BAB 15 » Sayang papa

16 6 0
                                    


Lebih kurang setengah jam perjalanan,2 buah kereta polis tiba di hadapan restoran Master Cook.Pada hari itu,restoran di arahkan untuk tutup oleh pihak polis demi keselamatan mereka.Shon,Sheikh, Amirul dan staf yang lain mendoakan agar mereka yang terlibat dalam penyelamatan ini akan selamat.

Adrel dan polis yang lain keluar dari kereta."Hanya 6 orang sahaja yang akan masuk ke dalam Special Recipe,2 orang akan tunggu disini" ,kata Inspektor Hassan yang memberikan arahan kepada anggotanya.Adrel juga akan mengikut masuk ke dalam restoran itu juga bagi menunjukkan jalan di dalamnya.

"Tuan,Cik Adrel pun masuk ke dalam sana ke",soalan seorang polis. "Jangan risau,dia ni pakar dalam selidik,lebih pakar dari kita tau",kata Inspektor sambil memandang senyum kepada Adrel. "Eh3,bila nak pecah masuk ni,kami dah sedia dah ni"."Ok,saya akan pecahkan kamu kepada 3 group ,satu group ada 2 orang,Adrel akan ikut sama group dengan saya dan Adli.

Adrel dan Inspektor Hassan sudah tahu kedudukan bilik Pami dan Chef Cook.Oleh itu,mereka mahu untuk mengikut pintu bawah tanah.Sebelum itu,Inspektor pun berkata,"Tak rasa ke yang diorang mungkin dah block atau kawal pintu tu".Ini bukan apa, risiko untuk tertangkap mungkin meningkat kerana mereka sudah menggunakan cara ini untuk masuk ke dalam restoran.

.............

Pita di mulut dibuka."Hye,kau lepaskanlah kitaorang,korang nak tunggu kita jadi bangkai ke apa", kata Pami dengan marah.Chef Andre menelefon Adrel di telefonnya.Adrel yang tadinya di luar restoran terdengar deringan telefon di poketnya."kalau kau nak diorang selamat,baik cepat sebelum aku bunuh diorang",kata Chef Andre.

"Papa,dah2lah tu,Adrel tak nak Papa masuk penjara,walaupun Papa jahat tapi Adrel tetap sayangkan papa",air mata Adrel jatuh ke pipi,dia benar-benar sayang akan papa nya walaupun Papa nya selalu memarahinya.Chef Andre mengesat matanya walaupun tiada setitik air mata pun yang keluar. Selepas itu,telefon terus di tutup oleh Chef Andre selepas itu.

Adrel nangis teresak-esak selepas Chef Andre meletakkan telefon. "Papa, kenapa papa buat Adrel macam ni,Adrel sayang papa tau".Inspektor Hassan memujuk Adrel dengan mengosok-gosok belakang Adrel. "Inspektor nak sumbat papa saya dalam penjara ke?",soal Adrel yang masih dalam tangisan."Itu nanti kita bincang,jangan sedih2 ye". "Ok..........,jom kita masuk ke dalam".

Kali ini,mereka masuk melalui tempat lain.Kini mereka berada di tingkat 1,mereka perlu turun ke tingkat bawah tanah kerana disitulah tempat Chef Cook dan Pami terkurung. Sebelum Adrel turun ke tingkat bawah,dia ternampak sekumpulan penjahat sedang lepak di bilik yang tidak ditutup pintunya.Dia dan yang lain pun pergi melepasi bilik itu dengan senyap lalu menuji ke tangga.

.............

Chef Andre meninggalkan Pami dan Chef Cook dan masuk ke dalam bilik kerjanya lalu duduk termenung di kerusi kerana memikirkan hal tadi. "Salah ke semua benda yang aku buat ni",bisiknya dalam hati."kalau aku sayang anak aku,kenapa aku buat macam ni","Aku ni memang tak patut hidup",apa yang difikirkan oleh Chef Andre semakin bercelaru.

Chef Andre menolak semua barang-barang atas mejanya,habis semua fail,buku,laptop dan barang-barang lain jatuh bersepah di lantai.Chef Andre membuka laci di dalam meja lalu mengeluarkan sepucuk pistol.Dia memacukan pistol itu ke arah kepalanya.Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kasut dari luar biliknya. Dia terus bangun lalu keluar dari bilik dengan perlahan-lahan.

.............

Adrel,Inspektor Hassan dan Adli melepasi bilik yang Chef Andre. Mereka menyangkakan Chef Andre bukan didalam biliknya, mereka juga tidak mengetahui bahawa Chef Andre terdengar bunyi tapak kali mereka. Adli menyuluh sekeliling dengan menggunakan lampu picit jika-jika dia ternampak Pami dan Chef Cook."Tu diorang", akhirnya Adli ternampak Pami dan Chef Cook yang sedang terduduk lemah di penjuru bilik.

"Yang kau cakap kuat2 tu kenapa,kang ada orang dengar". Apa-apa pun,mereka terus menuju kearah 2 orang lelaki yang sangat lemah itu,Adli membuka tali ikatan Pami manakala Inspektor membuka Chef Andre."Awak ok Pami?",soal Adrel yang duduk camgkung di sebelahnya."Ok",Pami tidak sempat menjawab soalan Adrel kerana Chef Andre lagi pantas darinya.

Chef Andre datang ke situ bersama pengikutnya yang lain,Chef Andre mengacukan pistol ke arah Chef Cook manakala yang lain hanya mampu duduk diam kerana semua pengikut Chef Andre memegang senapang tetapi Adrel tetap bersuara, "papa........,jangan buat macam tu,Adrel merayu sangat-sangat,Adrel sayang papa tapi kenapa papa macam tak sayang Adrel".Sekali lagi air mata Adrel jatuh berderai.

Chef Andre kalah dengan tangisan Adrel,dengan perlahan-lahan dia menurunkan pistol itu.Tetapi tiba-tiba bunyi tembakkan dari belakang,peluru itu menembusi belakang badan Chef Andre.Pistol yang berada di tangannya jatuh diikuti dengan badannya.Adrel menjerit,"tidakkkkk....",dan berlari menuju ke arah papa nya yang telah terbaring.

Keempat-empat polis yang dipecahkan baru sampai disitu,salah seorang darinya terus menembak Chef Andre selepas ternampak dia memengang pistol.Mereka juga terus menangkap penjahat-penjahat yang berada disitu juga.

"Papa.....papa.....jangan tinggalkan Adrel,Adrel dah takde sapa2 lagi kat dunia ni kecuali papa.Ni kali terakhir yang Adrel akan tanya,papa sayang Adrel tak?"."Adrel........,papa sayang Adrel sangat2,bye2 anakku yang disayangi" ,"Edy...... ,Chef Cook menoleh ke arah suara itu,"maafkan aku.......",satu ayat yang diberikan kepada Chef Cook,selepas kata-kata terakhir yang diberikan oleh Chef Andre,dia telah menghembuskan nafas terakhir.Adrel duduk melutut dihadapan tubuh papa nya.Pami datang disebelah untuk memujuk Adrel atas kehilangan papa nya itu.



Chef Kitchen   |1ST STORY| √Where stories live. Discover now