BAB 17

1.7K 27 0
                                    

Aira mendepakan kedua belah tangannya. Mata ditutup rapat, sambil menghirup udara segar yang begitu menenangkan. Sungguh indah dan nyaman bila sesekali tiupan angin menghembus lembut ke wajahnya. Hampir sejam mereka sampai di Pangkor Laut Resort. Perjalanan yang mengambil masa dua jam empat puluh lima minit dari KLIA ke Marina Island, cukup memenatkan. Bila sampai saja di Marina Island mereka dibawa ke Pangkor Laut Resort dengan menggunakan Private Boat yang memakan masa lebih kurang dua puluh minit.

One Island. One Resort. Itulah motto yang diamalkan di Pangkor Laut Resort yang terletak lebih kurang lima kilometer dari selat Melaka. Keadaan air laut yang membiru, dan persisiran pantai yang bersih begitu mengasyikkan. Pangkor Laut Resot juga antara pulau yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi kerana Pulau tersebut dikelilingi dengan tunbuhan-tunbuhan hijau yang berusia berjuta-juta tahun lamanya. Tidak dapat dibayangkan berada di syurga dunia dan hilang dari kesibukan kota.

Aira tidak dapat menyembunyikan keterujaannya. Kakinya begitu asyik menguis butiran pasir yang memutih di tepi pantai. Dari kejauhan dia dapat melihat Jemy dan dua pekerjanya begitu asyik menyediakan set untuk sesi pengambaran. Aira hanya menggeleng, tak reti nak berehat ke dia orang tu? Cubalah relax dulu melihat keindahan alam sekitar. Omel Aira.

     “Sara..” panggil Jemy. Erkk? Sejak bila pula dia boleh ada di sini?

     “Nak mula ke?” soal Aira lembut dia masih duduk bersimpuh di atas pasir.

     “Yup. Mari.” Ajak Jemy.

     “Tak nak rehat dulu ke? Saya penat..” suara manja Aira mula kedengaran. Jemy tersenyum lalu menghulurkan tangannya untuk disambut oleh Aira. Tanpa kata, Aira mencapai tangan Jemy lalu mengikuti langkah lelaki itu.

     “Kita ada tiga hari di sini. Habiskan shooting secepat yang boleh. So, kita ada banyak masa untuk diluangkan bersama.” Jelas Jemy.

     “Okay.” Aira menjawab pantas.

     “Tadi kata penatkan? Apa kata after shoot awak pergi Spa. It’s okay, saya belanja. Awak cuma rehatkan diri di sana.” Sambung Jemy.

     “Spa?” Jemy mengangguk.

     “Ingat? Hubungan kita memang begini. Tak ada apa yang nak dihairankan.” Ujar Jemy lagi. Aira hanya tersenyum lalu mengangguk.

     “After Spa. Awak rehat je dalam bilik. Nanti saya minta pihak resort hantarkan lunch. Tapi, malam nanti saya nak awak dinner dengan saya.” Aira terpana. Dinner? Ini kali pertama dia akan makan malam bersama lelaki itu. Pandangan mata Jemy kali ini begitu asing baginya. Dan yang jelas, dia menyukainya.

Aira mengangguk lagi. Entah kenapa dia harus jadi burung belatuk bila dengan lelaki ini.

     “Sharp pukul lapan saya tunggu di pantai ni.” Jemy mencuit sedikit hidung Aira lalu tangannya kembali mengenggam tangan kecil itu.

***********

TAN SRI MEGAT MIQDAD masih bersimpuh kaki menunggu di ruang lobi hotel mewah tersebut. Fakri, pembantu peribadinya meminta diri seketika untuk mengambil beberapa dokumen yang masih tertinggal di dalam kereta. Air Nescafe latte yang baru dipesannya sudah tiba. Dompetnya dibuka dan sekeping not lima puluh diserahkan kepada waitres tersebut. Terkaku seketika Tan Sri Megat Miqdad bila matanya menjamah sekeping gambar lama yang masih terlekat kemas di ruang dompetnya. Sejak lima belas tahun yang lalu, tidak pernah dia terfikir untuk menanggalkan gambar tersebut dari dompetnya. Lia..ucap Tan Sri Megat Miqdad tiba-tiba. Sudah lama bibirnya itu tidak dibasahi menyebut satu-satunya wanita yang dia cintai. Tapi kenapa wanita itu juga mengkhianatinya? Mengkhianati kepercayaan yang dia berikan selama ini.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now