RKB # The Untold Tales Part 4

1.3K 69 2
                                    

"WHAT is this?"

Duh! Soalan!

"Muffler." Sepatah Sofiey menjawab.

"Untuk?"

"Please wear it before you went outside. Cuaca sekarang ni tak menentu. Karang demam lagi." Dengan nada yang paling tak berperasaan, Sofiey menuturkan.

Paling malas nak tengok reaksi Ain yang dia agak mesti tersengih-sengih lepas ni.

"Aww...that is so sweet of you, Sofiey."

Kan! Sofiey agak dah! Mulalah Ain nak tersenyum-senyum seindah suria senja tu. Ceh!

"Jangan nak senyum sangatlah! Saya beli tu sebab buy one free one. Yang free tu saya bagilah awak. Daripada saya simpan kat rumah buat pekasam." Cover line. Jawapan tu Sofiey memang dah reka siap-siap untuk diberikan kepada Ain. Sebab dia dah dapat agak respon Ain apabila dia berikan muffler tu kepadanya.

"Tak kisahlah barang free pun. Still, thank you." Ain tersenyum suka melihat muffler ditangannya. Tak tahulah kalau benda tu memang lawa ataupun semakin lawa sebab Sofiey yang bagi.

Balasan Ain terhadap kata-katanya tadi buat Sofiey terdiam. How can she be this strong? Hati Ain ni sebenarnya diperbuat daripada apa ya?

Dah Sofiey jugak yang jadi bad boy. Heh!

"Oh ya! Hari ni saya ada bawa sesuatu untuk awak." Ain letakkan muffler ditangannya ke tepi. Nanti-nanti baru dia belek lagi benda tu sampai puas. Buat bantal peluk waktu tidur ke. Ahaks!

Gedik Ain, gedik!

Sofiey pandang Ain pelik. Apa pulak agaknya helah yang Ain ada hari ni? Sekarang ni Sofiey dah tak terkejut lagi dah. Rasanya memang hampir setiap hari Ain akan muncul dihadapannya. Sofiey reda ajelah. Nak halau pun, Ain datang pada dia kat tempat awam.

Malas dah Sofiey nak ulang bercakap dengan orang yang tak reti bahasa.

Dia perhatikan telatah gadis itu yang sedang mengeluarkan sesuatu. Berkerut-kerut hidung Sofiey sebaik sahaja hidungnya terhidu sesuatu. Sesuatu yang wangi. Sedap. Sesuatu yang dia cuma dapat makan bila berada di Malaysia...

"Tak payah nak kerut-kerut hidung sangat. Tu memang bau masakan Melayu."

Satu bekas makanan diletakkan dihadapan Sofiey.

"Saya masak makanan Melayu." Ain memberitahu. Macam biasa, memang disertai dengan senyuman paling manis.

"Maka?"

"I know you miss Malaysia as much as I do—"

"Kalau dah rindu tu, baliklah. Tak payah menyibuk dengan saya kat sini." Sofiey memotong. Pantang ada peluang nak menghalau Ain.

"—so I make this for you." Bagaikan tak dengar kata-kata Sofiey tadi, Ain tetap buat selamba. Dilengkapkan ayatnya tanpa sebarang perubahan pada reaksi wajah.

"Jadi awak nak saya berterima kasih?" Sinis. Sarkastik.

"Tak payah. Cukuplah awak habiskan makanan ni dengan berselera."

Sofiey yang rasa nak hantuk kepala. Harusnya, bahasa apa yang perlu dia gunakan untuk Ain agaknya?

Ain hela nafas dalam apabila emelnya terpapar pada skrin komputer. Seperti hari-hari sebelumnya, dia tetap dengan keluhan yang sama apabila melihat bilangan email yang belum dibaca. Yang kebanyakannya dari Emi.

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now