BAB 30

1.3K 22 4
                                    

Jemy memarkirkan keretanya di hadapan deretan kedai. Dia sudah tersenyum bila matanya menjamah papan tanda BUTIK PENGANTIN TIARA. Setelah selesai segala urusan perjanjian dan bayaran pendahuluan, Jemy mengambil keputusan untuk meninjau dulu tempat pengambaran. Dia atas permintaan pelangannya itu, sesi pengambaran hanya akan diadakan di butik tersebut.

Pintu kaca butik tersebut ditolak dari luar. Jemy menghampiri perempuan bertudung di sebuah meja kecil di tepi sudut.

     “Ya Encik, boleh saya bantu?” tanya wanita tersebut dengan ramah.

     “Cik Tiara ada?” soal Jemy.

     “Ada di biliknya. Tunggu sekejap ya.” Jemy hanya mengangguk faham. Sekilas matanya meliar melihat di sekeliling butik pengantin tersebut. Kelihatan beberapa patung wanita yang dihias cantik dengan gaun pengantin bewarna putih.

     “Encik Jemy.” Panggil Tiara. Jemy menoleh seketika.

     “Mengganggu ke?” soal Jemy.

Tiara menggeleng seketika. Kehadiran Jemy di situ disambut dengan berbesar hati.

     “Mari, kita bincang di dalam. Mas, buatkan dua teh ya.” Pinta Tiara. Jemy hanya mengikut langkah Tiara menuju keruang pejabatnya di sebelah kanan.

     “Masuklah Encik Jemy, butik kecil je..” Tiara berbasa basi.

     “Semua baju pengantin di luar tu Cik Tiara reka sendiri ke?” soal jemy menunjukkan minat.

     “Kebanyakannya, saya reka sendiri. Kenapa? Encik Jemy berminat ke?” seloroh Tiara. Jemy hanya tersenyum.

     “Kalau berminat bagitahu je, harga kita boleh bincang..” gurau Tiara lagi.

     “Nanti-nanti kot.” Balas Jemy.

     “Dah ada calonlah ni? Siapa gadis bertuah tu?” soal Tiara berminat, ingin pula dia tahu siapa gadis yang sudah mencuri hati jurugambar muda tu?

Jemy menggaru kepalanya. Wajah Aira menerpa di ruang mata, mahukah gadis itu sehidup semati dengannya? Hubungan cinta antara dia dengan Aira, dia tidak mahu berakhir setakat di situ saja, dia akan memaknakan hubungan mereka.
                                               **************

AIRA mendengus geram bila terpaksa mengikut pemintaan papanya. Selepas saja sesi latihan di agensi Kiki dia bergegas ke sebuah restoran yang dijanjikan oleh Tan Sri Megat Miqdad untuk bertemu dengan calon suaminya. Ingin saja dia membantah, namun dek kerana pernah mengecewakan papanya kerana nekad memilih kerjayanya sebagai model, Aira terpaksa akur. Tapi bukan bersetuju untuk dijadikan suami, lelaki pilihan papanya itu akan diajar cara-cara untuk mencari calon isteri sendiri, tak perlu nak susashkan orang lain!

Kakinya pantas menaiki tangga untuk ke tingkat atas restoran mewah tersebut. Cermin mata hitam yang dipakainya segera dibuka.

     “Yes Miss.” Sapa penyambut tetamu tersebut.

     “Aira Qaisara.” Jawab Aira sepatah. Penyambut tetamu tersebut terus memeriksa buku log yang berada di tangannya.

     “Meja atas nama Cik sebelah hujung sana. Encik Nazrul belum sampai lagi, cik boleh tunggu di sana.” Ujar penyambut tetamu tersebut dengan senyuman, seorang lagi pelayan lelaki membawa Aira menuju ke sebuah meja yang telah ditempah awal.

Aira hanya mengangguk dengan senyuman setelah memesan jus oren dari pelayan tersebut. Tangannya mencapai Iphone yang berada dalam beg tangannya. Pantas pesanan ringkas dari kekasihnya itu dibuka, sebenarnya dari tadi mesej itu sudah lama masuk, cuma baru sekarang ada masa untuk membukanya.
Iam on the way to JB. Balik KL nanti saya call ya. Sorry tak sempat nak bgthu awal.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now