BAB 13

1.6K 26 0
                                    

Marlia menyikat rambut anak perempuannya. Rambut lembut itu diusap perlahan. Tidak henti-henti anaknya itu senyum bila dibeli baju baru.

     "Sara cantikkan ma?" Aira tersenyum simpul kearah ibunya. Marlia tersenyum seraya mengangguk. Anaknya itu memang cantik.

     "Okey, berdiri jap. Kita nak mulakan latihan." Marlia mencapai beberapa buah buku di sisinya. Buku tersebut diletakkan di atas kepala anaknya itu, hari ini dia kan mengajar anaknya itu berjalan cara model.

     "Aira hanya mengangguk. Dia berjalan di atas garisan yang dibuat oleh ibunya. Buku-buku di atas kepala di bawa perlahan supaya tidak jatuh. Kalau jatuh, maknanya dia gagal!

Marlia hanya tersenyum bila anaknya itu cepat menangkap apa yang di ajarnya. Dia ingin anaknya itu bergelar model suatu hari nanti. Menyambung cita-citanya yang tidak kesampaian.

     "Mama, Sara dah boleh buat!" Aira melonjak keriangan.

*****************

     "MAMA Sara dah boleh buat..Mama!" Aira meracau sendiri.

     "Mama!" Jemy mengenggam kuat tangan Aira. Rambut gadis itu diusap perlahan.

     "Syy.." Jemy menenangkan Aira yang masih meracau. Simpatinya tumpah melihat keadaan gadis itu. Semalam, tanpa berfikir dia telah membawa Aira kembali ke studio. Gadis itu direhatkan di dalam bilik tidurnya di studio tersebut. Diamati wajah putih gadis itu, sakitnya bila melihat gadis itu masih tak sedarkan diri, sakitnya bila melihat gadis itu terbaring kaku sebegini. Inikah rasanya? Inikah rasanya bila mula mencintai? Maafkan saya Aira..

Jemy menunduk. Binggung sungguh hatinya, sudah semalaman Aira masih begitu. Jam sudah menunjukkan pukul enam pagi. Urat lehernya segera ditegangkan. Semalaman juga dia tidak tidur bila melihat gadis itu ayik meracau. Mata Jemy terpandang seutas rantai emas putih yang bersinar dari atas mejanya, perlahan rantai milik Aira itu dicapai. Rantai itu ditemui tersangkut di butang kotnya semalam.

     "Sara?" nama yang terukir kemas dirantai tersebut menarik perhatiannya. Siapa Sara? Dia ke? Kalau ya, kenapa mesti guna nama Aira, Sara kan lebih cantik. Nama Aira tu lebih kepada nama jepun atau cina.

Batuk kecil dari Aira mengejutkannya, dia segera menghampiri gadis itu.

     "Aira.." panggil Jemy setelah yakin Aira mula membuka matanya. Jemy menghembus nafas lega.

     "Saya di mana?" soal Aira mamai, tangannya memegang kepalanya yang sedikit berat. Kenapa boleh pening sangat ni? Semalam dia okey je.

     "Awak masih di studio." Jemy menuang air suam ke dalam gelas dan diserahkan pada gadis itu.

     "Studio? Kenapa? Saya tak balik ke semalam? Seingat saya.."

     "Dahlah, tak payah fikir banyak-banyak dulu. Awak tak sihat." Potong Jemy. Aira terus meneguk air yang diberi lelaki itu. Wajah Jemy dipandang sekilas.

     "Kenapa dengan bibir awak tu?" soal Aira kehairanan. Bibir lelaki itu luka di tepi. Tangannya cuba untuk menyentuh luka itu, namun Jemy cepat menghalang.

     "Tak ada apa-apa, sikit je. Tak payah nak risau." Wajah Aira yang sedikit pucat dipandang penuh simpati. Kerana dia, gadis itu sakit. Semua kerana kelalaiannya.

     "Ambilkan saya first aid." Pinta Aira tiba-tiba, kalau boleh dia tak mahu menyusahkan lelaki itu, namun kepalanya yang berdenyut menyukarkan pergerakannya.

     "Nak buat apa?" Jemy menyoal hairan.

     "Ambil je lah, ingat..semalam awak berhutang dengan saya." Ugut Aira.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now