Bab 9

1.9K 40 2
                                    

     “Mama rindu Sara. Mama sayang Sara..”

     “Mama!” Aira tersedar dari mimpinya. Mukanya mula dibasahi peluh. Perlahan Aira mengucap dua kalimah syahadah. Dia melilau pandangannya ke luar bilik, malam yang pekat hanya diterangi dengan cahaya bintang.

     “Mama..” Airmata Aira mula mengalir. Mimpinya tadi membangkitkan rasa rindu yang tersemat teguh di hatinya. Hanya seketika kedengaran esakkan Aira memenuhi suasana. Dia segera bangun dari katil menuju kebilik Tan Sri Megat Miqdad. Pintu tak berkunci itu dibuka perlahan.

     “Papa..” panggil Aira sayu. Tan Sri Megat Miqdad menoleh, dia tahu anaknya itu akan kebiliknya malam itu.

     “Masuk nak.” Tan Sri Megat Miqdad menutup buku yang dibacanya. Tangannya menepuk tempat yang didudukinya.

Segera Aira mendapatkan ayahnya. Airmata semakin mengalir membasahi pipinya. Kepalanya direbahkan di atas riba Tan Sri Megat Miqdad. Perlahan tangan tua itu membelai rambut anaknya.

     “Happy Birthday Sara..” Ujar Tan Sri Megat Miqdad perlahan. Sudah lama nama anaknya itu tidak meniti di bibirnya. Setelah berpisah dengan isterinya, dia ingin membuang segala kenangan bersama isterinya. Dulu mereka sekeluarga biasa memanggil Aira dengan nama Sara, itulah nama timangan anak perempuannnya itu di rumah.

     “Terima kasih pa sebab masih ingat pada Sara.” Aira menangis untuk sekian kali. Dia begitu rindukan panggilan itu. Lima belas tahun namanya itu hilang bersama perginya mama dalam hidupnya. Demi menjaga hati papa, dia hanya pasrah bila papa memanggilnya Aira. Bukan lagi Sara seperti dulu!

     “Sara tidur sini ya..” Tan Sri Megat Miqdad hanya mengangguk, dia tahu kelukaan di hati anaknya tika ini. Hari ini hari jadi anaknya, hari ini juga hari perpisahannya dengan bekas isterinya, Marlia.

     “Sara rindu mama, Sara rindukan Abang Akmal..” luah Aira tiba-tiba. 
                 
     “Papa juga rindukan Abang Akmal, papa pun rindukan mama..” Tan Sri Megat Miqdad memejam matanya seketika. Merasai segala rasa yang bertandang di hatinya. Kerana ego dia melepaskan isteri tercinta, kerana ego itu juga keluarganya berantakan sehingga sekarang, dan kerana ego itu juga dia menjadi perindu yang setia sehingga kini!

***********

AIRA memandang sebuah bungkusan yang terletak kemas di meja soleknya. Kad yang berada di atas bungkusan tersebut dicapai.

HAPPY BITHDAY, SARA..
Aira tersenyum seketika, bungkusan tersebut dibuka. Setiap tahun Tan Sri Megat Miqdad tidak pernah lupa hari jadinya, cuma..papa itu tak pernah menyambutnya. Aira tersenyum sendiri bila terpandang seutas rantai emas putih tersebut, Aira mengamati lagi sebaris ayat yang tertulis di atas loket rantai tersebut. SARA, sebaris namanya tertulis kemas dengan diselangi batu permata kecil bewarna putih.

     “Thank you papa..” Aira memasang rantai tersebut dilehernya. Semalam adalah sejarah, Aira mengukir senyuman melalui cermin di hadapannya.

     “Lets go, Aira..” Aira menghembus nafas perlahan. Jika semalam dia adalah Sara, hari ini dia harus menjadi Aira semula untuk papa"
   

*****************

JEMY mencuri pandang kearah pekerjanya yang asyik berbisik-bisik sesama sendiri dari tadi. Sesekali dia cuba mencuri dengar apa yang seronok sangat sampai ketawa sakan macam tu sekali. Matanya lekat memandang Aira yang duduk bersebelahan Rahim,Hisy! Rapat pulak tu. Panas betul!

     “Ala Nad, lepas ni susahlah nak jumpa kau ya.” Ujar Aira.

     “Tak susah mana, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ala..nanti pandai-pandailah aku bodek laki aku suruh turun KL , apa susah!”

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now