RKB 10

3K 192 20
                                    

"MIKA." Hujung jari mencucuk perlahan bahu Mikael. Mengharapkan dengan cara itu, dia dapat mengejutkan lelaki itu yang tengah khusyuk main game dengan kedua belah telinga disumbat earphone.

Berhasil! Laju Mikael mengangkat muka dan tarik earphone daripada terus menutup telinganya.

"Apa? Kau perlukan apa-apa ke?" Laju soalan meluncur keluar daripada mulut sendiri.

Emirza tahan senyuman dengan reaksi terkejut Mikael.

"Nak cakap dengan kau."

"Oh." Tu aje responnya. Kening terangkat tinggi, spontan. Telefon terus diletakkan atas meja lalu kerusi dipusingkan ke arah Emirza yang dah duduk kat birai katil, menghadap ke arahnya. Menjadikan kedudukan mereka berhadapan walaupun dengan jarak beberapa langkah.

"Aku nak cakap pasal kita." Emirza memulakan.

Mikael balas dengan anggukan. Tak berkata apa-apa dan hanya menunggu kata-kata seterusnya daripada Emirza.

"Esok kita dah balik KL kan?"

Angguk lagi.

Majlis semua dah selesai. Walaupun cuti Mikael lama, tapi dia tak ada alasan untuk berlama-lama di kampung ni. Memandangkan pengantin perempuannya bertukar dan pengantin perempuan yang kat depan dia ni hanya bercuti beberapa hari. Maka haruslah balik.

"Pertama, aku nak cakap pasal rumah."

Mikael masih diam mendengar.

"Aku nak minta izin terus tinggal kat apartment aku. Dengan hubungan kita yang macam ni, kau takkan paksa aku untuk tinggal serumah dengan kau kan?"

Sedikit terkejut tapi wajah Mikael kekal dengan riak tenang.

"Well, we should live in the same house. Aren't we?"

Emirza kerut mukanya. Tanda tak setuju.

"Memanglah kita suami isteri. Tapi hakikatnya, kita tak sama dengan pasangan lain. Boleh tak kalau kita skip pindah rumah semua tu? Bagi aku masa untuk sesuaikan diri aku dengan status mengejut aku ni dan lepas tu baru aku fikir pasal nak pindah rumah kau."

Mikael diam. Tak membalas. Nervous pulak Emirza dibuatnya. Sangkanya senang aje nak bercakap dengan Mikael tentang ni. Tak sangka pulak apa yang dia fikirkan tak sama dengan apa yang berada dalam fikiran Mikael.

"Please, Mika." Emirza buat nada merayu. Dengan muka dibuat ala-ala comel tak jadi.

Mikael hela nafas panjang lalu dihembus perlahan.

"Nanti aku fikirkan."

Emirza ternganga. Lah, nanti dia fikirkan? Apa maknanya?

"Kau nak paksa aku duduk serumah dengan kau jugak ke?" Takut-takut Emirza bertanya.

Mikael tak menjawab. Mukanya tak beriak apa-apa, menjadikan Emirza tak dapat menebak apa sebenarnya yang difikirkan oleh Mikael tika itu.

Apabila soalannya dibiarkan tak berjawab oleh Mikael, Emirza melepaskan keluhan perlahan. Baiklah, Mika. Nanti kan kau cakap. Kalau macam tu, nanti je kita cakap pasal tu.

"Kedua, pasal kita." Emirza terus masuk isi keduanya. Walaupun hal yang pertama tadi masih dibiarkan tergantung oleh Mikael.

"Kau tahu kan apa yang jadi antara kita ni semuanya berlaku dengan tiba-tiba dan tak siapapun sangka semua ni akan jadi. So, despite we are now become husband and wife, boleh tak kalau kita kekalkan hubungan kita macam biasa? Aku kawan kau dan kau kawan aku."

"Maknanya you want to put a line between us." Kali ini laju je Mikael menjawab.

"We should...right?"

Mikael terdiam. Lama dia pandang wajah Emirza. Dia dan Emirza tak synchronized. Apa yang dia fikirkan tak sama dengan apa yang Emirza fikirkan. Yang bermakna, penerimaan Mikael terhadap keadaan mereka sekarang ni jugak berbeza dengan penerimaan Emirza. Mikael redha tapi Emirza...dia terpaksa.

"Look, Mika. I need time. I think we both need time. Macam yang aku cakap tadi, semua ni tiba-tiba. Aku tahu kau sendiri pun perlukan masa untuk terima hakikat yang sekelip mata aku dah jadi isteri orang. Dan aku perlukan masa untuk terima yang suami aku ialah kau. Kau faham tak maksud aku?"

Mikael angguk.

"Faham."

"So, we remain friend right?"

"Absolutely," jawab Mikael pantas.

"Tapi aku nak kau tahu satu perkara," sambung Mikael selepas beberapa ketika.

Kali ini Emirza pula yang diam menanti Mikael meneruskan kata-katanya.

"Aku tak ambil keputusan untuk kau setuju gantikan tempat Ain kalau aku ada niat untuk sia-siakan perkahwinan aku sendiri. Sebab tu aku dah tanya kau betul-betul sebelum kau ambil keputusan tu. Sama ada kau sungguh-sungguh sanggup jadi isteri aku ataupun tak."

Mikael bagaikan berfikir untuk seketika sebelum dia menyambung lagi.

"Kau boleh ambil berapa banyak masa yang kau nak, Emi. Aku faham keadaan kau. Tapi kau kena ingat yang at the moment kau jadi wife aku, selamanya kau akan pegang title tu."

Emirza bungkam tanpa kata-kata. This is seriously different from what she has imagined. Serius apa yang Emirza fikirkan langsung tak sama dengan Mikael.

Mikael hanya senyum. Kalau macam nilah keadaannya, macam mana nak aplikasikan nasihat Wani tu jadi pedoman hidup? Kalau dah awal lagi Emirza letakkan garisan tebal antara mereka?

Ya, Mikael faham keadaan Emirza. Mikael faham yang Emirza perlukan masa. Sebab Emirza sendiri terjebak dalam situasi tanpa disangka-sangka. Semuanya berlaku dengan cepat. Unexpected and suddenly. Jadi dia tak salahkan Emirza kalau Emirza letakkan garisan tu antara mereka berdua. Mungkin mereka berdua, sama-sama perlukan masa untuk menerima situasi ini dalam hidup masing-masing.

Tapi, Mikael takkan biarkan garisan yang Emirza letakkan tu menjadi sesuatu yang bakal memisahkan mereka berdua sampai bila-bila. Mikael mesti halang sebelum garisan tu jadi tembok yang menyebabkan hubungan mereka ni jadi sia-sia.

Memanglah semuanya tiba-tiba. Tapi tu tak bermakna yang mereka berhak untuk mensia-siakan apa yang dah tertulis untuk mereka kan? Sebab bak kata Wani, ini semua soal jodoh. Jodoh yang datang dengan tiba-tiba dan penuh dengan rahsia.

*****

Okay, sudah cukup sudah untuk malam ni.
🌷

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now