RKB 11

3K 166 12
                                    

EMIRZA pandang daun-daun warna hijau kat depan mata dia. Lepas tu dia buat gaya Einstein tengah berfikir sekejap. Hurm...ini kalau tiba-tiba umi tanya dia mana satu daun ketumbar, mana satu daun sup...mahunya dia pengsan dulu baru boleh dapat jawapannya. Asal Emi nampak dua daun ni macam sama aje ek?

Ni mesti satu keturunan ni. Tu yang macam serupa tu. Masalahnya yang mana satu daun sup? Tup-tup dua-dua pun bukan? Aduhai, Emi!

Itulah! Mak suruh kau belajar masak, kau belajar benda yang ada dalam buku je. Padanlah dengan muka sendiri. Sekarang ni kalau mak mertua ketawakan sebab tak kenal daun sup dengan daun ketumbar, harus kau sembunyikan diri kat bawah meja.

Heh! Kalau mak mertua gelakkan tak apa lagi. Kalau mak mertua marah terus macam mana? Mahunya Emirza meraung dibuatnya. Haih! Macam ni la perangai, memang patut pun diri sendiri tu single since forever Emirza oi!

Padan selama ni tak ada siapa yang nak. Agaknya dah cop kat dahi Emirza ni siap-siap, perempuan yang tak ada langsung ciri-ciri isteri harapan. Chait! Nasib baik dapat suami ekspres. Kalau tak agaknya, Emirza jadi anak dara tua yang forever alone la kut. Kan?

Memikirkan itu, Emirza senyum sendiri. Nampaknya dia dah jumpa satu hikmah dia berkahwin dengan Mikael. Mikael sebenarnya jodoh yang turun dari langit. Penyelamat daripada Emirza jadi andartutaku a.k.a anak dara tua tak laku!

Okey. Dah-dah la kau nak merapu meraban kat situ duhai Emi. Sekarang ni, baik fikir balik persoalan awal tadi. Walaupun sebenarnya tak disoal oleh umi, tapi tak tahu kenapa Emi rasa nak buat aktiviti mencabar minda tiba-tiba pagi ni. Kat tengah-tengah pasar ni pulak. Sengaja la. Nak menambahkan pengetahuan am.

Memandangkan rancangan nak balik pada waktu petang, maka pagi ni sempat lagi Emi menyibuk nak ikut umi pergi pasar. Padahal kelmarin pun dah menempel dengan umi juga masa umi keluar. Bukannya nak ambil hati okey. Tapi daripada Emi tak buat apa-apa kat rumah, eloklah dia join umi sekali kan. Dapat jugak bonding time dengan umi mertua ekspresnya. Karang kalau terperap, macam dia tak reti nak sesuaikan diri pulak.

"Emi."

Namanya dipanggil, serentak dengan sentuhan lembut dibelakangnya. Cepat je Emirza menoleh lalu spontan tersenyum.

"Umi."

"Emi pandang apa? Kenapa tengok daun tu macam nak tembus?"

Emirza tarik sengihan, tayang 32 batang gigi. Belum sempat dia nak menjawab soalan tu, mereka tiba-tiba ditegur oleh seseorang. Seorang makcik yang Emirza tak kenal pun. Dengar daripada perbualan dengan umi, makcik sekampung dengan umi. Masa majlis beberapa hari lepas, tak ingat pula ada nampak muka makcik tu. Ke...Emirza terlepas pandang?

Tak kenal tapi wajiblah kan, jumpa makcik-makcik macam ni sila tunjuk rasa hormat adik-adik. Sila salam. Nampak sikit budi-bahasa tu. Dah nama pun orang Malaysia. Bukan orang Korea nak main tunduk-tundukkan badan.

"Laaa...ni ke menantu baru kau, Yah? Isteri Mikael?"

"Ye...sayalah tu, makcik." Selamba Emirza jawab.

"Cantik, manis je muka dia. Pandai benor Mikael pilih ya."

Haa...makcik tu puji Emirza sambil tenung muka Emirza macam nak tembus. Lain macam pulak Emirza rasa tiba-tiba. Serba tak kena jadinya. Lepas beberapa ketika, si makcik akhirnya alihkan pandangan dan pandang umi. Baru Emirza nak tarik nafas lega...

"Tapi tunang Mikael yang hari tu bukan yang ni kan?"

Ah, sudah! Emirza dah rasa nak sembunyi belakang umi terus. Kejung tak tahu nak buat reaksi macam mana. Disebabkan makcik-makcik macam ni la, situasi boleh jadi kekok. Malas terus Emirza nak pasang telinga dengar perbualan umi dengan makcik tu. Sedar-sedar je makcik tadi dah hilang dan umi dah tersenyum padanya.

Rahsia Kita BerduaWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu