RKB 12

2.9K 173 4
                                    

ORANG selalu cakap rancang sesuatu tu boleh dan memang mudah je tapi sesuatu tu akan berjalan mengikut rancangan ke tak, bergantung pada ketentuan. Contohnya macam Emirza rancang nak keluar jumpa Mikael untuk ambil kereta dia. Ye la, hari tu kan balik dari kampung terus pergi ke kampung Mikael pulak. Mikael yang drive. Jadinya kereta Emirza terpaksa tinggal kat rumah mak.

Stres jugak sebenarnya sebab tak de kereta ni. Susah sangat nak bergerak ke mana-mana. Tapi hari tu Mikael dah janji dia yang akan pergi ambil kereta Emirza. Lagipun, cuti Mikael panjang. Jadi Emirza redha je la tunggu Mikael ambil dan hantar kereta tu. Seminggu jugak dia tunggu dan baru semalam dia tanya kat Mikael pasal tu.

Sebenarnya Emirza yang mengelak tak nak contact Mikael untuk seminggu tu sebab tak nak Mikael ingatkan Emirza tentang urusan pindah rumah. Tapi seksa weh nak bergerak tak ada kereta. Sudahnya dia juga yang cari Mikael dulu.

Tapi tup-tup rancangan Emirza hanya tinggal rancangan bila bangun pagi tu kepala sakit gila nak mampus.

Aduhh...rasa nak menjerit sorang-sorang wei! Boleh pulak demam tiba-tiba pagi tu. Bangun je kepala berpusing, badan berbahang dan sudahnya dia rebah balik atas katil. Ini mesti kesan terkena hujan pagi kelmarin. Susah betul bila antibodi terlebih sensitif. Padahal dia kena titik hujan tu sikit aje kut.

Sikit tapi kesannya tak larat langsung dia nak bangun. Berpinar mata.

Yang Emirza ingat, dia hanya sempat capai telefon dan call Nana. Itupun untuk mintak Nana gantikan Emirza masuk kelas tutorial petang tu. Dahlah hari tu jugak berderet kelas tutorial. Karang kalau tangguh kelas, bising budak-budak tu nak buat kelas ganti. Jadi terpaksa Nana lah jadi mangsa.

Nasib baik kawan yang seorang tu tak banyak bunyi. Dengan senang hati dia gantikan tempat Emi. Lepas call Nana, handphone campak tepi dan Emirza sambung tidur. Lupa terus pada janji nak jumpa Mikael tengah hari karang.

Sehinggalah, mata yang berat terpaksa dibuka perlahan apabila telinga menangkap bunyi telefon bimbit sendiri. Puas Emirza buat tak peduli sejak tadi tapi rasa macam dekat lapan atau sembilan kali dah telefon tu bunyi tanpa henti.

Yelah! Baiklah! Nak mengalah dah ni! Dah nak jawablah phone tu.

Tertidur dalam keadaan meniarap kerana menahan sakit kepalanya sendiri, Emirza mengangkat muka. Habis berterabur rambut panjangnya menutup muka. Tangan teraba mencari telefon yang entah dicampak celah mana tadi.

Mata difokuskan melihat nama pemanggil. Sebaik memastikan nama tu nama Mikael, dan-dan Emi sembamkan muka semula atas bantalnya. Ah, lupa! Mikael nak hantar kereta. Janji pukul 12 tapi tadi Emirza nampak jam dah pukul 1. Sejam dah wei!

"Helo." Akhirnya panggilan dijawab. Emirza berdehem membetulkan suara sendiri yang serak.

"Helo. Emi. Kau kenapa? Tak sihat?"

Whoo...hebat Mikael ni! Baru dengar Emirza sebut sepatah, dia dah dapat agak Emirza tak sihat. Dengar macam suara orang sakit sangat ke?

"Hmm." Menggumam je la mampu. Nak buka mata pun Emirza rasa tak larat.

"Kat mana ni?" Suara Mikael kedengaran prihatin.

"Rumah." Suara lemah plus tersembam kat bantal. Entah Mikael dengar ke tak, malas Emirza nak fikir.

"Aku naik sekarang. Buka pintu." Tu bukan permintaan tapi arahan yang Mikael bagi tu. Dan-dan talian putus lepas tu. Dengan mata terpejam, Emirza kerut dahi sendiri.

Mikael cakap apa? Dia nak naik kan?

Eh? Sekali lagi diangkat muka yang dilitupi dengan rambut sendiri yang tak terurus. Maknanya Mikael tunggu sejam sejak tadi? Kat bawah?

Rahsia Kita BerduaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang