RKB 13

2.9K 159 10
                                    

EMIRZA mengecilkan mata. Semakin dia menghampiri Mikael, semakin perlahan langkah kakinya. Kononnya takut kehadirannya dibelakang lelaki itu disedari oleh Mikael. Nak menghendap la katakan. Kenalah buat senyap-senyap. Tak boleh kantoi. Ni dah mengalahkan misi menghendap perisik dari Korea Utara ke Korea Selatan. Teknik kena betul. Kena flawless tak boleh buat silap.

"Emi, aku nampak reflection kau."

Stretttt! Terus kaki yang duk melangkah tak da bunyi tadi terhenti. Spontan juga bibirnya memuncung. Alah, Mika ni! Potong stim! Baru je nak acah jadi perisik Korea Utara tadi.

"Kacaulah kau ni!" Suara Emirza dah kedengaran kat ruang tamu tu. Disusuli dengan gelak Mikael yang jelas terhibur sebab nampak setiap telatah yang kononnya Emirza buat senyap-senyap tadi.

"Kau ni takkan tak perasan yang depan tu ada cermin?" Mikael tanya dengan ketawa bersisa. Menunjuk ke arah cermin besar kat dinding, yang memang bertentangan dengan tempat Mikael duduk ketika itu. Jadinya, apa yang terjadi kat belakangnya Mikael nampak okey.

Seketika, Emirza pandang diri sendiri yang jelas kat pantulan cermin tu. Sebelum mukanya berkerut sendiri. Okey, fine. Terasa bodoh tiba-tiba. Lepas ni nak suruh Mikael buanglah cermin ni. Nanti mengingatkan Emirza pada kebengongan dia je.

"Kaulah khusyuk sangat sejak tadi tak ada bunyi. Aku nak tengok kau tengah buat apa." Cover Emi, cover. Konon dia acah cool padahal Mikael dah syok gelakkan dia sejak tadi.

Mikael tak membalas. Masih lagi tergelak-gelak kecil bila teringat aksi Emirza tadi. Dengan muka terkejut dia tu sebaik Mikael menegur, memang tak boleh lupa.

"Lah...main Dota. Aku fikir tengah buat kerja apa khusyuk sangat sejak tadi." Emirza mencebik sebaik terlihat jelas apa yang ada pada skrin komputer Mikael. Ceh!

Emirza beria-ia la fikir kononnya Mikael tengah khusyuk sangat tu sebab buat kerja pejabat dia. Mikael kan software engineer, jadi memang tak pelik pun kalau dalam dua tiga hari duduk serumah ni asyik nampak Mikael menghadap komputer. Tup-tup main game rupanya.

"Okeylah tu aku main game. Daripada kau duk tergelak seorang-seorang dalam bilik kau tu."

Emirza mengecilkan mata lepas tu tajam dia menjeling Mikael dengan bibir yang mencebik geram. Tak lain Mikael nak menyindir dialah tu. Sebab sejak tiga hari pindah masuk ke rumah Mikael ni, paling banyak Emirza habiskan dalam bilik je. Menghadap laptop. Kalau tak tengok drama atau rancangan kuriya, Emi membuta. Tu je la kerja.

Well, Emirza bukan tak nak keluar bilik. Cuma dia rasa tak cukup selesa lagi. Yelah, selama ni dah biasa duduk seorang-seorang. Nak berzumba dalam rumah pun boleh sebab tak ada orang lain yang akan nampak. Tiba-tiba dapat 'housemate' baru, kekoklah Emirza rasa. Tambah pulak sekarang Mikael masih dengan 'cuti kahwin' dia lagi. Jadi memang sepanjang masa Mikael ada kat rumah. Emirza pun kalau tak ada perjumpaan dengan penyelia dia, dia bukannya rajin sangat nak menjejak kaki ke kampus. Jadi solusi terbaiknya, berkurunglah Emirza dalam bilik.

Tapi bila Emirza fikir-fikir balik, sampai bila dia nak macam tu kan? Sebab tu akhirnya dia sahut seruan nak keluar ni. Lantaklah mengganggu ketenteraman jiwa dan raga dia pun. Yang Emirza tahu kalau dia tak biasa-biasakan diri dengan keadaan ni, memang sampai ke sudahlah tak tahu apa akan jadi pada dia dan Mikael.

"Mika, kau cuti berapa lama lagi?" Emirza bertanya selepas beberapa ketika. Duduknya sejak tadi dah dilabuhkan, bersila diatas sofa. Sofa yang tepat di belakang Mikael memandangkan lelaki tu tengah duduk kat atas lantai dan bersandar pada kaki sofa yang diduduki Emirza.

"Seminggu." Ringkas jawapan Mikael.

Jawapannya membuatkan Emirza terdiam seketika. Jarinya dimainkan di rambut sendiri sambil mata merenung siling.

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now