BAB 19 » Ambil berat

17 6 0
                                    

Permandangan disitu putih,kosong dan tiada seseorang pun yang terkelihatan. Pami memandang kanan,kiri depan dan belakang, berulang-ulang dipandang sehinggalah seseorang wanita datang  ingin menghampiri Pami.

Wajah wanita itu putih bersinar serta bajunya putih berkilauan, rupa-rupanya ibu Pami hadir ke dalam mimpi Pami. Ibu Pami menghulurkan tangannya seperti ingin meminta sedekah. Tidak lama kemudian, ayah Pami datang bersama adiknya dan pergi ke ibunya

Tanpa membuat sebarang isyarat, mimpi itu mulai kabur, mimpi yang tidak pernah dijumpai itu hilang begitu sahaja selepas Chef Cook mengejutkannya daripada tidur. "Pami....,Pami......, bangun" kejut Chef Cook sambil menepuk-nepuk manja pada bahu Pami.

Mata Pami yang sembab itu dibuka dengan perlahannya. Chef Cook berhenti menepuk Pami selepas melihat Pami sudah sedar dari tidur. "Pami, sembabnya mata, tidur lambat ke malam tadi" ,tegur Chef Cook selepas melihat mata Pami yang baru bangun tidur.

"Memang semalam, saya tidur lambat jugak sebab tak boleh tidurlah, Chef",kata Pami. "Tidur lambat tu, lambat sangat ke,pukul berapa?", kata Chef Cook . "Ehemmm, dalam pukul 5 pagi kottttttt"
,jawab Pami yang seperti takut-takut untuk beritahu.

"Hah 5 pagi, mana boleh hidup besok pagi kalau tidur pukul 5 ni. Budak muda sekarang ni memang tak perlu tidur dalam rutin harian diorang ke macam mana ni".

"Pami, awak tahu tak, saya hari-hari mesti tidur sebelum pukul 10, kalau paling lambat pun pukul 11, tu pun saya ada kerja nak kena buat. Maksud yang saya nak sampai ni, kita kena ada jadual untuk rutin harian supaya hidup mudah diatur."

"Tapi, bukan saya cakap hidup awak tak teratur ke tapi cuma hari ni jelah, saya tengok awak macam tak teratur je ni. Saya dah bebel panjang-panjang ni, harap awak ambil ikhtibar ye, saya cuma ambil berat pasal pekerja-pekerja saya je."

"Cakap banyak-banyak ni buat saya hauslah, Pami nak air jugak tak, saya ambilkan sekali". Pami hanya mengangguk kerana tekaknya terlalu haus. Chef Cook bangun dari sofa dan membuka pintu yang ditutupnya selepas masuk tadi.

Selepas sahaja Chef Cook membuka pintu, Amirul, Sheikh dan Shon jatuh ke kaki Chef Cook. "Hye, apa korang buat dekat sini eh, curi-curi dengar, tak baik tau, ni dah solat belum ni?, Ingatttttt, pukul 2 kena masuk kerja balik"

"Dah Chef, kami dekat sebab nak tengok Pami je, hihihihihi", kata Amirul. "Tengok je, jangan korang pun join rehat dengan dia pulak ye. "Baik-baik". Diorang bertiga pergi ke arah Pami dan duduk berdekatan dengannya.

Amirul dan Sheikh nampak dengan jelasnya yang mereka risau dan ambil berat dengan Pami tapi lain pula bagi Shon. Dia menjenguk Pami pun sebab Amirul dan Sheikh ada di situ, kalau mereka berdua tiada, jangan harap Shon tengok, lebih-lebih lagi ambil kesah.

Shon berperlakuan sebegitu kerana dia cemburu kerana ramai orang disitu mengambil berat dengan Pami. Lebih membuat Shon sakit hati, Pak cik sedara dia iaitu Chef Cook melayan Pami lebih berbanding dia.

"Harap besok aku sakit ke,demam ke, accident ke sampai masuk hospital sebab aku nak tengok yang diorang semua ambil kesah pasal aku ke tak", bisik hati Shon. Selepas itu Shon pun keluar tanpa beritahu mereka

Pami seorang sahaja yang perasan Shon keluar bilik, "Eh,Shon tu kenapa keluar macam tu je, dia tak tegur aku pun", kata Pami kepada Amirul dan Sheikh. "Mungkin dia jealous kot sebab semua orang care pasal kau", kata Sheikh yang seperti tahu dengan perangai Shon.

"Betul-betul, mesti dia jealous sebab orang lain takde ambil berat pasal dia pun,lagipon buat apa orang nak ambil berat pasal dia,bukan sakit pun", kata Amirul. "Ish kau ni,kau cakap macam gitu macam nak suruh dia sakit je", kata Sheikh.

"Bukan tu maksud aku, aku cuma takut yang dia sanggup sakit supaya orang ambil berat pasal dia, hopefully bukan macam gitulah.". "Aku pun harap yang sama, janganlah dia sakitkan diri dia supaya nak orang ambil berat pasal dia"

Chef Cook masuk ke dalam bilik itu dengan membawa segelas air untuk Pami dan menyuruh Amirul dan Sheikh keluar. Mereka pun menyambung kerja semula dan meninggalkan Pami keseorangan di dalam bilik itu.


Chef Kitchen   |1ST STORY| √Donde viven las historias. Descúbrelo ahora