BAB 20

1.6K 28 0
                                    

Datuk Roslan menyelimuti badan isterinya. Peluh yang merenek di dahi itu disapu perlahan. Tidak pernah satu malam pun isterinya itu tidur dengan lena, hampir  setiap malam dia akan meracau meminta tolong. Datuk Roslan mengeluh berat, sudah tidak tertanggung rasa bersalah yang menghantuinya kini. Rumah tangga yang dibina atas aturan keluarga masih terkapai-kapai mencari kebahagian. Laila, isterinya masih dingin seperti dulu kerana dihantui peristiwa hitam. Berdosanya aku Ya Allah, andai rahsia ini terbongkar, mampukah aku mendapatkan keampunan dari isteri dan anakku.

Dua puluh tujuh tahun yang lalu..

ROSLAN memakir keretanya di tempat letak kereta di hadapan taman. Dia dapat melihat dengan jelas tubuh wanita yang membelakanginya. Wanita yang amat dicintainya. Perlahan langkahnya diatur menghampiri wanita itu.

     “Laila.” Panggil Roslan. Wajah mencuka Laila dipandang penuh risau. Adakah wanita itu sudah mendapat tahu berita tentang pinangannya.

     “Apa semua ni lan?” Laila menunjukkan kotak cincin kepada Roslan. Kenapa lelaki itu nekad mengahwininya sedangkan lelaki itu tahu siapa yang dia cinta. Dia tidak cintakan Roslan, dia cintakan Miqdad! Teman baik lelaki itu.

     “Aku ikhlas nak peristerikan kau.”

     “Aku tak cintakan kau. Kau tahukan siapa yang aku cinta..”

     “Sudahlah Laila, Miqdad tak cintakan kau. Dia cintakan Lia. Kau harus terima hakikat itu.” Balas Roslan.

     “Tidak! Miqdad cintakan aku. Aku tahu!” Laila masih menafikan realiti, sedangkan dia tahu Miqdad sudah melamar Marlia, seorang model. Laila menggeleng kepalanya pantas, mustahil Miqdad sudah melupakan percintaan mereka selama dua tahun di universiti. Laila mula menitiskan airmata, sebak hatinya bila Miqdad memutuskan perhubungan mereka semata-mata kerana ingin bersama dengan model tak bermaruah tu.

     “Laila..” Roslan cuba mencapai tangan wanita itu. Pantas Laila mengelak, dia memulangkan kembali kotak cincin itu kepada Roslan, mustahil untuk dia menerima Roslan sedangkan hatinya milik orang lain.

     “Maafkan aku lan.”

Datuk Roslan tersedar dari lamunannya bila terdengar bunyi kereta yang memasuki pekarangan rumahnya. Lewat jugak anaknya itu balik. Datuk Roslan bergerak keluar bilik menuju ketingkat bawah. Wajah penat anaknya itu mengundang simpati.

     “Lambat Naz balik hari ni.” Tegur Datuk Roslan.

     “Naz ada dinner dengan client. Ayah tak tidur lagi ke?” jawab Nazrul. Tangan ayahnya dicium hormat.

     “Baru nak masuk tidur. Naz rehatlah.”

     “Oh ya, Tan Sri kirim salam. Dia telefon Naz tadi nak ajak main golf. Ayah nak ikut sekali ke?” ajak Nazrul, teringat akan ajakan Tan Sri megat Miqdad semalam.

     “Boleh jugak. Bila? Dah lama ayah tak berborak dengan kawan lama ayah tu.”

     “Petang esok.” Datuk Roslan hanya mengangguk lalu membawa kakinya menaiki anak tangga. Langkahnya terhenti seketika, segera dia menoleh kembali kearah anak bungsunya itu.

     “Ada jumpa Abang Nazmi?” soal Datuk Roslan tiba-tiba.

     “Tak. Hari tu last jumpa dia, masing-masing busy. Kenapa? Ayah nak jumpa Abang Nazmi ke?” soal Nazrul kembali. Sudah hampir sebulan tidak bersua muka dengan abangnya itu.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now