RKB # The Untold Tales Part 5

1.4K 79 12
                                    

"SOFIEY."

Pasangan itu menoleh. Membuatkan mulut Ain ternganga luas kerana dia benar-benar tak menyangka bahawa dia tak tersalah orang. Teragak-agak dia nak menegur sejak tadi kerana dia bimbang dia tersilap orang. Sebab tu dia hanya memandang sejak tadi dan tunggu masa yang sesuai untuk menegur.

Dan sekarang Ain menyesal. Sebab dia dah lihat dengan banyak aksi mesra Sofiey bersama gadis disebelah Sofiey ketika itu. Termasuklah sekarang, ketika pasangan itu menoleh untuk memandang dia, Ain rasa sakit pula matanya apabila melihat tangan si gadis yang elok melingkar pada tangan Sofiey.

"Saya tunggu awak sejak pagi," ujar Ain dengan mata memandang Sofiey. Cuba tak mempedulikan si gadis yang berada di sebelah Sofiey.

"Saya ada janji dengan awak ke?"

Nada dingin Sofiey jelas kedengaran. Automatik membuatkan Ain termalu sendiri kerana melalui nada suara itu je pun, dah jelas-jelas kehadirannya ketika itu tak dialu-alukan oleh Sofiey.

Itu sebenarnya nada biasa Sofiey terhadapnya tapi mungkin kerana ketika ini ada orang lain bersama mereka, Ain rasa malu. Semacam air mukanya dijatuhkan begitu je di hadapan wanita lain.

"Tak adalah. Tapi..."

Sedikit terguris kerana hal tadi, menyebabkan Ain gagal meneruskan ayatnya. Mindanya seakan kosong sampaikan dia tak terfikir ayat untuk membela dirinya dihadapan Sofiey.

"Excuse me but who are you?" Mencuba untuk fokus, Ain mengubah hala perhatiannya. Soalan diaju kepada gadis disebelah Sofiey itu.

"Oh, hai! Saya Liya." Salam dihulur, dengan senyuman terukir dibibir.

Melihat je senyuman dan salam yang dihulur itu, membuatkan Ain tak selesa. Dia baru saja bertanya soalan kepada gadis itu dalam nada yang sengaja kedengaran sedikit menjengkelkan. Tanya terus gaya orang tak beradab tapi dengan tertibnya soalannya dijawab. Ain termalu sendiri sebenarnya.

Tahu tak perasaan perempuan lain apabila lihat perempuan yang lebih baik? Bukan cemburu yang berasaskan dengki tapi cemburu in a good way. Kerana gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Liya tu nampak macam seorang yang baik-baik je. Like a very good and fine lady.

"Ain." Ain memperkenalkan dirinya sambil menyambut salam yang dihulur.

"Nice to meet you, Ain. Awak kawan Sofiey eh?"

Dari caranya menyoal pun Ain dah tahu. Liya ni sejenis perempuan yang membuatkan perempuan lain cemburu dengannya. Cemburu sebab dia sempurna. Tahu tak jenis perempuan yang semacam karakter puteri Disney. Lemah-lembut, berbudi-bahasa dan cantik. Jenis yang menghampiri sempurna sampaikan orang rasa jengkel dengannya. Jengkel bukan sebab membenci tapi sebab you can't be her.

"A'ah. Dan awak?" Walaupun senyuman manis Liya membuatkan Ain rasa tak jadi nak marah, namun soalan yang keluar daripada mulut Ain pula tergambar sebaliknya. Dari riak wajahnya pun tak dapat disembunyikan yang dia tak suka Liya berada disitu.

Liya ingin menjawab, dengan senyuman yang masih tak lekang. Tapi sebelum sempat dia membuka mulutnya,

"Dia isteri saya." Sofiey yang menjawab.

Isteri? Serius? Ain pandang silih-berganti dua orang manusia dihadapannya itu. Sofiey nampak tenang dan Liya pula hanya tersenyum memandang dia.

Rasa geram dengan senyuman itu, Ain hanya memfokuskan pandangannya pada Sofiey.

"Bila masa awak kahwin?"

"Sebelum saya datang ke sini." Laju Sofiey menjawab.

Ain renung mata Sofiey. Kononnya melihat kalau Sofiey sedang menipunya ataupun tak. Sofiey memang ada motif untuk menipunya tapi takkanlah Sofiey sampai nak gunakan cara macam ni? Ini tak lawak pun!

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now