Chapter 18

830 74 11
                                    

Four in One 18


Setelah itu Daniel terus rebah dan terjatuh terbaring disisi Jun. Entahla dia dah mati atau tidak, Tapi Yerin sangat takut sebab dah tembak orang.

Melihat Jun yang macam sakit Yerin berlari kearah Jun dan membantunya bangun lalu duduk. Daniel disebelah tu dia abaikan saja.

"Jun! Gwenchana??" tanya Yerin cemas sambil cek² wajah dan tubuh Jun "luka, ada darah pula tu. Sakit ke Jun?! Kita ke hospital ehh???"

Jun cuma geleng² sambil tahan sakit "takpe aku okey. Kau okey? Dia tu ada buat atau cederakan kau tak?"

"Tak, dia tak sempat buat apapun kat aku. Aku okey. Tapi kau cedera ni Jun, jomlah pergi hospital sekarang" paksa Yerin.

Jun cuma senyum "okey, tapi kaki aku sakit. Rasanya tak boleh drive"

"Aku boleh! Dahla jom pergi sekarang. Kalau lambat nanti kau tambah sakit pula. Jangan² ada yang patah didalam" ajak Yerin sangat cemas.

"Kau ni cemas sangat lah. Aku cakap aku okey. Tak sakit sangat lah" gerutu Jun.

Yerin cuma menghela nafas. Mestilah dia cemas tengok Jun cedera macam ni. Kalau Jun mati depan matanya macam mana?

Yerin melihat Daniel pula lalu rasa takut kembali "Jun..dia dah mati ke? Tadi aku tembak dia...ottokae?"

"Ya kalau dia mati pun kenapanya" balas Jun sambil tengok² luka ditangannya sendiri.

"Ish betul² lah Jun. Aku akan masuk penjara kan? Sebab aku tembak orang!" Yerin tetiba menangis "aku takut, aku taknak masuk penjara..hiks"

Jun mengesot sedikit kearah Daniel lalu meletakkan jarinya dihidung Daniel untuk rasa nafas lelaki itu "dia masih bernyawa. Mungkin cuma pengsan sebab cedera"

Lalu Jun pergi ke Yerin pula "kau tak perlu takut sebab dia tak mati, Rin"

Yerin geleng² dan nangis lagi "tapi aku tembak dia. Aku tentu kena masuk penjara!"

Jun menggeleng sambil tersenyum. Yerin ni kan pandai? Tak pernah baca undang² ke? Kalau tembak atas alasan keselamatan dan orang tu tak mati, ia tak dikira salah. Lainlah kalau Yerin tu sengaja tembak Daniel sampai mati.

"Kau takkan kena penjara. Percaya aku okey? Dahla tak perlu nangis, macam budak² lah kau ni" omel Jun sambil lap² air mata Yerin.

Yerin cuma sedu² lalu sambung lap air matanya sendiri. Takpelah dia percaya cakap Jun sekarang. "Dah tu sekarang nak buat apa?"

"Call polis dan ambulan datang ambil si Daniel ni. Lepas tu kita bagi penjelasan dan buat report kata dia cuba culik kau tadi. Dan semua akan settle lalu kita boleh balik"

.

.

.

Dan segalanya betul² settle. Daniel sekarang dirawat di hospital dan setelah sembuh baru dia akan dibawa ke Balai polis dan dipenjara akibat menculik.

Mulanya polis tak percaya, tapi untunglah ada rakaman cctv dari taman tema tu masa Yerin kena culik tu serta beberapa orang saksi yang melihat Daniel menculik Yerin. Jadi semua bukti cukup untuk mendakwa Daniel. Pasal Yerin tembak tu tak apa, lagipula Yerin cuma tembak dekat sisi kanan perut Daniel. Jadi dia tak kena dakwa dan dilepaskan macam tu je.

Yerin sangat lega. Lega sebab dia tak kena penjara, lega sebab Daniel dah kena tangkap, dan lega sebab tak jadi sesuatu yang buruk pada Jun. Untung just cedera.

"Akh sakitlah!" pekik Jun semasa Yerin sedang sapu ubat pada luka ditangan Jun. Mereka ada di hotel, dibilik Jun.

"Hh tahanlah sikit. Tulah orang suruh rawat dekat hospital tadi taknak kenapa" omel Yerin.

Four In One ✔Where stories live. Discover now