BAB 11 » Pintu rahsia

23 7 0
                                    

"Gedebukkkkk", bunyi Inspektor Hassan yang telah dicampak ke dinding bilik.Nampaknya polis yang pertama sekali ditangkap telah pengsan disitu.Inspektor masih berasa bersyukur kerana masih ada seorang lagi anggota polis yang hidup.

Chef Andre telah mengambil telefon Inspektor yang berada di dalam kocek seluar.Dia mencari nama Pami untuk di telefon. "Bib...bib... bib..."
,Pami menjawab panggilan daripada Chef Andre."Bos kau dalam kawalan aku,kalau kau nak dia dilepaskan, kau kena cari dan bawak buku resepi tu kat aku,aku kasi 15 minit je dekat kau".

Pami tercengang selepas Chef Andre meletakkan telefon.Dia bingung dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. "Adrel,apa yang saya kena buat ni,tolong please"."Takpe,kita cari dulu buku tu dekat bilik bos awak". Mereka masuk ke dalam bilik Chef Cook untuk mencari buku resepi itu. Pami ternampak satu gerobok buku di dalam bilik itu.Dia pun telah menjumpai buku resepi disitu.

"Adrel,saya dah jumpa dah,pastu apa yang kita kena buat ni"."Kita kena pegi ke restoran tu lah".Pami mengeluh."Tapi macam bahaya je kalau kita masuk macam tu je"."Tu takpe,kita lalu pintu rahsia untuk masuk kedalam",bisik Adrel.Dengan itu,Pami pun mengikuti Adrel menuju ke Special Recipe.

Di tepi restoran itu,terdapat satu pintu ke bawah yang tersorok di belakang semak samun."Pami,cepat masuk sini",kata Adrel selepas membuka pintu itu.Oleh itu,mereka terus ke tingkat bawah tanah. Nampaknya tingkat itu gelap gelita, menyebabkan pandangan Adrel dan Pami terganggu.

Adrel mempunyai cermin mata spy membolehkan dia nampak objek pada waktu gelap.Hanya Adrel sahaja memakainya kerana ianya cuma ada satu sahaja."Awak ikut saya",bisik Adrel pada telinga kiri Pami.Adrel juga tahu akan bilik-bilik di bawah tanah itu,oleh itu,dia pun pergi ke bilik Chef Cook.Tetapi dia terdengar sesuatu suara daripada bilik yang berada dihadapan mereka.

Pami cuba untuk membuka bilik itu tetapi bilik itu telah dikunci. "Hye,kenapa nak buka bilik tu,tu bukan bilik Chef awak,entah2 tu bilik diorang",bisik Adrel."Mungkin dalam bilik ni diorang kurungkan polis2 tu,lagipon takkan diorang kurung kawan diorang sendiri" ,bisik Pami kembali."Ye tak ye jugak".

"Adrel Pami,tu kamu ke?,suara yang keluar daripada bilik itu."Inspektor ke tu?",kata Pami."Ye Mi"."Adrel cepat bukak bilik,cari barang2 awak yang boleh bukak bilik ni". Adrel mengambil beg yang berada di belakang badan Pami.Dia pun mengeluarkan satu laser yang boleh mencairkan mangga yang berada di pintu itu.

Adrel mengunakan laser pada mangga itu tetapi telah menyebabkan bunyi yang kuat terhasil.Pada tingkat satu,Chef Andre dan pengikutnya terdengar bunyi yang terhasil daripada laser.Mereka pun terus menuju ke bawah tanah dengan menggunakan tangga.

"Hoi",jerit Chef Andre selepas  melihat Pami dan Adrel menyelinap masuk dan melepaskan dua orang polis itu."Cepat2,ikut Adrel",kata Pami yang berada di belakang daripada yang lain."Cepat tangkap diorang",suruh Chef Andre kepada penjahat-penjahat itu.

Pami ialah orang yang terakhir yang akan memanjat tangga untuk keluar daripada restoran itu.Malangnya dia terlambat,salah seorang daripada mereka dapat mencapai dan menarik kaki Pami dan menyebabkan dia terjatuh tangga."Pami......",jerit Adrel di atas."Pegi je,pastikan diorang selamat",kata Pami yang telah jatuh terduduk.Adrel terpaksa tinggalkan Pami demi keselamatan dia dan polis-polis itu.

"Berani kau masuk sini senyap2 eh,siap kau aku kerjakan",kata Chef Andre.Pami diheret masuk ke bilik gelap yang terdapatnya Chef Andre."Chef......"jerit Pami selepas ternampak Chef Cook disitu.Chef Cook kelihatan lemah kerana sudah beberapa hari terkurung di dalam bilik itu.

"Eh,ni apa ni",kata Chef Andre dan merampas beg sandang yang beraa di belakang Pami.Pami terkejut dan resah kerana di dalam beg itu terletakknya buku resepi Chef Cook.
"Hahhhh,ni yang aku nak, bagus2.
Jap,ni bukan barang Adrel ke".Barang spy Adrel yang sepatutnya digunakan untuk mengintip tetapi digunakan untuk misi penyelamat.

"Susah payah aku belikan barang2 ni untuk kau mengintip,kau buat aku macam ni Adrel",kata Chef Andre yang seperti kecewa dengan Adrel.Pintu bilik itu pun ditutup dan dikunci oleh mereka."Chef,saya yakin yang diorang akan datang dan tolong kita balik".Chef Cook masih boleh mendengar dan mengangguk setelah mendengar kata-kata Pami itu.

Chef Kitchen   |1ST STORY| √Where stories live. Discover now