nayeon"

"Ahh..aku tahu, kau kan memang selalu kesana sebab nak tengok namja pujaan kau yang hensem tu. Tapi asal kau marah pula?"

"Sebab, masa aku pergi tadi pula. Aku tengok dorang dah ada kerja baru. Dan orang tu nampak macam suka dengan namja pujaan aku tu"

"Ohh sebab tu ke. Habistu? Kau marah nak buat apa pula?bukannya kau dapat apa pun" sindir Mina sambil tengok kuku jarinya yang cantik. Baru je pergi saloon pagi tadi.

Tzuyu tersenyum sinis "well, i'm Chou Tzuyu lah. Aku takkan duduk diam. Semestinya aku akan buat sesuatu dengan yeoja gatal tu. Just wait and see" ujarnya sambil flip hair.


BERSAMBUNG...

Four In One ✔Where stories live. Discover now