BAB 19

1.5K 32 0
                                    

Aira masih bermalas di katil empuknya. Iphone  yang tersadai di atas tilam hanya dipandang sepi. Sudah jemuh telinganya dengan panggilan dan mesej yang masuk. Itu tak lain tak bukan kalau bukan si mamat sengal serta dua orang pekerja setianya itu. Masih terngiang-ngiang kata-kata akhir dari Jemy ketika menghantarnya ke bilik semalam. Ahh! Syahdunya..kata-kata itu membuatkannya makin jatuh cinta pada lelaki itu. Tapi..malu!

Sampai di pintu bilik, Jemy merapatkan badannya kearah Aira, segera wajahnya didekatkan. Aira sudah tak tentu arah, lelaki ni nak buat apa? Takkan nak..NO! Aira segera menahan tangan Jemy, menghalang segala niat Jemy tika ini. Biarpun dia turut menyintai lelaki itu, tapi dia takkan sesekali membuat pekara yang tak sepatutnya. Segera Jemy tersenyum, dia berbisik perlahan di telinga Aira. Terkesima Aira seketika.

     “Dengar baik-baik ya. Saya akan beritahu awak hari-hari mulai esok. Saya cintakan awak!” bisik Jemy penuh syahdu, lalu menjarakkan tubuhnya. Kaku Aira seketika. Tangannya digenggam kuat memohon kekuatan. Ya Allah, inikah rasanya cinta?

     “ Saya cintakan awak, dan saya takkan buat pekara yang boleh memusnahkan kepercayaan awak pada saya.” Ujar Jemy lagi, hidung Aira dicuit sedikit sebelum berlalu meninggalkan Aira yang masih terkaku tanpa kata.

Aira menutup mukanya dengan bantal. Malunya! Macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti? Jawapan? Aira kembali menekup mukanya, dia sudah punya jawapannya sejak malam tadi, namun dia tak kuat untuk menyatakan betapa dia juga menyintai Jemy.

Mesej pertama dari Jemy dibuka sekali lagi. Lelaki itu menagih jawapan darinya.
                                    Answer day. Giv me a  good one.Okay.

Macam mana aku nak bagi jawapan pada dia tanpa perlu cakap I Love You ya? Takkan nak terus cakap dengan dia YES? Aira kebuntuan. Perutnya sudah berkeriuk, semalam dia cuma menjamah sedikit makan malam yang disediakan oleh Jemy. Malu punya pasallah tu.

Aira menghempas badannya di katil. Dia lapar, bercelaru, risau. Semua ada. Semuanya kerana Jemy. Lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya.

Seketika bunyi lonceng biliknya berbunyi. Aira terpana. Jemy ke? Ah..matilah aku. Takkan nak sangat jawapan sampai sanggup datang ke sini. Aira panik, dia mundar mandir di kaki katilnya.

     “Room service!” Sambung satu suara dari luar. Aira tersedar, aku ada pesan apa-apa ke? Rasanya tak. Aira bingkas ke muka pintu, segera pintu dikuak dari dalam. Wajah pekerja resort itu muncul dengan menyorong troli yang diisi sarapan pagi.

     “Err.. saya tak pesan room service.” Jawab Aira.

     “Seorang lelaki minta saya hantarkan ke bilik ni.” Ujar pekerja tersebut. Aira memandang nombor bilik yang tertulis di atas kertas tersebut. Betullah, biliknya.

     “Terima kasih.” Aira hanya membiarkan pekerja tersebut menyorong troli tersebut ke dalam biliknya. Selepas ucapan terima kasih, pekerja tersebut meninggalkannya dengan seyuman.

Aira membuka penutup steel. Segelas jus oren dan menu sarapan pagi yang sudah tentunya menyelerakan. Aira memegang perutnya yang sudah berbunyi. Dua biji telur mata kerbau separuh masak, satu longgokan kecil kentang goreng, dua biji sosej serta tiga keping hirisan tomato yang kelihatan segar. Aira sudah tidak sabar meranap semua hidangan tersebut. Matanya menangkap satu bungkusan yang diselitkan nota kecil di tepi pinggan.
                                                Makan banyak-banyak!
Aira tersenyum, tahulah dia siapa pengirim sarapan paginya itu. Jemy..Jemy..

Aira kembali pada bungkusan kecil tersebut. Sebentuk cincin lelaki yang berbentuk simple menarik perhatiannya. Cincin ni macam...

Beberapa ketika Iphonennya berdering menandakan mesej masuk. Segera Aira menuju ke katilnya.
Enjoy ur breakfast. Nampak cincin saya tak? Pakai tu kalau jawapan awak YA. Jumpa petang ni, dengan cincin ditangan awak.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now