RKB 7

2.8K 177 21
                                    

SENYAP. Selain bunyi dari radio yang duk main lagu sedih tentang perpisahan antara kekasih, tak ada bunyi yang kedengaran antara mereka. Kecuali sesekali bunyi yang kedengaran dari luar kereta.

Sempat Emirza kutuk lagu yang tengah main tu. Lagu konon-konon tak mampu teruskan hidup lepas berpisah dengan kekasih. Elehhh...pirahhh! Tak mampu teruskan hidup tapi menyanyi sempat pulak. Ceh! Apalah susah sangat teruskan hidup tu. Bernafas aje la. Sedut oksigen secukupnya, dapatlah hidup.

Tak janggal...

Okey, Emirza tipu. Sebenarnya janggal. Bila dia dan Mikael bagaikan tak ada topik untuk dibualkan. Masa ni la baru dia perasan. Dia dan Mikael sangat jarang berada dalam keadaan berdua je macam ni.

Ye. Mereka kawan. Nak kata rapat...bolehlah sebab selalu habiskan masa bersama. Tapi habiskan masa tu, berlima...dengan Ijat, Nana dan Ain sekali.

Agaknya sebab tu sekarang mereka senyap. Yang kecoh selalu pun Ijat dan Nana.

"Kau nervous eh?" Nak terlompat keluar kereta apabila tiba-tiba Mikael memecahkan sunyi. Well then...walaupun Emirza terkejut tapi dia harus katakan yang dia hargai usaha Mikael.

Lagipun sebenarnya tang nervous tu betul jugak. Sebab sejak tadi kepala Emirza duk berpusing memikirkan cara tentang macam manalah nak berdepan dengan keluarga Mikael.

"Nampak sangat?" Ringkas Emirza membalas dengan soalan semula. Sebelah keningnya terangkat dengan mata terarah pada Mikael yang sedang memandu disebelah.

Mikael gelak kecil.

"Family aku tak makan orang. Kau pun tahu kan umi ayah aku macam mana."

Emirza diam je. Ye, Emirza tahu. Umi dan ayah Mikael, Emirza akan jumpa paling kurang setahun sekali. Masa raya, of course. Ayah Mikael pendiam, umi dia pun. Umi dia banyak senyum, a mother-like smile sama macam mak. Rasanya yang Emirza ingat Ain dan Nana yang banyak berbual dengan umi Mikael setiap kali mereka datang beraya.

"Besides, they will welcomes you warmly. Kau penyelamat keluarga aku kut. Kalau tak...tak tahu apa dah jadi."

Seakan keluhan dihujung ayat, kata-kata Mikael memaksa Emirza untuk menoleh terus memandang dia, berbanding tadi hanya bebola matanya yang bergerak untuk memandang Mikael.

"On behalf of Ain, I'm sorry."

Mikael menoleh, sekilas. Emirza nampak senyuman terukir dihujung bibir lelaki itu.

"And on behalf of both family, I'm sorry for dragging you into this."

Sesuatu pada ucapan Mikael buat Emirza rasa tersentuh. Entah mengapa...Emirza rasa bersalah. Sedangkan Mikael juga mangsa dalam keadaan ni tapi dia sendiri minta maaf pada Emirza.

Oh, Emirza tahu itu sikap Mikael! Dia kenal Mikael dan dia tahu Mikael ni orangnya yang sangat mudah mengaku kesalahannya. 'Sorry' tu perkataan paling digemari oleh Mikael. Sampaikan Emirza selalu marah Mikael sebab kerap sangat minta maaf. Bayangkan ajelah. Orang lain bergurau tapi Mikael yang pergi minta maaf. Alasannya takut gurauan tu melampau.

Emirza selalu cakap. Kalau ada masalah pada Mikael, masalahnya cuma pada personalitinya yang...baik. Tak, bukan jadi baik tu satu kesalahan. Cuma baiknya Mikael tu pada tahap Mikael selalu jadi mangsa 'buli' Ijat. Buli antara kawan, biasalah. Jadi bahan gurau apa semua.

Mikael is too polite, too kind, kadang lurus macam pembaris. Memang tak padan sungguh imej budak engineer yang selalunya carefree dan sempoi memanjang.

Mikael ni...akan nampak bengkoknya bila dengan Ijat. Ijat tu je yang selalu buat Mikael nampak macam masuk air bila dengan diorang.

Emirza pulak opposite-nya. Mikael polite tapi Emirza cakap main lepas, ikut sedap rasa dia. Mikael is too kind dan Emirza, antara mereka berlima Emirza yang paling garang. Sebab tu Mikael sendiri selalu jadi mangsa kena marah dengan Emirza.

"Sebenarnya apa yang jadi antara kau dengan Ain? Betul ke korang tak gaduh?"

Sorry lah. Mahu atau tak, Emirza tak dapat elak daripada memikirkan tentang Ain. Sebab Ain tu la penyebab dia terhubungkait dengan Mikael sekarang ni. Jadi Emirza nampak Ain kat mana-mana, antara dia dan Mikael.

"Kau tak percaya aku?" Mikael kembalikan soalan.

"Bukan tak percaya, Mika. Tapi..." Ayat tergantung. Perlu ke Emirza cakap lagi yang dia masih tak percaya dengan situasi ni? Rasa dah dekat 10 kali ulang.

"Aku tak tahu kenapa Ain lari, Emi. Tapi aku ada andaian."

Mungkin bila nampak ayat Emirza tak habis, Mikael bersuara. Sekali lagi, laju Emirza menoleh.

"Andaian apa?"

"Tentang kenapa Ain lari."

Emirza diam. Hanya matanya tak berkerlip menandakan dia sedang tunggu Mikael lengkapkan penjelasannya.

"Kau tahu hari sebelum kau balik?"

"Maknanya hari sebelum aku jumpa kau kat kedai mapley tu?"

Mikael angguk sedikit.

"Aku nampak Ain. Tengah hari tu."

"Dan?" Tak kesabaran Emirza bertanya.

"Kau ingat Azri?" Lagi soalan Mikael.

Emirza biarkan soalan tu tak berjawab. Dia takut nak membayangkan tapi Emirza macam dah dapat agak apa yang Mikael akan cakap.

"Aku nampak Ain dengan Azri masa tu. Jelas, aku yakin aku nampak diorang berdua. Aku tak naklah sangka buruk masa tu dan tup-tup this happened."

Emirza pejam mata sendiri. Boleh tak kalau dia tak nak percaya? Nama pun andaian bak kata Mikael.

Azri tu...nama bekas kekasih Ain. Bekas kekasih sebelum Ain bercinta dengan Mikael. Dan kalau hari Ain hilang tu, Mikael nampak Ain dengan Azri...maknanya...

"Andaian aku, Ain mungkin pilih Azri. Dan sebab tu dia lari."

Tapi Ain tak pernah cakap pun Azri ada muncul balik. Macam mustahil sebab Ain mesti akan bagitahu kat Emirza jika ada apa-apa yang berlaku.

"Emi?" Berubah nada suara Mikael bila Emirza tak membalas. Seakan dia risau.

"Ye aku dengar." Emirza membalas perlahan. Bibir bawahnya digigit dengan kepala ligat berfikir.

"Sorry, Emi. Aku bukan nak fikir bukan-bukan pasal Ain tapi..."

Kan Emirza dah cakap 'sorry' tu perkataan paling digemari Mikael. Tengok, dia ucap lagi.

"Hakikatnya Ain dah lari, Mika. Jadi memang tak salah kalau kita fikir yang bukan-bukan." Emirza memotong kata-kata Mikael.

"Kalau andaian kau betul, kalau betullah yang kau nampak tu memang Ain dengan Azri, mungkin betul Ain sekarang ada dengan Azri dan sebab Azri dia ambil keputusan tu." Emi buat kesimpulan sendiri.

"Tapi kenapa?" Kali ini dia toleh pandang Mikael. Menagih jawapan, tak juga. Sebab tak mungkin Mikael tahu jawapannya. Jawapannya, mungkin hanya Ain yang tahu. Dan Mikael bukan Ain cuma Emirza perlu tempat bertanya.

"Kenapa Ain sanggup buat macam tu?"

Lama Mikael diam. Sebelum Emirza dengar lelaki itu mengeluh.

"Kau mungkin kenal Ain lebih lama berbanding aku, Emi. Sebab dia sepupu kau. Kau dah kenal dia sejak korang kecil lagi."

Ya...Emirza kenal Ain. Sangat. Sebab tu dia masih tak sangka Ain sanggup buat macam ni.

"Tapi aku bercinta dengan dia lama. Dan aku tahu hati dia ada kat siapa."

Wajah Mikael tak beriak ketika menuturkan ayat itu. Tapi...sesuatu pada nada suara Mikael membuatkan Emirza rasa dia tersentuh, pada lubuk hati dia yang paling dalam.

Entah mengapa, hanya dengan ayat itu Emirza dapat rasa yang Mikael terluka. He's hurt. Ain hurts him too bad.

*****

Thank youuuuu.
🌷

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now