Bab 6

2.2K 47 0
                                    

Jemy masih tidak berkelip memandang Aira yang sudah menunduk, nak ketawa pun ada.

     “Korang tak ada kerja ke?” Sergah Jemy bila dia perasan pekerja-pekerjanya yang mencuri dengar perbualannya dengan Aira di sebalik tirai hitam dalam studio itu. Bertempiaran mereka bila disergah begitu.

     “Aku tak buka job sini!” Jemy berlalu menuju ke meja yang menempatkan desktop dan beberapa kamera.

Aira kebinggungan. Dah agak dah, memang ni layanan yang akan diterimanya dari lelaki sengal ni! Hisy, tak boleh nak dibawa berbincang langsung!

Jemy mencapai majalah fashion, majalah tersebut diselak beberapa helaian, hujung matanya sempat menangkap wajah sayu gadis tinggi lampai yang masih berdiri di hadapannya. Ermm, boleh tahan jugak dia ni. Cantik!

     “Saya tak kisah nak buat kerja apa pun, yang penting saya boleh berada di sini.” Jelas Aira dengan bersungguh-sungguh.

Jemy masih berdiam diri. Majalah di tangan dilepaskan, kamera DSLR jenama Nikon yang sentiasa dibawa kemana saja kini digapai. Satu persatu gambar ditatap.

     “Awak kasi je kerja apa, saya akan buat. Please..” Aira enggan berputus asa, geram jugak bila melihat Jemy yang hanya membatu dari tadi. Aira mula mengeluh geram, macam tak wujud je aku kat sini.

     “Jemy..” tangan Jemy terhenti menekan butang kameranya, dia menoleh sekilas kearah Aira yang memanggil namanya perlahan. Hanya seketika, dia kembali pada kameranya. Kini dia tersenyum sendiri, gambar gadis yang ditatapnya kini mengundang senyumnya. Ya, gambar Aira yang ditangkapnya sebulan yang lepas! Gambar yang merapatkan hubungannya dengan gadis itu. Betul ke rapat? Jemy masih tersenyum sendiri, gambar-gambar tersebut menarik perhatiannya. Pelbagai aksi Aira yang sempat ditangkapnya, gambar gadis itu yang sibuk membetulkan rambut, tak kurang juga aksi gadis itu membersihkan mukanya.

     “Setuju ke tidak? Janganlah diam je..macam tunggul pulak saya” Aira mula hilang sabar, kakinya dihentakkan sedikit tanda geram dengan sikap Jemy yang buat tak tahu je dengan kehadirannya.

     “Tak.” Jemy menjawab ringkas, lalu kembali menatap kameranya.

     “Pertimbangkanlah dulu. Janganlah terus reject saya macam tu je..” Aira mendengus geram, muncungnya sudah dipanjangkan.

     “Aku tak ada hati nak ambik kau apatah lagi nak mempertimbangkan. Faham!”

Aira mengeluh hampa. Hancurlah impiannya untuk mengenali lebih rapat bidang yang amat diminatinya itu. Tujuannya memohon kerja di tempat lelaki sengal tu semata-mata kerana minatnya untuk menjadi model. Tak dapat jadi model, tengok model pun jadilah!

     “Abang Jemy, bukannya minggu lepas Abang Jemy bercadang nak cari orang gantikan tempat Nad. Nad last bulan ni tau.” Nadia mula menyampuk. Lupa kot bosnya itu, dia sudah maklumkan awal pada Jemy yang dia akan berhenti kerja kerana terpaksa mengikut suaminya yang dipindahkan ke Kelantan.

Jemy menggeleng perlahan. Tangannya pantas memicit dahinya.

     “Betul tu!” Aira menyokong. Matanya mula bersinar, tak semena dia tunduk memandang Jemy yang mencangung kepalanya di atas meja.

     “Bolehlah..” Rayu Aira, tangan Jemy digoyang lembut. Tersentak Jemy dengan perlakuan itu, namun tidak pula dia menarik tangannya.

     “Hmm? Bolehkan? Ala..bolehlah..” Aira memaniskan mukanya memujuk Jemy.

     “Boleh je lah Jemy, nak cari orang gantikan tempat Nad memang tak sempat.” Sokong Azlan tiba-tiba. Jemy segera menarik tangannya dari pegangan Aira, tak sangka pulak pekerjanya ada di situ.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now