RKB # The Untold Story Part 6

2.7K 100 28
                                    

SEMINGGU berlalu macam tu. Dan Sofiey tak tahu apa yang tak kena pada dirinya sendiri. Cuba untuk menidakkan realiti tapi dia sendiri mengaku yang dia tercari-cari kelibat Ain. Ain dah tak pernah memunculkan diri dihadapan Sofiey sejak peristiwa dia memperkenalkan Liya sebagai isterinya.

Well, Sofiey mengaku yang dia sepatutnya gembira. Sebab akhirnya dia berjaya membuatkan Ain mengalah daripada terus mengejarnya. Tapi kenapa ya, Sofiey rasa sesuatu yang tak kena? Macam sesuatu yang tak lengkap. Sesuatu yang kosong.

Aci tak kalau dia cakap ada satu ruang yang ditinggalkan oleh Ain dan itu membuatkan Sofiey rasa pelik sebab Ain tak lagi berada di situ?

"Sometimes someone need to lower down his ego, so that he can see what his heart wants. Turunkan ego dan buat keputusan. Bukan biarkan ego tu yang memutuskan."

Bercakap tentang peluang kedua...Sofiey tiba-tiba rasa seperti telinganya terdengar-dengar suara Hafis bercakap dengannya. Kata-kata tu sebenarnya umum tapi Sofiey tahu sengaja dituturkan untuk ditujukan pada dia. Bagaikan magis, berulang dalam fikiran Sofiey. Dah semacam jampi yang tak tahu cara nak padamkannya.

Oh tidak! Tolonglah jangan biarkan suara Hafis buat comeback masa sekarang ni. Sofiey rasa dah cukup serabut dengan perasaan sendiri. Menyesal pulak cakap yang dia akan ambil masa untuk fikirkan tentang kata-kata Hafis tu. Menilai semula sama ada dia perlu bagi peluang kedua pada Ain ataupun tak. Dan sudahnya, sampai sekarang dia tak boleh keluarkan Ain daripada fikirannya.

Balasan kut. Untuk diri sendiri. Yelah, dah selama ni asyik menolak Ain supaya tak muncul kat depannya. Sudahnya, bila Ain dah sungguh menghilang dia pulak yang tercari-cari.

Padan dengan muka kau Sofiey. Ego sangat!

Betul kata Hafis. Tak salah pun nak bagi peluang kedua. Tu bukan bermakna diri sendiri dah kalah tapi tu bermakna diri dah cukup berani untuk berdepan semula dengan kesilapan yang diri sendiri dah pernah lakukan.

Sofiey teringatkan Fisha.

Gadis yang pernah menolak cinta Sofiey. Dengan Fisha, dia kalah pun kerana egonya sendiri. Sebab diri sendiri yang tak nak mengakui perasaan sendiri. Dan sudahnya bila dia mengaku, semuanya dah terlambat. Memang padan dengan muka sendiri. Tegakkan lagi ego tu. Menyesal tak sudah dia dibuatnya. Menyesal pun tak ada guna sebab dah sungguh terlambat.

Dan dalam hal sekarang ni, Sofiey tahu yang berani ialah Ain. Yang ego, tu dirinya sendiri. Urgh! Betullah. Bila dah turunkan ego sendiri, baru boleh nampak banyak benda. Baru boleh nampak betapa buruknya perangai selama ni.

Azri Sofian...kau akan biarkan diri kau terlambat lagi sekali? Nak kalah pada ego sendiri lagi sekali?

Termenung depan komputer riba sendiri. Puas Ain search satu hard disk tu. Untuk cari movie atau drama apa lagi yang belum ditonton olehnya. Tapi hampeh! Semua dah habis tengok dah. Haisy! Habislah macam ni. Apa lagi yang Ain nak buat kalau movie dan drama pun dah habis tengok semuanya? Mereputlah seorang-seorang!

Lamunan terhenti seketika apabila dia terdengar bunyi dari arah tingkapnya. Mulanya Ain abaikan sebab sangkakan dia tersilap dengar. Tapi lama kelamaan semakin kerap pula dia dengar bunyi itu.

Ni yang tak sedap dengar ni. Diri sendiri dahlah penakut.

Ain berdehem perlahan sebelum dia berdiri dan capai pashmina yang tersangkut kat belakang kerusi. Dililitkan ke kepala sendiri, cukup menutup rambut sendiri lantas dia melangkah menghampiri tingkapnya. Perlahan-lahan. Kut lah tiba-tiba ada elf ke goblin yang tiba-tiba muncul kat luar tu, sempat jugak kalau Ain nak lari.

Rahsia Kita BerduaМесто, где живут истории. Откройте их для себя