BAB 5 » Bersama semula

41 12 1
                                    

Dalam keadaan yang gelap dan sunyi.Pami ialah orang terakhir sekali keluar daripada restoran.Tiada sesiapa yang tinggal kecuali dia disitu. Pami terus ke motor yang diparkingkan di hadapan Master Cook sesudah menutup restoran.

Pami ingin menghidupkan motornya tetapi motornya tidak dapat dihidupkan.Walaupun dia cuba beberapa banyak sekalipun,motornya tidak hidup."Woi motor,hiduplah aku nak balik ni".Pami mula berasa gelisah apabila motornya tidak dapat dihidupkan pada malam itu.

"Lantak kaulah,aku tinggal kau kat sini ok",kata Pami kepada motornya itu.Walaupun Pami berkata bergitu tetapi sebenarnya dia berasa takut untuk berjalan kaki pulang ke rumah.

"Nasib baik rumah aku ni dekat je dari sini,bolehlah je aku jalan kaki balik rumah".Dengan beraninya Pami balik ke rumah tanpa sebarang pengangkutan.

Sewaktu perjalanan Pami pulang ke rumah.Tiba-tiba Pami terdengar jeritan seorang perempuan di belakang bangunan menjerit "tolong2",Walaupun Pami berasa ketakutan kerana terdengar jeritan perempuan di belakang bangunan tetapi Pami sedia menolong jika terdapat apa-apa masalah.

Pami pergi ke belakang bangunan lalu menyorokkan dirinya di belakang tong sampah hijau."Tak payah nak jerit2 ye perempuan,takde orang pun yang dengar",kata si penyamun itu.Perempuan itu pun menangis kerana takut kepada penyamun itu.

Selepas Pami dengar kata-kata penyamun itu,dia tahu yang lelaki itu ialah seorang penyamun.Penyamun itu juga ingin merampas beg tangan yang ada ditangan perempuan itu. "Bak sini,beg kau ni,aku takkan apa2kan kau kalau kau kasi beg kau ni",kata penyamun itu.

Pami cuba mencari batang-batang kayu di sebelah tong sampah yang boleh dijadikan senjata untuk memukul penyamun itu.Setelah senjata dapat dijumpai,tanpa ragu-ragunya Pami memunculkan diri dari belakang tong sampah lalu memukul si penyamun itu.

Dengan pukulan padu yang diberikan daripada Pami kepada belakang badan penyamun itu telah menyebabkan dia pengsan disitu. Pami terus ke hadapan perempuan itu untuk mengetahui jika ada berlaku kecederaan kepada dia.

"Awak ok tak?",kata Pami kepada perempuan itu kerana Pami melihat perempuan itu menutup tangannya. "Takdelah sikit je ni,jangan risau", kata perempuan itu sambil menolehkan mukanya keatas.

Rupa-rupanya,perempuan itu ialah Adrel."Eh,ape awak buat disini" ,tanya Adrel."No no no,ape yang awak buat kat sini,kan dah malam,ramai orang jahat,kata Pami.Adrel tidak sangka yang Pami bertindak lembut dengan dia.

"Ah,tangan tu kenape,sini saya tengok",kata Pami dengan nada yang lembut."Dia ni ah,pegang lengan saya kuat2 sampai luka dah",kata Adrel sambil menunjuk-nunjuk ke arah penyamun tu menggunakan kakinya.

"Nak saya temankan awak pergi klinik ke"."Takpe2,saya boleh balut luka ni kat rumah je",kata Adrel.Tetiba Adrel menanyakan soalan kepada Pami selepas mendapati motor Pami tiada disitu "Eh,mana motor awak,kenapa balik jalan kaki ni"."Motor saya tak boleh start,tulah tinggalkan je depan restoran",kata Pami.

"Eh,rumah awak kat mana,biar saya temankan awak balik rumah.Ialah,takut ada orang jahat kacau awak lagi",kata Pami. "Eyeke,tq awak".

Sepanjang perjalanan ke rumah Adrel,mereka berbual-bual tanpa henti,sehinggakan mereka sempat duduk-duduk di buayan rumah Adrel bagi meneruskan perbualan mereka.

"Eh,dah pukul berapa dah ni,esok awak nak pergi kerja kan",kata Adrel."Ahh,ye betul2 tapi awak pergi kerja jugak besokkan,takkan saya je,huhu",kata Pami."Mestilah saya kerja jugak besok,hari ni kerja pun penat betul"

"Awak kerja ke takdi?,awak bukan tunggu saya je ke kat restoran?" ,kata Pami.Adrel mula rasa gelisah setelah Pami menanyakan soalan sebegitu.

"Haww,ngantuk betul hari ni, dahlah saya masuk dulu tau, bye2", kata Adrel dengan pantasnya lalu masuk ke dalam rumah."Ok,bye....", kata Pami sambil mengerutkan dahinya kerana merasakan sesuatu yang mencurigakan daripada Adrel.

Adrel masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang senyap kerana takut jika papanya terbangun dari tidur."Ha,lambat balik,bual dengan sapa dekat luar tu",kata Chef Andre setelah membuka lampu di ruang tamu.

"Oh papa,kenapa tak tidur lagi ni, Adrel bual dengan kawan lama je dekat luar tu".Adrel menjawab soalan papanya dengan tergagap-gagap."Papa kan cakap,lepas kamu keluar dari Master Cook,terus balik ke rumah".Chef Andre takut jika identiti anaknya terdedah.

"Ok dah,pergi masuk tidur,esok jangan balik lewat sangat",kata Chef Andre."Ok pa",kata Adrel sambil beredar dari ruang tamu dan terus ke bilik tidurnya.

Chef Kitchen   |1ST STORY| √Donde viven las historias. Descúbrelo ahora