BAB 9 » Soal Selidik

20 9 0
                                    

Pada keesokkan harinya,Chef Cook tetap tidak muncul pada pandangan Pami dan kereta Chef masih diluar restoran.Pada hari itu juga Pami mendapati bahawa restoran Special Recipe tidak dibuka pada hari ini.Itu membuatkan Pami tertanya-tanya.

"Ni tak boleh jadi ni,kena call polis jugak".Pami menelefon balai polis supaya pihak polis dapat menyelesaikan masalah itu.Pami membuat aduan atas kehilangan Chef Cook dan pihak polis datang dengan secepat yang mungkin.

5 minit kemudian,beberapa orang polis datang ke Master Cook untuk membuat soal selidik tentang kehilangan Chef Cook. "Assalammualaikum",kata salah seorang polis sebelum masuk ke restoran."Walaikummussalam, dipersilakan masuk inspektor",kata Pami yang menunggu pihak polis untuk tiba.

Pami menerangkan serba sedikit tentang Chef Cook.Selepas Pami bercerita mengenai Chef Cook. Inspektor Hassan pun menanyakan soalan,"Chef awak tu ada musuh tak?".Soalan itu ditanya kerana beliau mengesyaki punca kehilangan Chef Cook disebabkan oleh musuhnya sendiri.

"Eh,saya tak tahu pulak,saya tengok bos baik je,takkan lah ade musuh",Pami tidak senang selepas Inspektor Hassan menanyakan soalan itu.Beliau tidak mahu melengah-lengahkan masa,oleh itu,beliau terus menanyakan soalan,"Dekat depan restoran ni ade cctv tak,kalau ade boleh saya nak tengok rakamannya"

"Eh bole2 rakaman cctvnya ade dekat bilik bos saya",kata Pami."Awak cakap yang bos awak dah 2 hari tak datang kerja dan telefon pun tak jawap"."Ye2",Pami memberikan jawapan yang ringkas."Kalau macam gitu,saya nak tengok balik rakaman cctv ni 3 hari yang lepas".Inspektor melebihkan sehari untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Chef Cook pada malam itu.

Pita rakaman dimainkan.......Chef Cook kelihatan penat selepas keluar daripada restoran.Tiba-tiba 2 orang lelaki yang memakai topeng menyerkup dan mengikat tangan Chef.Nampaknya chef telah pengsan dan diheret masuk ke restoran Special Recipe."OH MY GOD",Pami berspeaking dengan tiba-tibanya kerana terlalu terkejut dengan apa yang 2 orang lelaki bertopeng itu lakukan kepada Chef Cook.

"Eh,kenapa awak terkejut sangat ni"kata Inspektor kepada Pami. "Orang restoran depan ni yang culik bos saya?","Agaknyalah tu sebab bos awak kena heret masuk restoran tu"."Tapi masalahnya restoran tu tak bukak harini, semalam bukak pulak",kata Pami. Eh,tu lagi bahaya,mesti ada apa2 yang dia nak buat kat bos awak sampai tutup restoran terus"

"Alahai macam mana nak masuk ni",kata Pami yang sekarang ini otaknya sudah bercelaru."Tak apa,saya boleh tolong",tiba-tiba suara perempuan kedengaran di pintu."Eh Adrel,apa yang awak maksudkan ni",Pami tidak paham apa yang Adrel maksudkan itu.

"Saya ada kunci pintu restoran depan ni".Mereka tidak paham kenapa Adrel ada kunci tu."Saya ada kunci sebab saya anak bos restoran tu".Pami terkejut kerana tidak pernah tahu bahawa Adrel ialah anak kepada bos Special Recipe.

"Awak bawak dia,masuk kat bilik kosong sebelah",Inspektor menyuruh dua anggota polis disitu untuk membawa Adrel ke bilik soal selidik."Eh2,saya boleh jelaskan" ,kata Adrel sambil meronta-ronta ingin dilepaskan.

Adrel dibawa ke bilik sebelah.Pami sempat mengeluarkan kata-kata terakhir kepada Adrel sebelum Adrel disoal selidik iaitu,"saya kecewa dengan awak" Kata-kata Pami itu membuatkan Adrel bersalah.

Adrel duduk di dalam bilik itu bersama dengan Inspektor Hassan. "Awak tahu tak apa yang ayah awak buat"."Saya tahu,saya datang sini pun sebab saya nak bagitau sesuatu"."Bagitau apa yang awak tahu",kata Inspektor Hassan."Saya tahu rancangan ayah saya dari awal sampailah akhir,saya tahu saya salah,sebab itu saya sanggup bocorkan rahsia papa saya sendiri",kata Adrel yang kelihatan ingin menangis.

"Kenapa awak nak nangis ni,ayah awak buat apa sampai awak sanggup bocorkan rahsia ayah sendiri".Adrel mencerita serba sedikit tentangnya.Dia menceritakan bahawa dia ialah seorang perisik upahan.Dia menangis kerana sebenarnya papa nya telah memukul dan memarahinya,Adrel telah dipaksa untuk meneruskan misi untuk mencuri buku resepi Chef Cook walaupun dia tidak mahu untuk meneruskannya.

Sebelum Chef Andre membuat keputusan untuk menculik Chef Cook,dia telah memukul anaknya iaitu Adrel kerana Adrel tidak mahu meneruskan misi itu.Sekarang ini, Adrel tidak diperlukan dalam rancangan papa nya.Pembuangan Adrel dalam misi itu membuatkan Adrel membocorkan rahsia papa nya kepada Inspektor Hassan.

"Tapi kenapa awak bagitau semua ini",kata Inspektor Hassan."saya rasa bersalah sebenarnya,saya pun tak nak papa saya seksa orang lain sebab saya dah penah kena seksa jugak,saya tahu perasaan tu",kata Adrel sambil menangis teresak-esak.

Inspektor Hassan bangun lalu berkata,"terima kasih Cik Adrel kerana telah bekerjasama dengan pihak polis".Kunci pintu restoran Special Recipe yang dipegang oleh Adrel diberikan kepada Inspektor Hassan.Oleh itu,misi untuk menyelamatkan Chef Cook boleh terus dijalankan.

Chef Kitchen   |1ST STORY| √Where stories live. Discover now