RKB 2

3.3K 195 7
                                    

EMIRZA tahu naluri dia memang tak pernah silap. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena berlaku kelmarin, ketika dia menjawab panggilan Ain tu. Dia dah tahu masa tu yang ada sesuatu tak kena pada sepupunya. Dan Emirza sepatutnya percaya pada gerak hatinya. Tapi kenapa dia buat tak tahu?

Ini dah bukan drama Melayu atau konflik novel Melayu, tapi ini dah jadi benda yang paling mengerikan pernah berlaku dalam hidupnya. Maksud Emirza, paling mengerikan bagi seluruh ahli keluarganya.

Ya Allah ya Tuhanku, bagilah petunjuk. Apa yang dah jadi pada Ain sebenarnya?

Yang Emirza tahu, Ain bukanlah orang yang macam tu. Bukan setakat Emirza yang tahu tapi satu kampung ni pun tahu, Ain bukan seseorang yang akan buat perkara macam ni pada keluarga dia sendiri. Melarikan diri dua hari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung? Memang bukan sikap Ain. Malah jauh sangat dengan sikap Ain.

Ain tu seorang yang baik. Baik sangat sampaikan hampir semua makcik-makcik dalam kampung ni berangan nak jadikan dia menantu. Lagipun dia jenis yang langsung tak pernah melakukan apa-apa yang boleh mengaibkan mak dan ayahnya. Ayah Ain imam kampung ni kut. Mustahil Ain sanggup conteng arang kat muka ayah dia sendiri.

Tapi...

Emirza mengeluh apabila dia melihat nota ditangannya. Tanpa sedar tangan dah menggenggam nota tersebut membuatkan kertas itu berkedut seribu. Apa lagi yang dia nak persoalkan? Bila semua benda yang mustahil Ain akan lakukan tu, benar-benar dah terjadi sekarang ni. Nota ditangan ni bahan buktinya.

Ain lari, itu kenyataannya.

Pergi mana? Emirza tak tahu jawapannya.

Sakit kepalanya apabila melihat suasana di dalam rumah mak longnya itu. Suasana yang patutnya meriah, dah berubah sama sekali sekarang ni. Patutlah masa dia sampai tadi, suasana bagaikan orang berkabung. Rupanya ini penyebabnya.

Satu-persatu sepupu-sepupu mereka yang pulang selepas mencari Ain, namun tak ada satupun yang pulang bawa berita gembira. Apatah lagi saudara yang baru sampai dan turut sama terkejut menerima berita pengantin perempuan lari, macam kejutan yang dialami Emirza.

Emirza tak tahu nak fikir apa. Sejak sampai tadi, dia hanya duduk ditempatnya mula-mula duduk. Sedang berfikir tindakan apa yang boleh dilakukannya bagi menyelesaikan semua ni. Kalau tengok last seen Ain di whatsapp, Emirza rasa dia merupakan orang terakhir yang bercakap dengan sepupunya itu pagi tadi. Dah naik kematu jugak jari sendiri menekan telefon untuk menghubungi Ain sejak tadi, tapi tak ada satu pun yang berhasil.

Ain matikan telefon.

Maknanya, tak ada langsung petunjuk untuk menjejak keberadaan gadis itu.

Astaghfirullahalazim.

Berulang kali lafaz itu bergema dalam benak Emirza. Dia masih tak sedap hati. Rasa tak sedap hatinya masih belum berkurangan sejak tadi.

Memanglah nota tu jelas menunjukkan yang Ain lari, tapi mesti ada sebabnya Ain buat macam tu kan? Apa sebabnya?

Macam mana kalau betul-betul ada sesuatu yang tak elok terjadi kepada Ain?

Mikael!

Emirza terus duduk tegak apabila nama tunangan Ain itu tiba-tiba melintas dibenaknya. Kenapa sekarang baru terfikir nak menghubungi Mikael? Patutnya sejak tadi. Pantas nama Mikael dicari dalam contact list-nya lalu didail.

Deringan kedengaran tapi sehingga habis, panggilan Emirza tak berjawab. Lima kali dia mencuba dan dia yakin Mikael sengaja tak menjawab panggilannya.

What is this now? Kenapa Emirza rasa yang Mikael dah tahu yang Ain gagal dijejaki?

Ikon whatsapp disentuh. Lalu terus dicari group chat mereka yang sememangnya jadi tempat diorang berbalas khabar selama ini. Pantas jarinya menaip soalan mudah. Bertanya jika ada sesiapa yang tahu tentang keberadaan Ain ketika itu.

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now