BAB 6 » Kantoi habis

38 13 0
                                    

Setelah 2 minggu Chef Cook di outstation,kini dia telah pulang ke tanah airnya untuk kembali bekerja sebagai seorang chef di Master Cook.


Chef Cook menuju masuk ke dalam restorannya dengan memberikan salam."Assalamualaikum semua". pekerja-pekerja dan pelanggan melihat kearah pintu masuk restoran selepas mendengar salam daripada Chef Cook.

"Chef.....",Shon memanggil dari jauh."Shon,mana Pami",itulah soalan pertama yang ditanya kepada Shon.Shon terus membuat muka yang masam kepada Chef Cook."Seriously Chef,tu yang chef balas kat saya". "Cepatlah,mana dia",kata Chef yang ingin sangat tahu dimanakah Pami berada. "Huhh..yelah,dia ada kat stor belakang.

Setelah menjumpai Pami di bilik stor,Chef Cook menyuruh Pami masuk ke pejabatnya,"Pami,sila masuk ke pejabat saya sekarang". Pami pun menganguk walaupun dia musykil mengapa chef memanggilnya berjumpa secara tertutup.

Pami masuk ke pejabat chef dan diberi kebenaran untuk duduk di kerusi."Nak tau tak kenapa saya panggil kamu ke sini".Pami menggelengkan kepalanya kerana dia tidak tahu mengapa chef memanggilnya.

"Huh,mestilah pasal restoran aku ni,ok prestasi kedai ni selama 2 minggu ni",tanya Chef Cook setelah tiada selama 2 minggu di restorannya. "Tak.....bos",jawab Pami dengan keadaan yang gagap.

"Hah,kan dah 2 minggu saya takde, sepatutnya beberapa hari saja kamu urus restoran ni",kata Chef Cook."Bukan apa bos,tapi diorang taknak dengar kata,saya yang banyak buat kerja",kata Pami.

"Sapa yang taknak buat kerja tu, bagitau yang paling pemalas sekali".Chef Cook ingin tahu,siapa kepala yang menyebabkan staf lain juga tidak bekerja ataupun menjalankan tugasannya."Shon,dia yang punca,staf lain tak buat kerja, siap lepak lagi kat belakang reatoran",kata Pami dengan yakinnya.

Chef Cook pergi keluar daripada pejabatnya dan terus ke pergi ke hadapan."Mana Shon",kata Chef Coom kepada Amirul yang baru selesai mengambil order."Ouhh Shon ke,dia dekat pintu belaka....". Amirul terus menutup mulut setelah secara tidak sengajanya tercakap kerana Shon memberitahu semua staf supaya tidak mendedahkan hal ini kepada Chef Cook.

"Shonnnnnn",jerit Chef Cook selepas nampak Shon melepak di pintu belakang dengan beberapa orang staf yang lain."Emmmm".Shon hanya diam kerana tidak boleh berkata apa-apa."Buat apa lepak-lepak kat sini,kenapa tak berkerja,oiii",kata Chef Cook yang geram dengan sikap staf-stafnya yang hanya duduk berehat.

"Saya nak bercakap dengan kamu, sila pergi ke pejabat saya Shon". Shon membisukan diri dan staf lain yang melepak-lepak dengan Shon hanya menundukkan kepala mereka. Shon memandang Pami dengan muka yang bengis kerana tahu bahawa Pami yang menyebabkan Shon dan yang lain ditangkap tidak buat kerja oleh Chef Cook.

"Shon,boleh awak terangkan apa sebab apa awak tak dengar arahan daripada Pami"."Mana ada saya tak dengar arahan dia,saya buat apa yang dia suruh kot",kata Shon seperti seorang yang tidak bersalah. Chef Cook seperti tidak percaya akan kata-kata Shon,oleh itu Shon pun berkata,"kalau bos tak percaya, tengoklah cctv,start tengok dari 2 minggu lepas,saya buat kerja je kot.

Shon mahu meyakinkan Chef Cook sehingga berani mengambil risiko dengan menyuruh Chef Cook cctv.Ini mungkin akan membuatkan Shon dipecat atau dimarah jika Shon menipu kepada Chef Cook.

"Pami...Pami,mari kita sama-sama tengok cctv ni".Chef Cook memanggil Pami yang berada di luar pejabat Chef Cook supaya mereka bertiga dapat melihat apa yang Shon buat selama 2 minggu ini.

"Ha..ha,tengok tu,saya amik order pelanggan tau",kata Shon dengan nada yang bangga.Chef Cook tidak menghiraukan kata-kata Shon tetapi hanya memerhatikan perempuan (Adrel) yang berkelakuan aneh di cctv itu. "Siapa perempuan tu,kamu berdua kenal tak dia tu",kata Chef Cook sambil menunding jari ke arah Adrel di cctv.

"Ouh,saya tak kenal dia tapi yang saya perasan,dia tiap-tiap hari datang ke restoran kita",kata Shon. Chef Cook pun melihat setiap rakaman cctv sepanjang 2 minggu itu.
"Kamu berdua tak syak sesuatu ke dekat perempuan ni sebab kalau hari-hari datang,pelik jekk"

"Ehh taklah sebab dia nak jumpa dengan saya tapi saya tak nak, sampai sanggup datang tiap hari kat sini".Pami meneruskan perbualan tentang perempuan itu,dia menceritakan semua benda yang dia tahu mengenai perempuan itu.

"Ouh,girlfriend kamu ke....,boleh tak saya nak tahu apa nama penuh dia,kata Chef Cook."Nama dia,Nur Adrenalina binti Andy".Andy ialah nama sebenar bagi Chef Andre.Chef Cook hanya tersengih kerana sudah mengagak bahawa perempuan itu ialah anak kepada Chef Andre.

Chef Kitchen   |1ST STORY| √Where stories live. Discover now