RKB # The Untold Tales Part 3

1.4K 90 15
                                    

MATA nampak kuyu tak bermaya. Hidung merah kesan flu. Akhir sekali, bibir yang terlalu merah, bukan sebab gincu sebaliknya kesan suhu badan yang tinggi.

"Awak demam." Pernyataan.

Bibir yang merekah kesan kurang minum air tu terus menarik senyuman.

"Mana awak tahu?"

Sofiey tarik nafas sendiri. Haih, ada jugak orang yang macam ni rupanya. Orang kalau demam tak bermaya. Tapi yang kat depan Sofiey ni, boleh tersenyum bahagia lagi. Walaupun senyuman yang ditunjukkan tu nampak kurang bermaya berbanding hari biasa.

Ya. Ain tetap perempuan. Bukan superwoman. Hati kental tak bermakna dia tak boleh jatuh sakit.

"Look at your face in the mirror, Ain. You looks...bad. At one glance orang tahu dah awak sakit." Berubah air muka itu.

Tiba-tiba Sofiey rasa bersalah.

"I mean you look not okay, not that you look bad. I mean...no, it's not that I mean you're ugly...err, no." Kelam-kabut menyusun ayat. Tapi makin disusun, makin buruk pula dengarnya. Haih...lupakanlah!

Ain tergelak kecil.

"Saya tahu apa yang awak maksudkan, Sofiey."

Muka Sofiey serius balik. "Good then."

Dan sungguhpun muka tu dah serius macam statue seperti biasa, senyuman Ain masih tak lekang.

Mulanya Sofiey buat tak peduli. Hari kalau boleh tak naklah marah-marah macam biasa. Dah orang sakit kan. Sofiey pun ada perikemanusiaan, reti kesian juga walaupun dia selalunya tengking je Ain sesuka hati dia.

Tapi buat tak pedulinya tu tak lama pun. Bila makin lama senyuman Ain masih tak lekang, pelik jugak Sofiey rasa. Mulalah dia nak tunjuk perangai hantu Jepun dia yang selalu tu.

"Awak dah kenapa senyum-senyum ni?" Kalau tak berkasar, memang bukan Sofieylah namanya. Nak buat macam mana lagi. Itu cara terbaik dia untuk tunjukkan yang dia tak suka pada gangguan Ain. Lagipun Sofiey rasa kalau dia gunakan cara tu aje secara berterusan, lama-kelamaan Ain akan berhenti mencuba dengan sendirinya. Dalam dunia ni mana ada orang yang tahan kena marah memanjang.

"Because I'm happy."

Eh eh? Mulalah Sofiey tunjuk kerutan kat dahi dia. Sumpah peliklah perempuan seorang ni. Biasanya orang sakit mesti mood tak elok, tapi dia ni tersenyum seindah suria bagai.

"Saya tak cakap pun tapi awak perasan saya tak sihat. Tu maknanya awak peka jugak dengan keadaan saya kan?"

Urgh! Stress terus Sofiey mendengarnya. Rasa nak aje ditarik balik kata-kata dia tadi. Hisy, apalah masalahnya dengan Ain ni? Cara apa yang Sofiey nak guna supaya Ain faham eh? Yang kat dalam hati Sofiey ni sungguhlah takkan buat u-turn untuk baiki semula hubungan mereka yang dulu tu.

"Tak ada maknanya Ain. Muka awak yang macam zombie tu sesiapa pun aku perasan. Dah. Jangan nak sengih-sengih sangat!"

Tapi Ain tak kisah pun. Maintain sengihan dia.

"Lagipun I can see that you're trying to talk nicely. Sejak kebelakangan ni dah jarang jugak awak berkasar dengan saya. Itu maknanya awak masih jugaklah jaga hati saya."

Ya Allah, perempuan ni! Entah nak cakap bahasa apa. Bahasa Urdu agaknya!

"Berhenti mengarutlah, Ain. Dan please, pergilah balik. Sedar sikit yang diri awak tu sakit." Sofiey membalas pantas.

Kemudian, kerana takut Ain tersalah sangka, dia menyambung lagi, "Dan saya bukan cakap tu sebab saya risaukan awak okey. Saya cuma takut virus-virus demam awak tu tersebar pada saya."

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now