BAB 2 » Merancang strategi

108 18 0
                                    

Pada hari itulah juga Pami memulakan projek yang hendak dibuat demi menyelamatkan Master Cook.Projek ini tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya staf-staf lain tidak turut membantu,oleh itu Pami mengadakan perjumpaan dengan staf-staf yang akan dilaksanakan.

"Saya berharap, sepanjang saya diberikan tanggungjawab ini,anda semua dapat mengikuti arahan yang saya berikan",kata Pami kepada semua staf disitu.

Lalu dengan tiba-tibanya Shon menyampuk kata-kata Pami itu,"kau ingat aku nak ke ikut rancangan kau tu sebab aku tau yang rancangan kau mesti tidak akan menjadi punyalah".

Kata-kata itu tidak akan menjadi halangan Pami untuk tidak meneruskan rancangannya itu.Tetapi yang buat Pami risau adalah Shon mahu menukarkan fikiran staf-staf lain untuk berhenti mengikuti rancangan yang Pami buat itu.

Walau apa-apapun rancangan yang Pami buat akan tetap dilaksanakan dengan sebaik mungkin."Salah satu cara yang akan dapat menarik perhatian pelanggan adalah dengan mengubah suai restoran ini"kata Pami.

Amirul ingin membuat pertanyaan sebagai tanda tidak bersetuju dengan rancangan Pami itu."Saya rasa restoran kita tidak ada pelanggan bukan kerana keadaan restoran ini"kata seorang staf itu,manakala Pami pula berkata "Kita hanya perlu mencuba dengan mengubah suai restoran ini".

"Tetapi bagaimana jika cadangan kau tidak berjaya dan akan menghabiskan duit kau sahaja",kata Sheikh iaitu salah seorang staf di situ.

"Kau biarkan jelah si dia tu,memang tak ade sape pun nak layan"kata Shon yang berada di penjuru bilik.Setelah pelbagai kata-kata yang telah diberikan daripada Shon ini telah mencapai tahap kesabaran Pami.

Pami pun terus ke penjuru bilik itu dan tanpa takutnya menarik kolar baju Shon dan berkata dengan Shon dengan nada yang kuat,"Aku dah lama sabar dengan perangai kau ni,kalau kau tak nak ikut arahan aku,tak payah sibuk bercakap bila orang bercakap,baik kau keluar sekarang dari bilik ni".Dengan muka bengang Shon,dia keluar dengan senyap sambil membuat muka yang menyirap terhadap Pami.

Perbincangan dihentikan terus oleh Pami kerana fikirannya sekarang telah serabut.Dengan itu Pami pergi keluar restoran untuk menenangkan fikirannya,"Tak ade sorang pun nak ikut rancangan aku ni ke?",kata Pami dengan nada yang sedih."mana ade tak ade sorang pun yang ikut dengan rancangan kau tu,saya ok je",kata Chef Cook yang baru keluar daripada restoran.

Pami terkejut kerana tiba-tiba sahaja mendengari seseorang bercakap."apa yang bising-bising takdi dekat tingkat bawah macam ade orang yang marah,kau ke tu Pami?.

Dengan lembutnya Pami berkata,"ye chef,saya yang cakap kuat-kuat tu,saya bukan apa,saya cuma geram sangat dengan perangai Shon tu"."Hehhhh,dia memang perangainya macam gitu,kuat sangat cemburunya tu",kata Chef Cook.

Pami mengerutkan dahinya dah berkata,"cemburu?dia cemburu dengan saya ke?apa yang dia nak cemburukan sangat?"."Dia cemburu yang kamu dapat peluang untuk jadi pengurus restoran ini buat sementara ini",kata Chef Cook.

"Hahahahhahha,sebab tu je ke,apa yang dia nak fikirkan sangat?", kata Pami."Saya pun tak tau". Mereka pun bergelak-gelak bersama tetapi yang mereka tidak perasan ialah Shon telah terdengar perbualan mereka itu di tingkap restoran.Ini membuatkan Shon marah dengan Chef Cook setelah chef memalukan dia dihadapan Pami.

"Dahlah,jom kita masuk,banyak lagi benda yang boleh dibuat",kata Chef Cook dan Pami pula berkata "Betul jugak kata chef tu,banyak lagi benda yang perlu saya buat di dapur tu".Mereka dengan terusnya masuk kembali ke dalam restoran. Setelah diberi sokongan dari chef,dengan ini Pami mengetahui bahawa ada orang yang menghargai usahanya itu.

Chef Kitchen   |1ST STORY| √Where stories live. Discover now