RKB 4

3.2K 188 35
                                    

RUMAH diseberang jalan itu ditenung tanpa berkelip. Mengharapkan apa yang dilihatnya ketika ini merupakan mimpi buruk semata-mata. Tak...bukan apa yang dilihatnya ini je yang Emirza harapkan bertukar sebagai mimpi buruk, tapi Emirza harap semua yang terjadi sejak dia sampai ke kampung petang kelmarin sehinggalah ke saat ini, dia harapkan semuanya sebenarnya hanyalah mimpi.

Tapi nama pun harapan. Yang Emirza harapkan tu boleh kut kalau dipanggil sebagai angan-angan semata.

Cubitlah beberapa kali pun lengan sendiri, tetap sakit. Dan itu bermakna apa yang terjadi adalah realitinya. Ain benar-benar dah larikan diri.

Mengingatkan kenyataan yang harus dihadam itu, Emirza mengeluh.

Satu malam dia berfikir dan satu malam dia berdoa. Semoga Ain balik dan mengatakan bahawa apa yang terjadi itu semuanya gurauan tapi sampai sekarang masih tak ada tanda langsung yang sepupunya itu akan memunculkan diri. Sedangkan majlis sepatutnya berlangsung kurang daripada 24 jam saja lagi.

Daripada pagi membawa ke malam, rumah di seberang sana masih kelihatan seperti sedang berkabung berbanding keadaan rumah yang sepatutnya mahu menerima menantu.

Nak menerima menantu macam mana kalau tak sempat jadi menantu lagi, pengantin perempuan sendiri dah tarik diri?

Emirza meraup mukanya untuk kesekian kali.

Puas dia berfikir jalan penyelesaiannya. Puas juga fikir kat mana lagi tempat nak jejaki Ain. Rasanya setiap tempat yang berpotensi menjadi lokasi keberadaan Ain, semuanya sudah pun diterjah. Baik oleh sepupu-sepupu mereka yang lain mahupun Emirza sendiri.

Ilmu apa yang Ain guna pun tak tau. Dia macam...vanished macam tu aje. Langsung tak dapat jejak.

Dan tentang Mikael... Lepas Emirza dah jumpa Mikael petang kelmarin, Emirza tak dapat nak agak apa yang Mikael sedang fikir. Dan Emirza juga tak dapat nak buat andaian mana satu jalan yang akan dipilih oleh lelaki itu. Mikael tak balas mesej yang dihantar oleh Emirza dan Emirza fikir mungkin Mikael ada jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan semua ini dengan mudah.

Tapi apa? No idea. Emirza pun tak rasa yang dia nak contact Mikael untuk bertanya memandangkan Emirza yakin yang Mikael sangat-sangat-sangat memerlukan masa untuk bersendirian ketika ini.

Your fiancée run away two days before a wedding, jadi apa yang korang expect? Mikael must be so confuse right now.

Tak! Emirza rasa kalau dia yang jadi Mikael harus dia naik hantu bila tunang sendiri lesap macam tu aje.

"Emi."

Toleh dan bibir automatik menarik senyuman.

"Mak nak pergi mana ni?" Soalan spontan diajukan apabila melihat ibunya lengkap bertudung.

"Rumah depan. Mak dah siap masak, makanan ada atas meja. Nanti Emi makan tau. Sejak sampai kelmarin mak nampak Emi tak makan apa-apa."

Mendengarkan ayat Hajah Aisyah, barulah Emirza sedar. Ya, dia tak makan apa-apa pun sejak kelmarin. Perut dah jadi perut besi dah bila berdepan situasi macam ni. Tak sedar pun diri tak ada menelan apa-apa makanan.

"Mak nak buat apa pergi rumah depan?" Soalan tak wajar tapi spontan keluar dari mulut Emirza.

"Ada banyak benda nak kena buat, Emi. Kesian kat mak long."

Benda apa nak kena buat sedangkan majlis dah boleh dikira tak jadi? Ikutkan hati, nak aje Emirza bertanya tapi dikunci mulutnya.

"Jangan lupa makan tau." Hajah Aisyah sudah berada di depan pintu ketika itu, bersedia memakai selipar. Pesanan emaknya disambut dengan anggukan oleh Emirza. Emaknya dipandang sambil dia berdiri di ambang pintu. Dalam kepalanya sedang berperang tentang sesuatu, sama ada nak ditanyakan ataupun tidak.

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now