BAB 28

1.1K 17 0
                                    

Marlia terdiam memandang helaian surat khabar yang dibawa balik oleh anak sulungnya. Terpampar kemas wajah anak perempuannya di situ. Hatinya semakin sebak melihat wajah putih bersih itu, rindunya pada Aira sudah tidak terbendung. Dia sendiri tidak menyangka bahawa anaknya itu benar-benar bergelar model.

Lima belas tahun tidak mungkin untuk dia tidak mengenali mata itu. Anaknya itu sudah besar, badan tinggi lampai itu diwarisi darinya. Akmal hanya menjadi pemerhati dari tadi. Dia tahu ibunya pasti terkejut dengan berita itu.

     “Mama nak sangat jumpa dia Mal.” Marlia sudah mengalirkan airmata. Sampai bila harus dia membendung rasa rindu seorang ibu lagi. Dia sudah tidak peduli andai bekas suaminya itu memarahinya, dia tidak peduli! Yang penting dia ingin memeluk Aira Qaisara anaknya.

     “Akmal tak tahu lagi, betul ke dia Sara? Cuma..”

     “Dia Sara Mal, dia Sara anak mama. Tak mungkin mama tak ingat rupa anak mama sendiri. Lima belas tahun, tak cukup untuk mama melupakan wajah dia Mal.” Kerana ungutan bekas suaminya lima belas tahun lalu yang menghalang dia dari berjumpa anak perempuannya, dia terseksa kerana memendam rasa rindu bertahun lamanya.

     “Mama..”

     “Dia Sara..” tangisan Marlia makin kedengaran. Segera Akmal merapati ibunya, tubuh tua ibunya dipeluk erat. Dibiarkan saja ibunya menangis dalam dakapannya. Dia sendiri pasti bahawa gambar model yang dijumpainya melekat di studio jurugambar itu adalah Sara adiknya. Tak mungkin baginya juga melupai wajah manja adiknya itu.

     “Mal akan pergi cari dia. Mal tahu mana nak jumpa adik.” Bahu ibunya digosok perlahan. Marlia hanya mengangguk, dia tidak sabar untuk memeluk anaknya itu, surat khabar itu terus dipeluk syahdu. Akmal menghembus nafas berat. Dia begitu yakin bahawa hanya jurugambar muda itu akan membantunya menemukannya dengan Sara, adiknya.

       *********************

BUNYI dentuman pada hadapan keretanya membuatkan Aira terhenti. Dia memicit kepalanya yang tidak pening. Macam mana ni? Aira mula beristifar. Dia nekad untuk memandu sendiri, bila Mila beritahu bahawa dia ada hal penting dan perlu pulang ke kampungnya di terengganu dengan segera. Sudah lama juga tidak memandu membuatkannya terkapai-kapai sendiri. Aira menundukkan wajahnya di stereng kereta.

Ketukan bertalu-talu di cermin keretanya membuatkan Aira terpaksa membuka pintu kereta. Wajahnya masih ditundukkan, takut untuk memandang si pemilik kereta yang dilanggarnya tadi.

     “Macam mana ni?” soal lelaki itu keras. Aira masih menunduk. Macam mana apa? Aku mana tahu apa-apa pasal ni.

     “Hello miss!” panggil lelaki itu lagi. Segera Aira mengangkat wajahnya. Nak terbuntang biji matanya melihat lelaki yang berada di hadapannya.

     “Awak!” serentak Aira dan lelaki itu menjerit. Tak semena bibir lelaki itu terus mengukir senyum, tidak menyangka akan dipertemukan semula dengan gadis itu lagi. Aira sudah panas hati, banyak-banyak kereta di KL ni kereta dia jugak yang aku langgar.

     “Awak intip saya ya?” soal Aira keras.

     “Mana ada, kereta awak kan di belakang. So, awaklah yang intip saya.” Selamba badak je lelaki tu cakap aku intip dia. Hisy.. jangan haraplah! Muka macam badak air. Marah Aira. Lelaki itu sudah tersenyum melihat riak muka Aira, comel pulak!

     “Gila!” desis Aira geram.

     “So, how should we settle this?” soal lelaki itu lembut, walaupun pada mulanya dia marah, namun bila melihat wajah gadis itu serta merta marahnya hilang. Itulah gadis yang melanggarnya di Mid Valley tempoh hari. Alahai kecilnya dunia.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now