BAB 14

1.6K 31 0
                                    

     "NO!" Bantah Jemy keras. Membuntang matanya memandang Mia. Permintaan wanita itu sudah melampau. Aira jadi model? Dia tak boleh terima! Jemy menggeleng buat sekian kali.

Kiki dan Mia sudah tergamam. Reaksi Jemy di luar jangkaannya. Rahim dan Azlan pula sudah kaku tanpa kata. Tanpa kata Mia bergerak menghampiri Aira, gadis yang tidak dikenalinya itu.

     "Cik?"

     "Aira.." balas Aira sepatah, dia sendiri kurang pasti akan situasi tersebut.

     "Cik Aira. Mari sini." Ajak Mia, tangan Aira ditarik menghampiri Jemy dan Kiki.

     "Kau tengok sini, tinggi agak-agaknya sudah 170 cm, berat pula?" Mia menyungkit keningnya kearah Aira.

     "Hah? Err..50." jawab Aira perlahan, matanya masih memandang kearah Jemy yang masam mencuka. Kenapa dengan lelaki tu? Marah ke?"

     "That right!" suara Mia mengejutkan yang lain.

     "Mia, kau nak buat apa?" Kiki menyoal hairan.

     "She! Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku."

     "Apa?" Jemy, Aira dan Kiki serentak bersuara. Aira sudah terkesima. Adakah ini kebetulan? Permulaan untuk mencapai impiannya.

     "Mia, kau bergurau ke?" Kiki semakin mati akal, gila ke Mia ni?

     "Ada dua minggu lagi sebelum show. Kiki kau train dia elok-elok ya. And you Jemy, take a very good shot of her." Mia menyapai beg tangannya. Pipi gebu Aira dicubit perlahan sebelum meninggalkan studio tersebut.

     "Apa ni?" soal Aira, dia masih kebinggungan. Satu persatu wajah di hadapannya dipandang untuk menagih jawapan.

     "Aira, kau dah okey ke? Kenapa tiba-tiba turun?" Azlan memecah suasana.

     "Aku nak ambil air. Lagipun Kak Mila nak datang." Jawab Aira bersahaja.

     "Kiki. Settle perkara ni dengan Mia. Cari model lain." Putus Jemy. Dia sudah menghenyakkan tubuhnya di kerusi. Panas sungguh hatinya.

     "Jemy, kau tahulah perangai Mia tu macam mana."

     "I don't care! Just settle this problem A.S.A.P!" Jemy sudah meninggikan suara. Aira sudah terkejut. Marah betul lelaki ni.

     "Jangan libatkan Aira, itu je." Sambung Jemy, kali ini lebih perlahan. Aira menghela nafas perlahan. Dia faham kenapa Jemy bertindak sebegitu. Hanya untuk melindunginya.

     "Aira, mari saya hantarkan awak balik." Jemy ingin mencapai tangan gadis itu, namun Aira masih membatu. Wajahnya ditundukkan. Perlahan dia melonggarkan pegangan Jemy di tangannya.

     "Err.."

     "Aira, no!" halang Jemy. Matanya tidak lepas memandang wajah Aira yang kian menunduk. Dia harap gadis itu memahami tindakannya. Melibatkan diri dalam dunia model bukan senang seperti yang disangkakan. Dia tidak mahu Aira melalui semua tu!

     "Jemy, sorry.." Jemy sudah menggelengkan kepalanya. Adakah Aira..

     "Kiki, aku setuju."

************

AIRA masih menunduk di hadapan Jemy. Lelaki itu masih dengan marahnya, dia sudah bercekak pinggang di hadapan Aira. Tidak lepas matanya memandang wajah itu. Buntu dia memikirkan kenapa gadis itu berkeras menerima tawaran Mia yang tak masuk akal itu. Adakah gadis itu memang menyimpan impian untuk bergelar seorang model? Aira, percayalah..benda ni bukan semudah yang awak fikirkan. Jika tak kuat, awak boleh lemas dalam dunia ni. Model bukan dunia awak! Ingin saja dia menjeritkan semua itu ditelinga gadis itu. Tapi bagaimana? Dia tak punya hak!

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now