Prolog

7.9K 323 134
                                    

Re-publish.
Masih 'Rahsia Kita Berdua' tapi versi yg beza dengan sebelum ni.
SANGAT BEZA.

Happy reading!

* ♡ *

LENGAN kemeja kerjanya sudah dilipat hingga ke bawah siku. Sebelah tangan sedang memegang stereng dan sebelah lagi sedang sibuk melonggarkan tali lehernya. Rambutnya yang tadi disikat kemas dah serabut dengan gaya yang tak tahu apa, sehinggakan separuh jatuh menutup dahi. Tak lama kemudian tali leher yang baru ditanggalkan terus dicampak ke tempat duduk belakang sebelum dua butang kemejanya yang paling atas pula sengaja dibiarkan terbuka.

Mikael mengetap bibir sendiri, menahan geram terhadap kecuaian diri sendiri. Dan akibatnya makin kuat dia menggenggam stereng bagaikan sedang melepaskan kemarahan di situ. Sampaikan nampak urat-urat jelas kat tangannya, akibat genggaman tu. Sekarang ni, dia rasa nak hantuk je kepala sendiri.

Macam mana dia boleh terlupa? Sedangkan dah berkali-kali dia ingatkan diri sendiri. Siap letak reminder bagai.

Ini semua sebab kes tadilah ni. Tiba-tiba ada duty call. Kalau kes emergency macam tadi, memang tak dapat nak elak kena turun kat site jugak. Apa ingat doktor aje ke yang ada duty call? Software engineer macam dia ni pun ada duty call jugak tau. Macam tadi, bila server tiba-tiba down, kelam-kabut jadinya semua schedule untuk hari itu. Tak pasal terlupa yang tengah hari itu dia ada janji untuk menjemput Ain.

Benda dah nak jadi kan…nak buat macam mana. Lagipun Mikael bukan sengaja. Dah hal kerja, memang tak dapat nak elak.

Beberapa minit memandu, Mikael memberhentikan kenderaan dihadapan salah sebuah kafe. Dan tak perlu menunggu lama, Ain terus keluar daripada kafe tersebut dan beberapa minit kemudian dah masuk ke dalam keretanya.

I’m really sorry.” Ayat pertama Mikael. Penuh dengan kekesalan sambil dia membantuk Ain meletakkan beberapa barang gadis itu ke tempat duduk belakang.

“Tak apa. Tak lama pun saya tunggu.” Ain membalas sambil memakai tali pinggang keledar. Kereta dipandu Mikael dah kembali meluncur diatas jalan raya beberapa ketika kemudian.

Dalam diam, Mikael mengeluh sendiri. Rasa marah kat diri sendiri tak usah nak cakaplah. Memang sejak tadi dia rasa nak maki diri sendiri. Walaupun Ain cakap tak lama, tapi hakikatnya Mikael sendiri tahu. Hampir sejam dia biarkan gadis itu menunggu untuk dijemput.

“Tadi ada masalah dengan server tiba-tiba. Itu yang saya terpaksa turun site. Lupa janji pada awak,” jelas Mikael. Rasa dia yang tak tenang walaupun Ain kata tak apa.

“Ye, Mika. Saya faham. Saya tak kisah pun. Lagipun tadi seronok je saya lepak kat kafe tu,” balas Ain, selamba.

Dan mereka senyap. Senyap memandangkan dua-duanya tak bercakap dan Mikael pun tak ada pasang apa-apa radio atas muzik sejak dia masuk ke dalam kereta tadi.

“Urusan semua dah settle?” Mikael memecahkan kesunyian lepas beberapa ketika.

“Dah. Saya ada hantar gambar saya masa fitting baju tadi. Cantik tak?”

Mikael toleh sekilas.

“Oh, tak sempat check phone. Nanti saya tengok.”

Senyap lagi, beberapa ketika.

“Awak balik kampung esok kan?” Mikael sekali lagi pecahkan kesunyian.

“A’ah. Awak?”

“Saya kerja lagi sampai Jumaat ni. Tapi umi dengan yang lain dah kat sana. Kat rumah mak long.”

“Oh.” Respon pendek daripada Ain sambil dia terangguk-angguk. Dan kemudian…

“Awak rasa tak, Mika?”

Spontan, kening Mikael berkerut. Tak faham. Dan tanpa sempat dia bertanya, Ain dah menjelaskan terlebih dahulu.

“Semakin dekat majlis kita, saya rasa makin tak yakin dengan keputusan saya.”

Mikael terdiam sebelum perlahan dia melepaskan keluhan.

“Saya tak tahu. Saya tak yakin dengan perasaan sendiri,” kata Ain lagi.

“Ain.” Nama itu diseru perlahan.

Ain tak membalas. Diam je.

Look, I’m sorry okay. Kalau pasal tadi, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja datang lambat. Memang ada kecemasan tadi. Saya bukannya sengaja.”

Ain masih diam. Dan Mikael hanya membiarkan kerana dia juga tak ada alasan nak diberikan kepada Ain. Dia cakap benda yang betul. Dia sungguh tak sengaja tadi. Bukan dia suka-suka biarkan Ain tunggu hampir sejam kat kafe tu tadi.

Ain gelak sinis.

“Awak tahu kenapa saya macam ni, Mika.”
Mikael diam beberapa saat.

“Kita dah bincang pasal ni kan, Ain?”

Mikael toleh sekilas pada gadis itu. Perasaan Mikael, dia tak tahu nak cakap apa. Ya, dia faham kenapa Ain berkelakuan begini. Tapi dia sangkakan hal ni dah mereka selesaikan. Tak sangka semakin dekat tarikh perkahwinan mereka berdua, semakin kerap pula Ain bangkitkan soal yang sama.

“Saya rasa saya kena fikirkan balik. Sebab sekarang, saya takut untuk fikirkan apa akan jadi pada hidup saya.”

Hampir Mikael menekan brek kerana terkejut. Nasib baik dia sempat bertenang meskipun jantung dia dah rasa nak melompat keluar.

“Ain!” Suara Mikael, meskipun tak meninggi, namun jelas berubah nadanya. Stern. Dan wajah Mikael juga sudah berubah serius. Sehinggakan pandangan mata yang menoleh sekejap ke sebelah kelihatan begitu tajam menikam ke arah Ain.

Let’s be happy. Together. Okay? Lupakan semua tu.”

Ain tayang muka selamba sebelum dia tersenyum nipis.

Are you happy with me, Mika?

Tiga saat sebelum Mikael mengangguk. Dan tempoh tiga saat yang diambil oleh Mikael itu, dah cukup untuk Ain mengubah keputusannya.

* ♡ * ♡

Tetiba rajin.
Thank you for reading.
🌷

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now